cari id yes guru sktp

19 Februari 2011

Akhirnya......s.a.t.u itu tiba.

Keletihan lagi. Betis aku sakit nie.....berdiri je kot. Huh bukankah itu menandakan berat badan telah berlebihan? Harus buat sesuatu ni. hehehehe. Hari ini lagi....tidak sempat membuat entry awal pagi. Lewat petang baru dapat si LENOVO teman ketika sendiri. Chewaaahhhh.....betullah. Hakikat tu.

Hari ini adalah hari Sambutan Maulidur Rasul di sekolah. agak meriah dengan pertandingan perarakan yang diadakan saban tahun. Dan kali ini aku menarik diri awal dari menyertai. Sebab aku sedar akan tahap kemampuan yang aku miliki. Tak larat la aku nak bersengkang mata sehingga pagi untuk menyiapkan sepanduk. Sedangkan dalam fikiran aku benda lain yang menerjah. hermmmm.

Acara selesai lebih kurang jam 1 petang. Aku sangka member nak datang rumah petang-petang sikit! La...rupa-rupanya sejurus selepas tamat aktiviti di sekolah dia kata terus nak mai. Makk aiiii kelam kabut la aku dan Zihah. hahahah dan akhirnya kami berempat persiapkan bilik  yang dimaksudkan. Dan inilah hasil kerja kami di hari s.a.t.u.


Kisah seterusnya kita tunggu selepas hari s.a.t.u. Apapun hari s.a.t.u dah selesai dan aku sedikit lega!

Tiada ulasan: