cari id yes guru sktp

30 Jun 2009

alahai...geleng kepala.

Ini adalah email dari seorang kawan...

"apa khabar nancy? saya baru pulang dari sarawak. saya dan keluarga saya sempat melawat kebeberapa tempat di sarawak. kami melawat ke kampung budaya sarawak. kami juga melawat ke pantai damai. saya akan bercerita lagi apabila kita berjumpa nanti. terima kasih." nuradila jaafar.


Aku bacakan email ini dua kali, kemudian dua kali lagi...kali ini aku meminta semua murid ikut membaca sambil mereka menunjuk ke arah perkataan yang di sebut. (time ni ada juga yang menunjuk-tapi muka surat yang disebelahnya-sambil mata melilau tengok buku kawan.Aku geleng dan betulkan mana yang sepatutnya ditunjuk)

Faham? Faham ke apa yang kamu dah baca?
Fahammmm.....(jawapan biasa la ni.)

Siapa boleh tolong baca sekali lagi....(ihiks....)
Shuhairie? hah, saya? .....-sengih....hehheh-
Rashidin? ...saya tak tahu....
'terdown sikit jiwa raga aku'

Ok kita baca lagi sekali....ikut cikgu eh....-dan kami ulang baca-
Ok saya nak tanya....

uji kefahaman

1.Siapa yang kirim email ini? -dengan yakin.....Nancy!-
adeh......
2.Email ini untuk siapa?-dengan ragu-ragu....Nancy.
alahai.....nancy hantar untuk nancy ke?
3. 'kami' dalam email tu kamu agak-agak siapa? -semangat jawab....saya!
ceh...ayoyo aku dah nak migrain.
4. Tempat-tempat yang 'kami' pergi ialah.......-kampung-
kampung mana? -kampung sarawak-....-kampung budaya sarawak lah-
errrkk....terubat sikit hatiku.
5. Satu tempat je ke....? lagi ada tak? .....-pantai-
pantai apa? .....-pantai da..mai-
6. Nuradila tu siapa? -kawan dia-
7. Yang bagi email ni Nuradila ke Nancy? -Nancy-
tetap pendirian budak-budak ni.heheh
8. Oh....Nancy tanya khabar Nancy eh....-errrrkkkk...hahahah-

Hehehe sebenarnya setiap kali silap jawab , aku ulang baca. dan akhirnya semua soalan dapat dijawab dengan betul, walaupun tanpa ayat yang sempurna. ahaks....budak-budak tu pun faham dah..kalau kena ulang baca maknanya jawapan deme salah....maka adalah juga yang bersuara...-alaaahhhhh salah lagi-

uji tatabahasa

1. Cuba tengok....ada salah apa-apa tak pada email tu...-ermmm -
2. Tanda baca macammane? - titik-
3. Titik ada ke? -ada-
4.Lagi? -noktah-....titik dengan noktah....samalah sayang.
5. Ada lagi? - tanda soal -.....
6. Betul semua ada kan? apa yang tak ada?....yang tak betul....- titik-
buat cikgu migrain balik ar ni....
7. Kan cikgu dah ajar...tepas noktah kena......-titik-
ceh...menguji kesabaranku sungguh dah nie....- huruf besar ...cikgu!-
8. Alah pandai pun....lepas titik kena huruf besar. tepuk tangan....clap clap clap
9. Huruf apa yang nak kena tukar ni?....maka masing-masing pun menyebutlah....A,N,T, K,S dan seterusnya.

Orait ....selesai pentaksiran secara lisan untuk hari ini!
Berpeluh gaklah mengumpul kesabaran.

P/S : Ini adalah kelas hujung sebahagiannya adalah murid pemulihan.

8 ulasan:

Dee berkata...

murni keje seorg guru..bukan senang nk didik anak bangsa..

ONE ZABA berkata...

dah itu tugas guru....laksanakan lah. dan bukan semua pulak dilahirkan dengan otak yg cerdas. dgn bebudak macam ni la yg kalau dapat apa yg diajar akan lahir satu kepuasan.

aZilsah berkata...

tabah la cikgu. dlu sy ada dpt offer maktab. tp bulat2 sy tolak. x sanggup. boleh menangis kalau jadi mcm ni.
tapi, dkt uni skg ada jd mentor utk bdk2 skola. tp skola nya agama swasta. senang sket nak ajar.

NaqeebLukhman berkata...

cikgu... mula2 saya baca tak dapat saya nak fahami cerita dia...

saya kompius ngan jalan cerita
heheheee...

~Insan Biasa~ berkata...

Dee,

memang begitulah. kat sekolah sekarang macam2 ade. haih.

tapi kita sabar je la..

~Insan Biasa~ berkata...

sungguh la cgu one...

rasa seronok sgt tgk perubahan kat bebudak mcm ni...walaupun sikit.

~Insan Biasa~ berkata...

tq azilsah ...

memula dulu pun cgu baran gak...lelama erm..pengalaman membentuk kita.

~Insan Biasa~ berkata...

erkkk naqeeb....dah tu berapa kali baca baru paham....hehehhe takpe nanti cgu tukar pendekatan yea...hahaha