cari id yes guru sktp

07 April 2009

Sabar - Kemuncak

Macam-macam hal jadi sekarang. Tetiba jadi macam-macam dalam kepala. Ada-ada saja cerita. Begini...begitu...ini...itu....

Dalam aku sibuk2 menyiapkan diri untuk final exam oum, Kementerian Kesihatan datang sekolah. Apalah kes tu...kalau tak takkan datang kot. Biarlah rahsia. Padang sekolah naik taraf...tukar pagar, tukar longkang batu. Sekolah semakin ceria. Nanti aku amik gambar letak kat sini yea. Sekarang tengah sibuk sikit.

Dalam dok kalut2 cikgu BI tahun 1 kurang seorang, cikgu BI tahun 3 kurang seorang. Kami terima seorang guru bertukar dari SK Tok Muda-Pn. Suhana...Pergghh lega satu kekosongan dah terisi. Tinggal satu je lagi ni ntah bila nak diisi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAWAAAAAAAAAAAAAA

Awat hang teriak, wahai insan???! Teriak la....dah sah2 sekolah dok haru biru, Yelah awat tak haru...elok2 petang dah cukup2 cikgu. Pagi tak cukup cikgu....amik cikgu petang. Dah lompong yang petang. Rasa cam kami ni menampal lompong2 sesi pagi jerk. Petang terasa macam.......errrkkk apa ye perkataan yang sesuai? Hehehe Rahsia Allah. But kami ceria selalu. Walaupun pedih dan perit . Minggu ni, kami kehilangan sorang lagi guru. Adeehhhhh , dia berhenti 24jam atas kehendaknya sendiri. Warrgghhhh cikgu tu guru kelas tau, dan mengajar subjek teras tu....BM,M3 dan SN.

Akhirnya....tahun 2 yang ada 6 kelas, terpaksa dijadikan 5 kelas. Mahu satu kelas 46-47 orang! Pening aku! Tapi masih dalam perbincangan. Murid kelas ke 3 kalau di satukan dengan murid kelas ke 6....haih migrain aku. Nak ajar slow....budak ok ada dalam. Nanti deme bising plak, sebab cikgu ajar senang sangat. Nak ajar up sikit, yang slow tu plak bising, sebab tak paham cikgu ajar! Sah.....aku leh pengsan tido malam!

Uishhhh...tu belum agihan kelas yang takde cikgu tu...sapa yang nak tanda paper sains satu kelas, m3 dua kelas, penulisan 1 kelas dan pemahaman satu kelas. setiap satu paper ada 37 set. LAB lagi? Waduh2 ....gamat...haru biru...sabar di kemuncak! Sampainya hati ! Kesiannya budak2 tu! Aku nak tolong coverkan pun...aku sendiri dah full... Aku bukan robot! ermmmmm Rahsia Allah! Berserah je lah! Semoga pk - pk yang ada dapat berfikir dengan cemerlang.

updated: few minutes later....

Baru je aku nak iron baju....ada call in. Ahhhhhhhh tidak!!!!!!! aku dikhabarkan....akan ada seorang guru akan keluar lagi dr SKTP. pagi. apakah itu bermakna akan ada seorang lagi guru petang akan ditarik ke pagi? Ohhhhh pleeeaaaaseeeeeee la don't touch us again!!!!! We in the evening session already disaster lah! Kata nak melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Tapi kalau rebung tu tukang lenturnya takde macamne????

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kalau payah sgt nak lentur...masak gulai lemak je rebung tu. fuhhhh!!! makan pulak dengan ikan kerisi goreng.

Tanpa Nama berkata...

betul jugek yee....tunggu la kak rebvung tu sampai jadi buluh balik....

- jinggo - berkata...

kenapa cgu tu...
datang dan pergi...
entahlah - tadi bercerita panjang dengan guru besar sebuah sekolah....

nak buat aktiviti ' team bulding ' untuk cgu cgi dia...
macam2 yg di sok sek kan....
cgu kpli macam ni
cgu maktab macam ni
cgu ganti macam ni
........................

~Insan Biasa~ berkata...

one z....rebung masak lomak cili api memang ummmmphhhhh!

~Insan Biasa~ berkata...

anon...

kalau macam tu banyaklah pemimpin akan datang di kalangan buluh betong....bila ditanya kelak...depa cakap....cikgu ajar tak abish....

ha....cikgu jugakkkkkkkkkkkkkk!

~Insan Biasa~ berkata...

Jinggo....begitulah senarionya persekitaran persekolahan di Msia!