cari id yes guru sktp

18 Julai 2009

Untuk dia, dia dan mungkin juga untuk dia...

Ntah kenapa minggu ni macam mudah benar hatiku tersentuh.Mengunjungi blog seorang rakan Hampir 10 tahun dikenali. Background music lagu Allahyarham Sudirman-pelangi petang. Dan aku hampir menitiskan titisan mutiara, apabila membaca bingkisan ini....Terima kasih. Semoga hubungan yang dijalinkan bukan untuk diputuskan di penghujungnya. Bukan untuk dipisahkan di akhirannya. Jangan dipersoal mengapa aku menyusun frasa-frasa itu sedemikian rupa....kerana aku pernah mengalami, begitu juga dia.

Akhirnya ini tercipta untuknya yang mengarang itu untuk aku.
Juga ku titipkan untuk kamu-kamu semua yang dekat di hati ini. Ku pohon semoga kamu-kamu tidak akan 'menjauh' walaupun kita jauh.

Belah permatang mengalir pergi,
Pasir mak bayu dipukul ribut;
Sembahlah datang salam ke mari,
Pohon kasih seumur hidup.

16 ulasan:

NaqeebLukhman berkata...

semoga terus mekar mewangi...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

=(

ONE ZABA berkata...

uuhuuuu.....sedeynyaaa!!!!! bukan nak menjauh, tapi memang aku dah duk jauh. tinggi pulak tu.

meraut buluh terluka jari,
disapu ubat terasa pedih;
apa gerangan di pagi hari,
buat hati terasa sedih.

~Insan Biasa~ berkata...

Morning Naqeeb,
semoga Allah merahmati kita semua...

~Insan Biasa~ berkata...

cik gadis yang manis....

sepi tanpa bicara???
kenapa...
he

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one ...itulah diharapkan, walaupun kita-kita semua dok jauh-jauh....tapi pertalian biarlah berterusan...jangan menjauh..
tak rela you....nanti sepi blog nie..
hehe

biru berkata...

salam anis..

wah, syahdunya puisi2 ni
biru pun ada kenangan dgn lagu pelangi petang tuh =(

teruskan berkarya , just b urself...

=)

BUJANG SUSAH berkata...

untuk saya ke...?

~Insan Biasa~ berkata...

salam sis biru,

bingkisan sekadar untuk seorang teman seperjuangan. saling memberi kekuatan untuk terus melangkah..

~Insan Biasa~ berkata...

hehehhe bujang susah,
untuk sesiapa saja yang sudi terima...

eeeda berkata...

Teman yg baik adalah org yg berani mengambil risiko mengatakan kebenaran kepada kita....

a kl citizen berkata...

bertuah mendapat teman sepertinya

~Insan Biasa~ berkata...

tatkala kita menangis dan jatuh dia takkan jauhkan diri.tatkala kita ketawa dan riang dia turut menemani. semoga itulah kita....kan eeeda...

~Insan Biasa~ berkata...

a kl citizen...

semoga kita adalah orang yang bertuah itu..hehe

Mohd. Muhaimin Radzuan berkata...

hmmm.. baca blog saya tajuk SHOUTMIX tau.. hope you like the idea..

http://muhaimin86.blogspot.com/2009/06/shoutmix.html

pasal shoutmix tu..

1. Pegi kat post tajuk SHOUTMIX yang ni..
(http://muhaimin86.blogspot.com/2009/06/shoutmix.html)

2. Kat bahagian bawah post ni.. tekan (SHOUTMIX- Link 1)

3. Masukkan data
username (SHOUTMIX)
password (SHOUTMIX)

4. Download file
(SHOUTMIX Code)

5. Bukak file ni.. copy coding dia sume skali..

6. Kat blog korang
Klik Customize > Add A Gadget > HTML/JAVAScript..

7. Paste kat ruang HTML/JAVAScript.. Klik Ok

8. Siap!!

Adjust saiz..
1. Klik CUSTOMIZE > klik SHOUTMIX
2. Carik perkataan WIDTH dalam coding.. Sebelah WIDTH ada nombor.. tu la saiz WIDTH SHOUTMIX..
3. Tukar la saiz yang bersesuaian..
4. Klik SAVE
5. Siap!!

~Insan Biasa~ berkata...

muhaimin,
dah try....tapi nampak macam boleh chat dengan awak punya je....tak paham pun iye gak..