cari id yes guru sktp

14 Jun 2009

Senandung Budi

Berbudi berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa
Nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina
Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi
Bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi
Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita, jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia
Dari nabi junjungan
Walau dicaci dihina
Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik

-In Team-


4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kerana budi ku jatuh hati...spring.

~Insan Biasa~ berkata...

buat baik berpada-pada, itu pesan orang dulu-dulu

kakpah berkata...

salam singgah. nice blog.

~Insan Biasa~ berkata...

TQ Kak Pah...Meh lah datang singgah selalu...:-)