29 Jun 2009

R.E.S.E.T dan aku aman

Aku pernah suarakan hasrat untuk reset semula ....reset apa erk? reset everything. tujuan, arah , pandangan hidup yang melekakan aku. Insya'allah....aku semakin sedar, dan hati pun semakin lapang. Walaupun ada masa kemalasan itu ada, aku dah ada cara untuk membangkitkan kerajinan itu. Hehehehhe. Semalam tidur lewat lagi. Mahu 10 hari yang mendatang ini aku begitu agaknya. Tapi aku happy. Everything done well.

Hari ini saja, walaupun keletihan mata , aku rasa puas. Apa yang aku lekakan semenjak dua ini berjaya aku singkirkan sedikit demi sedikit. Mungkin juga hasil doa dan permintaan daripada yang mendoakan dan mengharapkan begitu. Aku syukur dan Aku redha. Apa yang penting sekarang ialah masa depan aku. Aku pada esok hari. Semoganya aku takkan leka lagi. Sedayanya aku akan senangkan hati aku dulu, tapi pada masa yang sama semoga aku dapat menyenangkan hati orang lain juga tanpa menyakiti diri aku sendiri. Betullah..kata-kata ramai orang, kenapa nak seksa diri jadi lilin? ada baik jadi matahari. Sentiasa memberi cahaya walau ribut petir.Cahaya tak pernah padam. Cuma bila tiba masa laluan diberi kepada yang lain untuk melunaskan tanggungjawabnya yang tersendiri. Dunia...Alam...bukan kita sahaja yang mendiami. Maka kita sama-sama ada tugas dan tanggungjawab mentadbirnya. Berkongsilah. Hari ini aku agak kepadatan, tapi aku aman!

7 ulasan:

Unknown berkata...

baiknya.
bermuzakarah dengan diri sendiri..
pastinya.
jalan harus kedepan..

semuga dipermudahkan dalam segala urusan.

ONE ZABA berkata...

kehidupan harus diteruskan....
buat anis.... jadilah sekuntum bunga yang harum lagi mengharumkan agar semua yang di sekeliling dapat berkongsi keharuman itu.

nak demam aku kalau cakap bab-bab puisi ni.

Tanpa Nama berkata...

Anis,

Congratulate...

Go for it!!..We have toooo..

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih wak jinggo..
saya ingat pesan wak

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih cgu one,
kata-kata cgu memang layak dapat platinum emas dr saya heheh

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kak yan,
sokongan akak takkan saya persiakan

kin hashim berkata...

Hidup ada turun naik, begitulah adat. Bila kita tahu apa yg kita ingin dan kita cari, biasanya kita tetap akan mampu tersenyum walau ketika itu kita berada di bawah. Yakinlah, kita tidak bersendirian di dunia ini :).