cari id yes guru sktp

22 Jun 2009

tujuan kita (manusia) dijadikan

kenapa kita dijadikan tuhan?
mentadbir dunia
atau
menjadi hamba dunia

bijak pandai kata
biar kita pegang dunia
kerana jika dunia pegang kita

kita manusia buta


bagaimana ya?

kita diminta belajar untuk faham dunia
kita diminta bekerja untuk tadbir dunia

cuba lihat sekeliling kita
berapa ramai yang belajar untuk faham dunia
dan berapa ramai pula yang bekerja untuk tadbir dunia?
Ramai yang dah buta kerana dunia

Semua buat baik untuk dapat puji sehingga lupa daratan
Semua bekerjakeras untuk dapat kesenangan sehingga lupa kesusahan

manusia zaman ini bukan kedepan gayanya
nampak seperti maju kedepan
benarkah kita sedang kehadapan?
atau semakin kebelakang....
atau ketinggalan di belakang?
kita di mana?

kita hari ini
kemasyhuran lebih utama
pangkat dan darjat dunia menjadi hala
penting untuk semua orang

kita hari ini
akhirnya menjadi hamba dunia
kita hari ini semakin lupa
apa tujuan kita ini dijadikan asalnya

untuk tidak terus leka
ingat semula

untuk apa tuhan jadikan kita
mengapa kita berada di dunia?
semoga kita berjaya menjadi pentadbir dunia!
pentadbir yang sewajarnya
seharusnya berpandukan kitab
panduan para khalifah zaman berzaman
bersama kita renungkan kembali


sedarlah
dan
mari ajar anak-anak kita
supaya dewasanya kelak
tidak tersasar
hingga menjadi hamba dunia

2 ulasan:

eeeda berkata...

Entry nie memberi kesan kpd pembaca bagi mengenal siapa dirinya di muka bumi ini...termaksud lah aku...

ONE ZABA berkata...

duniawi belaka tu.