cari id yes guru sktp

20 Julai 2009

"Masuk telinga kanan keluar telinga kanan..."

Pembelajaran baru yang aku peroleh semalam, apa-apa perkara yang tidak enak dipendengaran-mudah. Masuk telinga kanan,keluar telinga kanan? errrkk...apa jadi kalau masuk telinga kanan keluar telinga kiri (statement ni kan ke yang biasa kita guna?)? Jawapannya, 'ia' akan sangkut kat tengah2 la...apa yang ade kat tengah2? otak....pikiran... sapa yang sakit pening? kitaaa juga! Ada betul???
erm...aku menung. Ada betul juga erk???

Juga belajar tentang sesuatu yang agak meng'konpiuskan' aku. Coz ni dah kira masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri...maka ia tersangkut kat kepala otak aku..

Mulut bertanya,
abih tu sebab dah kerana dia di atas dan kita di bawah....walaupun jelas nyata dia salah kita kena diamkan aje? ikut jer? setuju jer?
Jawapan aku terima...'iye'. Eh...mana boleh, dah salah takkan diam je?
Ha...orang yang tak boleh diam tu la nanti akan seterusnya timbul pula cerita-cerita lain yang macam-macam....keadaan akan lebih sukar, mahu???
Aku jadi mati kutu! Kalau di lawan pun ...macam pernyataan tu la...akan jadi macam2 la kan...? Maka aku diam jugak!Lagipun, ilmu bahasa aku belum cukup untuk melawan bahas dengan itu olang!
Tapi.....kan dia dah salah...takkan nak diam.
Diam.....dan bagaimana untuk membetulkan? Tunggu sehingga kita pula berada di atas. Dan masa itulah kita memperbetulkan apa yang dah tak betul yang dilakukan oleh orang atas tadi. Tapi perasan tak....kebanyakan kita yang dulunya di bawah masih melakukan kesilapan yang sama dilakukan orang yang di atas itu, setelah kita berada di atas?? Mengapa jadi begitu?

Sebab...........kita tak rekod! Kita tak rekod apa yang salah diketika itu yang mana kita sepatutnya perbetulkan apabila kita pula mengambil alih tempat. Oleh itu rekod sekarang, apa yang orang atas buat tapi kita tak suka. Rekodkan dalam memori. Dan bila kita duduk di tempat orang atasan kelak. Kita buat perubahan! Bolehhhhh????

Tapi berapa ramai agaknya yang hanya pandai cakap, tapi tindakan.......
Aku pun tgh fikir aku ni kategori mana?
Fikir jangan tak fikir.

16 ulasan:

- jinggo - berkata...

wak

saya percaya bagusnya manusia bukan pada kata2 - tapi pada tindakan...
begitu juga dengan kita.
bertindak atas kewarasan.....

semuga kita dipermudahkanNYa....

sonata anak kancil berkata...

biasanya perkara2 yang betul, diperbetulkan - dibawak berbincang...cikgu boleh runding baik2....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

betul-betul saya setuju sangat..

ramai yg hanya tahu bercakap dari melakukan tugasan yg sepatutnya...

sebab tu kalo org yg pndai bercakap jangan la percaya sgt...

kecuali...

dia melakukan kerja dan tugasan yg diamanahkan pada dia...

lagipun kalo bercakap perlu ada ilmu di dada bukan nya bercakap kosng jer...

kena buktikan!!

NaqeebLukhman berkata...

kalau pandai makan ajer macamana hehehee

ONE ZABA berkata...

pandai jawab pantun je...

Shifu67 berkata...

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... kira ok la lagi.... masalahnya masuk telinga kanan, lepas tu sangkut jadi tahi telinga, tak guna gak... hehehe

easza berkata...

berkata hanya bila perlu...
kalau tak diam lebih baik...

~Insan Biasa~ berkata...

jinggo, terima kasih wak...
atas peringatan itu
-bertindak atas kewarasan-

sebab kadang2 kita memang akan terlajak laku...

~Insan Biasa~ berkata...

erm...tapi sonata

ada juga manusia akan kata
aku betul
bincang..bincang..
aku masih betul...
akhirnya keputusan 'aku' mesti guna

so...apalah erti perbincangan???

~Insan Biasa~ berkata...

cik gadis manis,

akhirnya kita akan sepakat
dengar pada pendengaran
lihat pada tindakan

a kl citizen berkata...

rekod di kertas bukan di pemikiran sahaja

~Insan Biasa~ berkata...

Naqeeb,
pandai makan jer???

hermmmm...takyah la susah payah nak pk pasai diet!

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one....pantun ...jom kita sama buat buku pantun nak??

~Insan Biasa~ berkata...

heheh shifu, terima kasih berada di TS...
tahi telinga??? tu la sapa suh tak bersihkan...patutlah cakap lain dengar lain..buatnya lain...ekekek

~Insan Biasa~ berkata...

easza,
betul...dan diam2 ubi berisi itu lebih baik dari bising2 tin kosong

~Insan Biasa~ berkata...

a kl citizen...
kita rekod video sekali la
lagi best..