30 Jun 2009

alahai...geleng kepala.

Ini adalah email dari seorang kawan...

"apa khabar nancy? saya baru pulang dari sarawak. saya dan keluarga saya sempat melawat kebeberapa tempat di sarawak. kami melawat ke kampung budaya sarawak. kami juga melawat ke pantai damai. saya akan bercerita lagi apabila kita berjumpa nanti. terima kasih." nuradila jaafar.


Aku bacakan email ini dua kali, kemudian dua kali lagi...kali ini aku meminta semua murid ikut membaca sambil mereka menunjuk ke arah perkataan yang di sebut. (time ni ada juga yang menunjuk-tapi muka surat yang disebelahnya-sambil mata melilau tengok buku kawan.Aku geleng dan betulkan mana yang sepatutnya ditunjuk)

Faham? Faham ke apa yang kamu dah baca?
Fahammmm.....(jawapan biasa la ni.)

Siapa boleh tolong baca sekali lagi....(ihiks....)
Shuhairie? hah, saya? .....-sengih....hehheh-
Rashidin? ...saya tak tahu....
'terdown sikit jiwa raga aku'

Ok kita baca lagi sekali....ikut cikgu eh....-dan kami ulang baca-
Ok saya nak tanya....

uji kefahaman

1.Siapa yang kirim email ini? -dengan yakin.....Nancy!-
adeh......
2.Email ini untuk siapa?-dengan ragu-ragu....Nancy.
alahai.....nancy hantar untuk nancy ke?
3. 'kami' dalam email tu kamu agak-agak siapa? -semangat jawab....saya!
ceh...ayoyo aku dah nak migrain.
4. Tempat-tempat yang 'kami' pergi ialah.......-kampung-
kampung mana? -kampung sarawak-....-kampung budaya sarawak lah-
errrkk....terubat sikit hatiku.
5. Satu tempat je ke....? lagi ada tak? .....-pantai-
pantai apa? .....-pantai da..mai-
6. Nuradila tu siapa? -kawan dia-
7. Yang bagi email ni Nuradila ke Nancy? -Nancy-
tetap pendirian budak-budak ni.heheh
8. Oh....Nancy tanya khabar Nancy eh....-errrrkkkk...hahahah-

Hehehe sebenarnya setiap kali silap jawab , aku ulang baca. dan akhirnya semua soalan dapat dijawab dengan betul, walaupun tanpa ayat yang sempurna. ahaks....budak-budak tu pun faham dah..kalau kena ulang baca maknanya jawapan deme salah....maka adalah juga yang bersuara...-alaaahhhhh salah lagi-

uji tatabahasa

1. Cuba tengok....ada salah apa-apa tak pada email tu...-ermmm -
2. Tanda baca macammane? - titik-
3. Titik ada ke? -ada-
4.Lagi? -noktah-....titik dengan noktah....samalah sayang.
5. Ada lagi? - tanda soal -.....
6. Betul semua ada kan? apa yang tak ada?....yang tak betul....- titik-
buat cikgu migrain balik ar ni....
7. Kan cikgu dah ajar...tepas noktah kena......-titik-
ceh...menguji kesabaranku sungguh dah nie....- huruf besar ...cikgu!-
8. Alah pandai pun....lepas titik kena huruf besar. tepuk tangan....clap clap clap
9. Huruf apa yang nak kena tukar ni?....maka masing-masing pun menyebutlah....A,N,T, K,S dan seterusnya.

Orait ....selesai pentaksiran secara lisan untuk hari ini!
Berpeluh gaklah mengumpul kesabaran.

P/S : Ini adalah kelas hujung sebahagiannya adalah murid pemulihan.

29 Jun 2009

R.E.S.E.T dan aku aman

Aku pernah suarakan hasrat untuk reset semula ....reset apa erk? reset everything. tujuan, arah , pandangan hidup yang melekakan aku. Insya'allah....aku semakin sedar, dan hati pun semakin lapang. Walaupun ada masa kemalasan itu ada, aku dah ada cara untuk membangkitkan kerajinan itu. Hehehehhe. Semalam tidur lewat lagi. Mahu 10 hari yang mendatang ini aku begitu agaknya. Tapi aku happy. Everything done well.

Hari ini saja, walaupun keletihan mata , aku rasa puas. Apa yang aku lekakan semenjak dua ini berjaya aku singkirkan sedikit demi sedikit. Mungkin juga hasil doa dan permintaan daripada yang mendoakan dan mengharapkan begitu. Aku syukur dan Aku redha. Apa yang penting sekarang ialah masa depan aku. Aku pada esok hari. Semoganya aku takkan leka lagi. Sedayanya aku akan senangkan hati aku dulu, tapi pada masa yang sama semoga aku dapat menyenangkan hati orang lain juga tanpa menyakiti diri aku sendiri. Betullah..kata-kata ramai orang, kenapa nak seksa diri jadi lilin? ada baik jadi matahari. Sentiasa memberi cahaya walau ribut petir.Cahaya tak pernah padam. Cuma bila tiba masa laluan diberi kepada yang lain untuk melunaskan tanggungjawabnya yang tersendiri. Dunia...Alam...bukan kita sahaja yang mendiami. Maka kita sama-sama ada tugas dan tanggungjawab mentadbirnya. Berkongsilah. Hari ini aku agak kepadatan, tapi aku aman!

28 Jun 2009

aktiviti ahad

Malam tadi aku tidur lewat. Mencari bahan-bahan untuk tugasan oum aku...ceh konon... ahaks. Pagi ini lepas subuh dan selepas menguruskan ayah, aku terlelap kembali....lambat bangunnnnnnnn....wakakaka...nasib baik udang dan tempoyak masih ada kat pasar depan. Ekekek pasar mini depan umah jek. Senang hidup aku semua ada depan umah!

Aku sambung membelek tugasan ku....garu kepala lebih. Owhhh aku terlupa, nak ke pameran buku di dewan SKTG. Sengaja tak berkenderaan aku jalan kaki sahaja. Lebih kurang 1.5 km dr belakang umah. doket yo. Hari ni sambutan tak seberapa....dengar khabar semalam lebih meriah. Tak ada buku yang betul-betul menarik minat aku. Tapi biasalah aku dah masuk tempat jual buku mana sah kalau tak bawa balik satu dua! Aku dapat 3 buah buku saja asalnya...24.90 semuanya. Tokey tu kata tambahlah lagi bagi 30...boleh cabut no bertuah..mesti bawak barang balik punya. Wokeh aku belek2 lagi...aku tambah lagi 2 buah harga 13.00 okay cukup...aku cabut ..tau dak dapat apa....kot dapat hamper syok ar....dapat buku ker..kamus elektronik ker...ok gak....dapat basikal haaa...lagi best, pergi jalan kaki balik naik beskal. Berangan! Sekali tu, aku dapat ni je....

kad ucapan 2 keping...wakakakkaka. tak pe ar..aku tak kisah. Then aku balik mengikut laluan ini...

-area2 umah kak asiah-

-ni sempadan 1087A dan 1087B-

-dekat dah-

-okay ni la dia-

-sampai suda rumahku yang purple and simple-

erkkk bukan aku yang pilih kaler purple wokey!

Okaylah aku nak sambung buat asseymen aku tu. coz ada hadiah menarik untuk aku kalau segera siapkan tugasan-tugasan tu. Thanks kepada yang memberikan aku misi. Dengan itu aku akan segera menyiapkan asseymen itu ....isk dah gatai jek tangan dan minda aku nak memulakan misi itu. Assymen siapkan dulu weiiiiii!!

27 Jun 2009

sekarang yang tak seperti dulu

Dah bertahun aku tak makan buah durian. 6-8 tahun ada rasanya. Yea...sungguhpun buah durian banyak di jual di tepi-tepi jalan, ntah aku memandang sepi. Walhal itulah buah tempatan yang paling aku gilai di zaman kanak-kanak dulu.

Ayah dulu kerjanya jaga parit je...pergi balik kerja cuma berbasikal. Rumah kat Klang, berbasikal lah ke mana pun...ikutlah mana tempat nak dibersihkan. kat Kuala...Port Klang...Telok Gong...Pandamaran....ke mana saja....berbasikal. Aku masa tu lebih kurang darjah 2 - 3 gitu ...di tinggalkan dengan kakak sepupu (kakak2 sepupu aku semuanya baya2 mak ayah aku jer- arwah mak anak bongsu-tu la pasal)hehehe .Kalau tak pun aku duk sorang-sorang je di rumah. Dan sekarang anak2 sepupu aku a.k.a anak sedara la kan...baya-baya aku je. Aku ni gelaran nenek sedara pun aku dah sandang! muahahahaha...tapi nenek muda le.erkkkk muda lagi ye? majoriti panggil nek unggal jek la. kahkahkah aku..nenek???!!! kawin pun belom tau!

Eh, kenapalah cerita ni plak yea....? tetiba teringat, zaman aku kecik dulu. Ayah selalu bawak balik durian. Lepas makan malam kalau time ayah bawa balik durian tu...duduklah kami dua beranak makan buah durian tu dengan seleranya. Tak cukup ayah kopek lagi...dan lagi...dan lagi... tapi tak makin habis pun, simpan dalam tupperware letak kat peti sejuk. Sama je kami ni dua beranak suka durian.

Kalau balik kampung-Pulau Indah, time tu naik bot la....belum ada jambatan lagi...musim buah je mesti kalau tak sebuntil...dua buntil buah kami angkut bawak balik Klang. Durian of course satu buntil. Hahahahh puas kami dua beranak makan berdua.

Tapi sekarang semua tu dah tak ada. Pokok durian kat kampung pun dah tak banyak berbuah macam dulu. Banyak yang dah tua. Ayah pun dah tak sihat. Uzur. Dah tak boleh bau buah durian lagi. Pening katanya. So sebab tu la aku tak de makan buah durian tu lagi. Tetiba je semenjak dua ni tekak aku teringin bebenor nak menjamahnya. So aku belilah yang dah siap kopek tu....dan aku duduk kat dapur (tempat aku dan ayah selalu lepak time makan durian)...cumanya kali ni aku sorang-sorang je. Sunyi sepi. Takde lagi dengar bual bicara atau gelak gurau senda macam dulu. Makan sorang diri...adehhh tetiba time makan tu aku jadi emo plak. Teringat kisah lama kami dua beranak. Isk kekadang terdetik kat hati..."kalaulah dulu ayah cari pengganti arwah mak...."....xdelah ayah kena tinggal sorang2 kat umah masa aku g kerja ....(bukan apa- sakit2 macam skrg, time aku takde...at least ada isteri/anak2 lain tolong jaga).

Ahaaaa....switch tune...Ingat durian...ingat tempoyak....paling aku suka - Udang masak tempoyak!! Perggghhhh....(ada gak esok pagi orang pergi pasar cari udang cari tempoyak nie....) ahaks! Yeaaahhhhahhhh! Peaceeee kembalikan keceriaan di hati buang emo-emo tu....emo kejap dah la. kan? Hidup harus di teruskan. Semoga ayah akan kembali sihat seperti sedia kala. Aminnnn.

26 Jun 2009

fikirkan dulu

Kebertanggungjawaban bermaksud perihal (sifat) bertanggungjawab. Berat ni bab-bab tanggungjawab. Selalu terfikir adakah aku ini benar-benar seorang yang mempunyai kebertanggungjawaban? terutama sekali dengan apa yang telah aku cakap dan suarakan.

yang aku cakapkan pada diri sendiri
juga
yang aku cakapkan pada orang lain
tak kiralah pada sesiapapun
budak kecik, orang dewasa, kanak-kanak, remaja mahupun orang tua.

eh...tahu tak? kucing aku pun tahu merajuk bila aku tak buat apa yang aku cakap pada dia.
macamne? kucing aku ni ada rumah dia sendiri. so taklah selalu dapat keluar jalan2 cari 'aweks' heheh..so setiap kali aku nak masukkan dia dalam rumah dia tu, aku akan beritahu bila lagi dia akan boleh g merayap-rayap tu....
''ok manja....jom kita masuk eh...nanti hari sabtu keluar lagi..." contoh.
dan disebabkan ke bz an aku...ada masa aku abaikan je apa aku cakap kat dia. (mentang2 dia hanya seekor kucing).
tau apa jadi? bila je aku lepaskan dia....zasssss dia terus lari. tak masuk umah langsung.
kalau biasa, tiba maghrib dia akan balik sendiri masuk umah. aku tangkap pun senang. tak pun time aku panggil balik pun cepat je dia datang.
bab dia merajuk...kalau ada depan mata pun...kalau dipanggil dia boleh buat tak tahu je. bila datang dekat dia larik....adehhhhhhhh
itu haiwan...renungkan balik...cuba kalau manusia?orang?insan?
takut-takut menimbul sakit hati dan dendam.

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri supaya bertanggungjawab dengan segala pengucapan aku. Erm....mungkin sebab aku x suka kalau-kalau ada orang lain kelak akan setakat bercakap-cakap kosong je dengan aku. Bercakap di angin lalu. eeeee susah tul budak anisah nie kan....?? Apatah lagi kalau bergurau-gurau tentang perkara-perkara yang 'sensitif'. EEE cukup gerun. Sebab dah pernah jadi. Konon gurau-gurau....rupanya terselindung kebenaran yang sebenarnya orang yang bergurau tu tak berani nak cakap terang-terang.

"Alah kalau abang ada dua pun apasalahnya? boleh temankan awak time abang takde" ekekekke
gelak-gelak....ceh rupanya memang ada dua. Dan....xde sapa teman sapa pun sebab aku pergi bawak diri!. Sejak itu aku sangat tak suka bergurau bab - bab madu pahit ke...madu manis ker....Ahaks!
Cuma satu pesan
(yang biasa sangat dah aku tinggalkan pesan untuk diri sendiri kan?) bertanggunggjawablah terhadap segala pengucapan atau jika tidak, berhati-hatilah ketika memberi ucapan - fikir baru ucap - tak yakin - diam-diam aje - kerana itu lebih baik dari cakap-cakap yang kita tak pasti - beri kesan yang bagaimana kepada yang mendengar.


25 Jun 2009

kenapa tiba-tiba

Hey...Anisah!
don't do the same mistake twice! again and again !
wake up ! wake up !

i said
WAKE UP!

but...
but...
but...

its not my mistake anyway!
errrkkk...
erm...may be a little...

switch - tukar

tapi salah aku ke?
aku tak pernah minta jadi begitu begini
isk..apa yang aku dah buat?
kenapa tiba-tiba

Hey...its just happen!
aku tak rancang pun...
adehhhhhh

Pengajarannya untuk aku atau sesapa saja lah : Apa pun yang terjadi semuanya ketentuan dari-Nya. Kita hanya mampu untuk berserah, berdoa ...semoga Dia sentiasa memelihara kita semua dalam masa kita membuat pilihan. Ada ketika kita rancang begini tapi jadinya begitu. Kita harap macam ni dapatnya macamtu. Hasil daripada satu percaturan hidup. Berhentilah menyalahkan takdir. Hadapi segalanya dengan berani dan yakin diri. Tak perlu berselindung melari-larikan diri. Manusia adalah makhluk terhebat. Maka buktikan kita benar-benar hebat! Untuk aku...dari aku sendiri...juga mungkin untuk dia, untuk kamu, untuk awak...(ada lagi sesapa nak masuk senarai? silakan )

Hey you...stand..come out and FACE IT!!!

24 Jun 2009

sebenarnya.....aku...

Minggu-minggu yang menjadikan aku sedikit emo. Segala macam. Semua mahu segera! Sudah kepening-peningan lalat dah nie. Batukku sudah datang menziarah. adehhhh. Sakit dado den. Di ruang kerja. ada itu ada ini. Di ruang keluarga. ada begitu ada begini. Di ruang santai. sana sini. Arggghhh....sabo. Makanya aku berada di sini. Hehehe...terlalu banyak macam itu macam ini. June yang sedikit kelam kabut. Julai macam dah ada bayang-bayang serabut. Cepat-cepat atur, bertindak segera.

  • Surat jemputan sukan tahunan perlu di edar awal Julai. Ceh, sekolah lain dah lama habis sukan!
  • Tutorial 3-"tanyalah kamu sebelum kamu ditanya"- statement yang amat terkesan- menambah tekanan - 4 Julai
  • Soalan UB3 selewatnya- 10 Julai
  • 3 set assigment tarikh akhir -11 Julai
  • Sukaneka -15 Julai
  • Hari Sukan -18 Julai
  • Paling emo - research kena hantar 3 Ogos....ironiknya wargghhh aku tak ingat mana aku letak pendrive aku tuh......!!!

Ah atau segala macam yang tersenarai itu sekadar alasan cuma ??!
tak pasal tetiba jadi macam lagu Yuna plak...
sebenarnya....
sebenarnya....
sebenarnya....
aku....

akhirnya aku pilih....GALERI WAWASAN & DIAM.

Ah....sekejap saja tak lama. Nyanyi lagi....
dan sebenarnya....
dan sebenarnya....
dan sebenarnya....
aku....

Ate....teman buat bodo je lah.....buleh???? Hormon kelam kelibut sungguh la. Ahaks!
Oitttt....jom ar temankan aku balikkkk sana kejap. Takmo balik sengsorang ni, nanti aku ter'amuk' susah.....eeedaaa!!....uopsss sorry eeeda kalaumu tetiba tersedak!

Eh...u know what ??? I'm shivering once again!

Meh...kita layan jek la lagu nasyid yang kedengaran dek pendengaran zahir mahupun batin. Adios!

23 Jun 2009

untitled once again

I am shivering
oh..ya? why? I don't know...

switch

minggu ini
aku merasa seperti pisang rebah
adakala
tercacak seperti lembing tergadai
umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
air diminum terasa sedih, nasi dimakan terasa sekam

namun aku berkata sendiri
pilihlah

berhati baja, berurat kawat


hari ini
seakan
mencari umbut di dalam batu
sepertinya dalam kilat ada kilau

di hati...seolahnya
dapat tak tercapai, jauh tak berantara

dan aku sedar
di mana api berpupuk, di situlah asap keluar
hendakku terbang tiada pula bersayap
ingin hati memandang pulau, sampan ada..pengayuh tiada
ibaratnya kaki untut dipakaikan gelang

mengapalah agaknya
limau masak sebelah, perahu karam sekerat?
sungguhpun merajuk air di ruang, hendak karam kan kutimba juga

satu suara


dengan satu suara, kita serupa walau berbeza!

22 Jun 2009

tujuan kita (manusia) dijadikan

kenapa kita dijadikan tuhan?
mentadbir dunia
atau
menjadi hamba dunia

bijak pandai kata
biar kita pegang dunia
kerana jika dunia pegang kita

kita manusia buta


bagaimana ya?

kita diminta belajar untuk faham dunia
kita diminta bekerja untuk tadbir dunia

cuba lihat sekeliling kita
berapa ramai yang belajar untuk faham dunia
dan berapa ramai pula yang bekerja untuk tadbir dunia?
Ramai yang dah buta kerana dunia

Semua buat baik untuk dapat puji sehingga lupa daratan
Semua bekerjakeras untuk dapat kesenangan sehingga lupa kesusahan

manusia zaman ini bukan kedepan gayanya
nampak seperti maju kedepan
benarkah kita sedang kehadapan?
atau semakin kebelakang....
atau ketinggalan di belakang?
kita di mana?

kita hari ini
kemasyhuran lebih utama
pangkat dan darjat dunia menjadi hala
penting untuk semua orang

kita hari ini
akhirnya menjadi hamba dunia
kita hari ini semakin lupa
apa tujuan kita ini dijadikan asalnya

untuk tidak terus leka
ingat semula

untuk apa tuhan jadikan kita
mengapa kita berada di dunia?
semoga kita berjaya menjadi pentadbir dunia!
pentadbir yang sewajarnya
seharusnya berpandukan kitab
panduan para khalifah zaman berzaman
bersama kita renungkan kembali


sedarlah
dan
mari ajar anak-anak kita
supaya dewasanya kelak
tidak tersasar
hingga menjadi hamba dunia

Aku ada di sini untuk kamu

"Aku ada di sini untuk kamu" .......biasa dengar ayat ini dipendengaranmu insan biasa? Ya...amat biasa.

Monologku bermula.

"Aku ada di sini untuk kamu"....sinis senyumanku dibibir. Ah benarkah itu? Ya pasti benar, hanya jika aku punya waktu. Jika tidak , aku yakin kamu ada dirimu sendiri. Maka bergantunganlah pada dirimu itu. Berdikari. Itulah yang terbaik. Cari silapmu dan ubahnya. Cari di mana sakitnya kamu, ubatilah sendiri. Tuhan telah berikan kamu panduan. Maka usahlah mensia-siakan panduan itu. Gunakan sepenuhnya! Maka itu kamu akan redha dan mensyukuri.

Mereka-mereka akan tetap berada disampingmu, jika waktu itu telah ditetapkan untuk kamu. Usahlah bermuram durja. Seperkara lagi, apapun yang menjadi milikmu kini tidak selamanya milik kamu. Jadi, persiapkan diri kamu untuk setiap perpisahan dan pertemuan yang baru. Saat kamu telah bersedia tiada apa yang akan menghiris hati kamu itu.

"Aku ada di sini untuk kamu".....terima kasih teman,rakan,sahabat dan kawan. Aku amat menghargai pengharapan itu. Tapi maaf jika adakalanya mungkin aku memberikan imbuhan yang tidak cukup baik untuk kamu terus berada denganku. Namun kalian sentiasa dalam hati sepanjang kita bersama.

Dan aku bermohon ampun sekiranya aku ada tersilap langkah , kata dan budi. Aku sedang membaikinya. Perlu reset minda untuk kembali membetulkan langkah yang kesasar sedikit halanya..... Hahahaha aku sebenarnya seorang yang tamak. Ha....tamak??? senyum ni. Tamak kasih dan sayang! Huhuuu....kenalilah aku siapa. Sesungguhnya aku juga insan biasa yang tak sempurna. Terlupa juga terleka.

"Aku ada di sini untuk kamu"......sinis lagi hatiku tersenyum-senyum. Kata janji manusia tak perlu kau patrikan di hatimu. Kerna suatu waktu ia mungkin akan termungkir. Termungkir tanpa disedari. Termungkir tanpa dikehendaki. Termungkir tanpa apa-apa....ia akan berlalu sepi ,beredar membontoti angin lalu. Berlalu menyelusuri peredaran masa.

Apa yang penting? Kerjasama....hahahha. Apa yang penting patrikan dihatimu dengan janji Tuhanmu. Apakah yang telah tuhanmu janjikan? Selak kembali kitab panduan zaman berzaman itu! Dan masih ingatkah dengan janjimu kepada Tuhanmu? Ingatkan kembali, dan itu lebih patut diutamakan.

"Aku ada di sini untuk kamu"
Itu janji Tuhanmu yang perlu sentiasa dihatimu.
Bukan janji insan yang belum pasti kan tertunai.

Untuk seorang insan biasa. usah kau resahkan janji insan lain kepadamu, tapi sebaiknya tunaikanlah janjimu kepada insan lain dan juga tunaikan janjimu kepada tuhamnu.

Siapapun...kita tetap sama, tak sempurna. Itulah insan.
Aku tetap kasih dan sayang insan-insan di kiri, kanan, depan dan belakangku.

n.a.m.u.n.r.i.n.d.u.l.a.g.i





p/s - jangan berjanji jika merasakan janji itu tidak dapat untuk ditepati. Sesunguhnya janji itu juga sebenarnya satu pengharapan kepada yang menerima.

21 Jun 2009

Beri Aku Cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


20 Jun 2009

fobia

Ceh....fobia. Nyaris-nyaris je aku nak ponteng kelas oum hari ni. Hahahha pesanan yang berbaur ugutan itu sangat terkesan kat hati aku. Pesanan yang mana ek? Alah pesanan yang - 'bertanyalah kamu sebelum kamu ditanya' ingat tak? ade dalam entri yang lalu.

dah la aku lambat kuar rumah pagi hari nie....mau aku pecut . 720 masih kat klang. Lucky highway tak sesak. dengan kelajuan yang lebih sikit dari biasa, sempat juga la aku sampai uia tu kurang 2 minit kul lapan. Hahahahah gilor! Kalau la kak sazila tau....hehe.

first class pagi ni...class dr harinder tu....bak kata elys, mengerikan. eh, betul tau memang mengerikan. Terasa sangat yang diri ini baaanyyyyyaaaakkkkkkkk lagi yang kita x tahu. every single question dr boleh jawab...boleh hujah...maklumlah subjek current issues in science nih kena banyak berhujah ....ikut fakta...logik...fuhhhh sungguh gerun. hari ini topik best, bagaimana yang dikatakan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan. camtu la lebih kurang.

sib baik ada zuraidi and alias yang banyak cakap tu....so nampak la ada perbincangan, hah....sedar-sedar dah habis 2 jam. begitu saja. tak dan la nak berair mata. ngeee . sib baik aku tak ikut hasutan syaitan suh ponteng kelas.....astagfirullahhhhhhhhh!!

tapi aku ada masalah. modul dia penuh dengan tulisan jer.....kesannya pada aku...baru baca separuh muka surat dah mengantuksssssss....gilor! help...help.....sesapa leh tak tulun aku ....apa tips nak baca buku yang begitu tanpa rasa mengantuks itu???! tolong arrrrrr.....mana leh jadi , asai baca ngantuk.....asai baca ngantuk.....merundum la point aku nanti....kuang kuang kuang....
Wak.....Abi.....pleaseeeeeee cepat arrr buat n3 pasal tips tu...ihiks...

kelas kedua, x tension sangat. tapi mata ada sikit berair. belajar tentang automasi office, linux, staroffice bagai....dan yang sekeluarga dengannya....yalah segala prompt tu la....aiyak! selama aku guna window xp nie....tau buat and delete folder...bab2 belakang tabir tu tak pernah tau pun. hari ni baru dapat pendedahan. tapi bab2 belakang tabir blog ni, aku ....aku....aku.... pakar tak???? hehehe. cikgu zailani (blogger gak ni) kata aku expert....ceh....tak tau aku main belasah jer sebenarnya. cuba jaya! dan hasilnya apa yang korang2 tengok sekarang ni la.

kelas tiga. ni pun sama fobia. jadi tekanan plak datang kelas. syaitan pun menyucuk jarum. ponteng je lah. nak2 ada 2-3 orang dok pakat nak balik. elys kata....rugilah tak masuk kelas! eh.....pelik pulak budak nie. kalau tahun2 sudah ..hahha kak sazila pun tahu elys nih camne. aura orang dah ada tunang kot. rajin plak dia pagi2 dah sampai.ahaks.....ada sapa2 nak jadi pembangkit semangat aku tak?????? ekekekekekek......dan akhirnya hasutan syaitan itu tidak berjaya. Aku masuk kelas tu juga. Dan aku bersyukur aku tak ponteng....ekekekkek. tu la dia bahana tak buat homework sebelum g kelas.....rasakan! padan muka aku!

Untuk AYAH dan juga untuk ABI

Esok Ahad 21/6 -Minggu 3 setiap Jun. Seratanya menyambut Hari Bapa di Malaysia. Aku punya ayah dan kami dah bersama selama 27 tahun berdua sahaja.Segala susah senangnya kehidupan. Itulah....kami berdua. Aku tanpa Ibu dan Ayah tanpa Isteri selama dua puluh tujuh tahun lamanya. Terima kasih Ayah untuk segala kasih sayang . Adanya aku kini dan siapa aku sekarang adalah keranamu. Maafkan anakmu Ayah, kerana ada ketikanya tak mampu memenuhi permintaanmu. Dan untuk Abi, juga terima kasih kerana ilmumu sedang membangkitkan aku dari kejatuhan. Ilmumu sedang membentuk seorang lagi insan baru. Terima kasih kerana tempias semangatmu. Dan akhirnya semoga hidupmu sejahtera dan terus sejahtera. Terima Kasih AYAH. Terima Kasih ABI.

*Lagu ini untuk AYAH ....juga untuk ABI.
(nak dengar - sila klik mp3 player di sidebar kiri - track 3)

LELAKI-WARKAH SEORANG ANAK

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


Jangan kecil hati...Terima Kasih juga untuk lelaki-lelaki yang dipanggil BAPAK, WALID, ABAH, PAPA, DADDY walau di mana pun semuanya, Terima Kasih kerana kasih dan baktimu.


- SELAMAT HARI BAPA -

19 Jun 2009

Ini n3 tentang....

Actually n3 hari ini santai je. Aku takde idea pulak. Tapi n3 untuk hari bapa aku dah siapkan dah. Tunggu masa nak post je. Teruja. Tak sabar tunggu ahad , esok ada lah tu. Hehehe. Hari ni cite pasal ida lah....ida kalau ko baca nie mesti ko seronok kan? Hahahah saje aku nak tambah seronok dan memekarkan lagi bunga-bunga kat hati kau dan aku sekali. :-D.

Ida ni aku perasan dulu dia memang happy manjang. Cuma semenjak keputusan itu yang akhirnya menjadi miliknya, happy dia berganda-ganda. Tul tak ida? Heheheh Dan nak tau tak....happy kau tu terberjangkit kat aku sama...Terima Kasih kawan. Ida ni selalu bertanya-tanya (sejak dua menjak ni je). Macam soal selidik yang berlapik-lapik. Aku takde hal....makanya aku membalasnya pun berlapik-lapik jugak lah. HAAAA.....yang membaca tu jangan ingat kami ada scandal plak! Selisih ahhhh!

Aku tak tau la sebenarnya ida perasan atau tidak semua jawapan kepada soalan berlapik dia tu aku jawab secara berlapik juga kat arena blog nie. Heheheh aku ada tiga ....pandai-pandailah kau baca dan cari dan pikir. Ekekekek. mungkin ada pada satu, pada dua , pada tiga atau pada kesemuanya. Pandanglah dari semua sudut. Kehidupan dan Alam Semesta. Okay Ida. Apalah agaknya yang ko nak serkap jarangkan itu kan ida. Hahahaha sila jangan catatkannya di sini jika ko tak pasti akan kesahihan perkara yang ko serkap jarangkan itu! ngeee

HAAA....yang membaca tak paham. Xpe korang leh abaikan n3 ini. Kerana n3 ini khas untuk ida...tapi ida ada cakap komunikasi aku dengan dia ibarat ayam bercakap ngan itik..hehe tapi aku rasa ida paham kot bahasa itik tu....agaknya lah! Apa yang penting kehidupan kami taklah lagi mendung macam dulu. Matahari dah semakin memberikan sinarnya pada kehidupan peribadi kami. Kan Ida....?

s.a.y.a.n.g.k.a.m.u.k.a.m.u.d.a.n.k.a.m.u.

18 Jun 2009

Ingat selalu! orang memberi kita merasa tanpa disedari.

Sebuah kapal karam di tengah lautan dan hanya dua lelaki yang berjaya berenang ke sebuah pulau kecil. Masing-masing bersepakat mencuba nasib sendiri-sendiri setelah menyedari tiada tanda-tanda akan selamat.

Mereka berdoa agar diturunkan makanan. Dan esoknya bahagian di mana lelaki A berada ditumbuhi pohon . Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga mengeluarkan buah-buahan yang ranum, sedangkan bahagian lelaki B masih kosong.

Dengan itu , lelaki A berpendapat bahawa doanya lebih diterima tuhan berbanding lelaki B. Dia berdoa lagi agar diberi pakaian dan makanan. Dan terdapat sebuah beg hanyut dan perlahan-lahan menghampiri tebing lelaki A. Nampaknya semua doa lelaki A dimakbulkan , manakala lelaki B masih tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat melihat temannya menikmati makanan dengan lahapnya.

Lelaki A memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan menyelamatkan dirinya. Dia berdoa semoga mendapat sebuah perahu. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu hanyut terdampar di tepian pulau. A dengan segera hendak meninggalkan B sebab berpendapat bahawa lelaki B tidak di kasihi tuhan. Doa B tidak pernah dimakbulkan tuhan. Jadi pada kiraannya tidak salah meninggalkan lelaki B seorang diri menemui ajalnya di situ.

Tatkala selamat, dia bertemu seorang yang tidak dikenalinya.
"Wahai hamba ALLAH , mengapa kamu meninggalkan rakan kamu itu?"
Dengan hairan A pun menjawab, "Dia tidak dikehendaki tuhan. Doanya tidak satu pun diperkenankan tuhan."
"Kau salah."
"Aku salah? Tuan tahukah, doa aku semuanya kabul. Tiada satu pun yang ditolak oleh Tuhan."
"Tahukah engkau dia hanya ada satu doa dan semua doanya kabul? Dan engkau mendapat sesuatu daripada doanya itu?"
"Hah, tak mungkin. Apa doanya?" soal lelaki A sambil mencekak pinggang.
"Dia berdoa agar semua doa engkau dikabulkan!"

(petikan dari buku motivasi kasih sayang - membina rasa cinta)
***************************************************

Makanya kita perlu ingat selalu, apa pun kejayaan kita pada hari ini, ia tidaklah hadir kerana usaha kita semata-mata. Jangan terlalu leka dengan kejayaan. Orang-orang di sekeliling kita mungkin ada menyumbangkan doa kejayaan untuk kita. Tanpa kita menyedarinya. Orang memberi , kita merasa. Usaha dan doa mereka-mereka itulah sebenarnya menyebabkan diri kita berada di puncak. Dan setiap kejayaan yang kita terima ada hak-hak orang lain di tengah-tengahnya.

-sekadar ingin berkongsi-


17 Jun 2009

Herm.....x paham!

Kita selalu dengar orang berkata...
Status tak penting.
Tapi bila situasi berada depan mata
Kenapa status masih jadi perhatian????!!

Kita selalu dengar orang cakap2
Enggang biarlah dengan enggang
Pipit biarlah dengan pipit
Tapi kalau enggang dan pipit dah sepakat kerjasama
Bagaimana pula??!!

Dilihat salah maka ia salah
Itu salah Ini pun salah
Lalu ditegur
Yang sama benar juga salah
Kenapa tidak pula di kata salah
Kenapa tidak ditegur??!!

Huh
Adil sungguh Saksama

r.i.n.d.u


15 Jun 2009

I said I taught him, I didn't say he learned it!

Sejak hari itu dialog ini sering berada di minda.

A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle.
B: I don't hear him whistling.
A: I said I taught him, I didn't say he learned it!

Berjayakah P&P kita selama ini.
Kalau ya ..... kenapa wujud persoalan-persoalan ini?
Soalan apa?

Kenapa rasa hormat itu semakin tipis di kalangan anak-anak muda zaman ini.
Kenapa masih ramai yang tidak mengenal ABC dan 123?
Kenapa masalah disiplin semakin menjadi-jadi?
Di mana kemenjadian seorang murid setelah tamatnya proses pembelajaran?
Apa dah jadi dengan tingkah laku yang sangat menyedihkan?

Dan sebagai guru, agaknya berapa ramai yang membuat refleksi tentang p&p yang telah berlangsung. Ramai.....tapi apakah refleksi itu benar-benar wujud atau sekadar melengkapkan penulisan rekod pengajaran?
Terbinakah tindakan susulan hasil drpd refleksi yang di catatkan. Atau refleksi tersebut terus ternoktah di situ?

Tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, kalau pun menunding juga, hanya satu jari ke arah sasaran , jari yang lain tertumpu pada diri sendiri. Kalaulah ramai yang menunding seakannya ramai yang menunding ke arah diri sendiri.Maka...fikirlah sendiri.

Guru....agaknya berapakah nisbah bilangan guru yang tersenyum gembira dengan guru yang merungut kecewa, apabila setiap Sabtunya digunakan untuk peningkatan diri?

Kita....aku....berada dalam nisbah yang mana?
Sedihnya mengenangkan ketelanjuran lalu. Berada di kelas yang dipinggirkan, dan berada di kalangan mereka yang bersemangat luhur demi kejayaan anak bangsa sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Terima kasih kepada kamu-kamu yang bersemangat luhur ini kerana tempias semangatmu .

dan....seterusnya, di manakah agaknya kemenjadian kita sebagai seorang guru ?

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

14 Jun 2009

Senandung Budi

Berbudi berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa
Nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina
Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi
Bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi
Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita, jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia
Dari nabi junjungan
Walau dicaci dihina
Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik

-In Team-


13 Jun 2009

Secebis Nota Cuma...

I

Dr. Harinder bercerita pengalamannya yang lalu ketika dalam kelas-first tutorial hari ini.

Seorang berpengalaman dalam bidang plastic surgery selama hampir lebih 3o tahun. Berumur lingkungan 60-an. Amat pakar dalam bidangnya. Suatu hari mengatakan yang dia sudah letih kerana terlalu lama bekerja. Lalu dicadangkan supaya bersara saja. Soalannya, tapi apa yang dapat saya lakukan selepas itu? he...many! Salah satunya membuat kerja suka rela di tempat-tempat di mana kepakarannya diperlukan. Membantu mangsa perang contohnya. Yang mendengar terdiam-mmm mengapa tak pernah terfikir ke arah itu? -jawapan mudah: DUIT. kerana selama ini dia bekerja untuk menerima imbuhan.

Terima dan terima dan terima. Ada waktu , sesekali kita perlu juga memberi. Untuk apa? Sebagai kebajikan. Sebagai kepuasan yang terasa lain puasnya bekerja. Janganlah terlalu leka mengejar kebendaan. Sehingga pada suatu ketika di saat badan sudah tak upaya, seolah kita dah tak dapat nak berbuat apa-apa. Hilangkan kegundahan dengan berkebajikan. Walaupun hanya umtuk melakukan perkara-perkara kecil cuma. Harta di dunia mahu. Harta bekalan jangan dilupa-begitulah.

Kalau hari ini kita menerima, apakata esoknya giliran kita pula memberi.
Seorang Insan Biasa sedang belajar memberi dengan rela hati. Semoga kepuasan menerima dan memberi itu mendatangkan hasil pada masa sekarang dan akan datang.

II

Kelas 2 - berkaitan teknologi masa kini. Perkomputeran dan Internet.


III

Agak menarik dari dua kelas sebelumnya. Why...? kerana ada penglibatan pelajar tanpa rela dan tanpa sedia! Hahaha...modul subjek ketiga baru dapat hari ini. Maknanya satu input takde dalam kepala ketika masuk kelas melainkan pengetahuan sedia ada. Dan ade ujian ringkas. cgu-cgu kepakarannya 'menggoreng' ...apa lagi. Rupa-rupanya itulah induksi memulakan pelajaran untuk mendefinisi test, assessment dan evaluation. Saja suka-suka. Tapi diakhirnya pelajar Ingat!

Dapat gambar kartun yang mempunyai dialog berikut:

A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle.
B: I don't hear him whistling.

A: I said I taught him, I didn't say he learned it!


Sering berlakukah perkara seperti di atas dalam kelas kita? cuba kita sama-sama fikirkan.
Dan, penafsiran aku dalam dialog kat atas tu....Kita mengajar. Tapi belum tentu murid belajar dari apa yang kita ajar. Dan untuk itu kita seharusnya peka hal ini dan seharusnya dapat memastikan bahawa murid belajar apa yang sepatutnya dia belajar. Bagaimana? Assessment lah......hehe

Satu lagi pesanan diterima untuk kali yang ketiga pada hari ini, sebelum kelas ditamatkan.
"Saya di sini bukan untuk memberi kamu kuliah. Tetapi sebagai pemudah fahaman untuk sesuatu yang kamu tidak faham. Sila pastikan kamu membaca dan kita bincang bersama di sini"

Hahahha...teringat kata-kata Dr. Harinder; Kalau di masjid-masjid atau surau-surau terpampang besar

"Bersembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan (i)" (sepatutnya-->disembahyangi)
Okay untuk kelas ini saya akan tukar kepada
"Bertanyalah kamu sebelum kamu ditanya"

hahahah satu kelas gamat! Ingat , tutorial seterusnya, saya tak akan bersuara selagi kamu tak memulakan bicara untuk perbincangan!


IV

Sepatutnya dah boleh ambil anak kunci kereta dan memacu kenderaan pulang. Tapi aku, Elys, Zuraidi dan Fuad sepakat berjumpa Dr. Safiah di OUM. Lega, aku dah nampak arah bagaimana nak menghabiskan kajian. Seronoknya ....dalam diam-diam aku dah berada di tahun akhir. This semester is my second last semester!!!