cari id yes guru sktp

23 Julai 2009

Hapuskan bad mood!

10 jenis makanan untuk hapuskan bad mood...

1. IKAN
Pengkaji dari Universiti Havard mendapati kandungan asam lemak Omega-3 yang ada dalam ikan laut dapat meningkatkan zat anti depresi dalam semua darah sehingga membuatkan diri menjadi lebih rileks.

2. PISANG

Zat alkaloid, vitamin B6 dan zat tryptophan yang terkandung di dalam pisang membantu tubuh untuk memproduksi serum darah lebih banyak dan mengenyangkan.

3. BAYAM
Asid folik yang tinggi dalam bayam mampu menghalau rasa tension yang sedang bersarang dalam tubuh!.
4. ANGGUR

Cukup kaya dengan vitamin C yang mampu merangsang produksi adrenalin seterusnya melepaskan semua tekanan yang ada.

5. CERI
Di sesetengah negara barat, ceri dianggap sebagai aspirin alam kerana ia mengandungi zat yang dipanggil anthocyanin.Ia berfungsi menyeimbangkan suasana hati dan menghasilkan perasaan bahagia.

6. BAWANG PUTIH
Mungkin tidak menjadi pilihan ramai, tapi para ilmuan dari Jerman membuktikan selepas menggunakan bawang putih, mereka yang gugup atau stress menjadi lebih cool !

7. LABU
Alasannyan kerana buah labu kaya vitamin B6 dan zat besi yang mengubah gula darah menjadi dextrose yang dapat merangsang perasaan senang dan gembira pada otak.

8. ROTI GANDUM
Kandungan karbohidrat kompleks mampu meningkatkan serum darah dalam tubuh dan meningkatkan zat anti depresi yang memberi efek tenang.

9. SUSU RENDAH LEMAK
Ia sangat tepat buat mereka yang selalu je panik tak tentu pasal!

10. DAGING AYAM
Selenium yang banyak terkandung dalam daging ayam adalah zat yang dapat membantu mengatur mood seseorang.

info dari -majalah remix-
Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan panduan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

10 ulasan:

ONE ZABA berkata...

Ramai orang menanam lada,
Mari jual do kedai Cik Nona;
Jika ilmu penuh di dada,
Ke mana pergi jadi berguna.

biru berkata...

salam...

wah, best tips n info ni
thanx ya

=)

<< s| tED| >> berkata...

sharing is caring.. terima kasih info!!

eeeda berkata...

Nie kira semua makanan kegemaran aku...tapi aku selalu je bad mood..
masalah lain kot..

a kl citizen berkata...

ni makanan utk omputih kut eeeda...

cuba makan cencaluk, budu...
mana tau
mood lain selain bad mood yang akan datang

*ni jawab bagi pihak tuan rumah...hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

apa yg baik tu kita share ler kan cgu one...

~Insan Biasa~ berkata...

sesama kita cuba...try tips nih ...

~Insan Biasa~ berkata...

masalah....hehhe bukan senang nak senang...hhee

~Insan Biasa~ berkata...

kak Kl...thanks jawab bagi pihak tuan umah....tekak melayu+pantai timur kena makan belah2 nun la kot...heheh cuba ikut saranan kak kl tu eeeda....:-)

armouris berkata...

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat