cari id yes guru sktp

11 Julai 2009

antara lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa? (siri 2)

Lelaki pertama yang telah menetap di dunia selama lebih 40 tahun. Datang berjumpa dengan aku.
Aku yang tengah sedikit kalut petang itu tak ingat apa-apa lancar jer mulut bertanya...
errr....boleh saya bantu? kenapa ye...nak bawa anak balik ke? ermmmm kenapa boleh terpacul soalan begitu pun tak tahu lah....

"report card..."
"aha.....sila, kita berbincang di dalam." sambil menjemput lelaki ini ke ruang perbincangan di suatu sudut.
Bla...bla...bla....
Antara kata-kata yang membuatkan aku sedikit segan dan tabik dengannya sebagai seorang bapa...

*Kami bukanlah dari keluarga yang berantakan. Hubungan sangat akrab.
*Saya selalu memantau anak-anak saya , dan pastikan itu menjadi rutin ..walaupun sibuk.

*Buat kuiz kami anak beranak....dan saya dapati anak saya adalah seorang yang memerlukan cabaran. Dia perlu di cabar untuk melakukan sesuatu.

* Secara terperinci memberitahu masalah anaknya kepada aku, dan aku berasa anak ini sangat bertuah mempunyai keluarga yang mengambil berat tentang keadaannya.
* Jika kelas pemulihan yang dihadiri tidak mendatangkan hasil mengapa perlu diteruskan. Dilihat anak saya tidak ada peningkatan langsung!
* Kalau dirasakan kelas itu baik, saya tak kisah anak saya terus menghadiri kelas itu. I think you boleh teruskan, i don't mind. Ini bidang you and you know it better than me.

* So, saya cadangkan we together try to push him (anak) so, then he can do better. I tak tengok all these marks...coz I already know it.
* Rasanya tak perlu check doctor, bukan dia sakit pun...nanti ingat sakit mental pula....dia cuma sedikit lambat. Apa yang penting , kita sama-sama take care of him...push him more...di sini u incharge...di rumah let the family do it. I know he can!

Wa......detail sungguh...(walaupun apa yang ade kat sini taklah detail...)
Cuma apa yang penting....kesimpulan awal yang aku buat tentang bapa yang satu ini,

*sangat mengambil berat dan mengambil tahu kelemahan/kelebihan anak - beruntung anak ini.
*membuat tindakan untuk memperbaiki kelemahan - beruntung anak ini.

*berusaha untuk mendapatkan kerjasama dari guru untuk membimbing anak ini- beruntung anak ini.

*sedaya upaya mencari masa untuk diluangkan bagi meningkatkan tahap pencapaian anak- beruntung anak ini


keseluruhannya pada saya anak ini beruntung punya bapa sepertinya. Betulkan? Anak manalah yang tidak beruntung memiliki bapa yang begini?
Hehehe ada lagi sebab mengapa saya boleh merasa rendah diri berhadapan dengannya

*gaya percakapan yang sangat tegas/yakin
*hujah-hujah yang agak bernas

*berpenampilan yang menarik
- bagaikan seorang pegawai pelajaran gitu...ahaks

rasanya darah semua naik ke muka...ikikikiki...
Perbincangan berlangsung hampir setengah jam...lama tu aku mengadap dan mendengar dan berkongsi kata....sampai aku hilang kata-kata.

SO....ADAKAH KORANG SETUJU,
KALAU AKU KATA DIA SEORANG YANG PRIHATIN...


Hilang saja kelibat....rakan-rakan aku bertanya...

"Nis, sapa tu....?"
"Nis, insurans ke...?"

"ekekeke why?"
"Smartnya....hensemnya....bergayanya...."

"Oiiiii bapak budak ambil LAB lah!"
"OOOooooooo...."

kisah lelaki yang menetap selama 8 tahun di dunia .....akan menyusul. Tungguuuuu...

Sudah ikat baru sembelih,
Masak berempah isi kepalanya;
Intan manikam cari boleh,
Payah jumpa kilat cahayanya.

26 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

amboi akak...

pandai wat suspen...

tak sabar2 sy nk tau cerita versi anak lak...

bila dh tau suma nak wat kesimpulan pulak...

hehehe...

aZilsah berkata...

sy pun nk tggu next.

tp kan normal lah ada setengah org yg xbbrpa mahir bdng akedemik. xbole la nk push dia sgt.
cousin sy, slow sgt nk blaja. last2 makcik anta dia skola khas. wlwpun fizikal dia normal. bukan sakit mental. cuma kurang kebolehan.

hang nadim berkata...

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi.

NaqeebLukhman berkata...

kebenaran pasti menjelma...

kin hashim berkata...

Owh..ada bersiri pulak.. Hmmm...tak boleh buat kesimpulan lagi la nih. Tp, selapis pandang, mmg nampaknya lelaki ni jenis prihatin dan bertanggungjwab. Jujur tak jujur tak tau le..

ONE ZABA berkata...

pertama... wah, dah tuka kulit rupanya.

kedua...>> beruntungnya lelaki pertama tu dapat jumpa ko.tapi nak tanya jugak la. dalam setahun berapa kali dia datang sekolah bertanya tentang anaknya itu. adakah bila nak ambik kad baru nampak muka????

ketiga...>>

pergi ke kedai membeli rokok,
beli rokok bersama cekelat:
jgn berteduh di bawah pokok,
nanti merana disambar kilat.

~Insan Biasa~ berkata...

hahaha cik gadis manis...kita tunggu sesame erk...

~Insan Biasa~ berkata...

erm...tak semua orang boleh terima azilsah...sekolah khas...pendidikan khas...perhatian khas...ntah...pilihan ditangan masing-masing

~Insan Biasa~ berkata...

hehehe...tq hang nadim. keselesaan boleh ditunjukkan...

~Insan Biasa~ berkata...

Naqeeb....wajah awak juga yang tak menjelma...kenapa ek? Biarlah rahsiaaaa..hahaha

~Insan Biasa~ berkata...

kin,
kejujuran ....
dengan diri sendiri pun adakalanya tiada kejujuran...

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one.

1. tuka kulit sebab dah 2-3 orang asyik cakap lambat nak buka page saya...walaupun saya buka x lah lambat benar...walaupun saya sgt bekenan kulit yg lama itu...berkorban sikit, supaya apa yg nak saya kongsi betul2 dapat dikongsi bersama

2. sebenarnya....sebenarnya....ramai/majoriti makayah jumpa cgu time amik report je. komunikasi dah canggih...kalau tak call..sms...(tapi mcm story irfan-makayah yg rajin jumpa/call/sms 1/3 dr jumlah murid yg ade....). semua makayah anak murid saya , ade no saya utk kemudahan berhubung,tapi....huhuhuhu cgu pepaham jek la...mesti tahu...hehe

3. Yeeeahhh pantun jangan tak pantun!

Cikgu Zailani berkata...

Hai.. Cikgu Anis.
Nak respon ttg sain report card ni. Memang ada ibu bapa yg tak dapat terima kelemahan anaknya walau pun memang anaknya tu tahap lembam.. Sy selalu berhadapan dgn situasi itu? Tapi kini bila saya berhadapan dgn mereka yg mcm itu. Saya akan siap2 dengan hujah yg menyatakan "anak tuan....lemah dalam subjek ..... ( dan jangan bagi dimula kata kebaikan anak nya. Kondem cukup2. Biar egonya jatuh...) Kalau tuan tak percaya ini buku tulisnya... ( tunjuk le kerja2 yang paling buruk hasilan budak tu.. ) mesti dia tak akan berlagak atau ego lagi. Yg penting hujah ada bukti.

Cikgu Zailani berkata...

Apa pun, memang cabaran guru sekarang semakin mencabar dan mendera. Sabar le....

a kl citizen berkata...

sometimes a cover of a book will trick you

---> kata2 yang manis tak semestinya manis...
time will always tell...

bapa yang prihatin tidak berjumpa gurunya setahun sekali sahaja....

~Insan Biasa~ berkata...

cgu zailani...banyaknya benda seorang cgu nak buat...mental tak kuat, tu yang ke dalam tu...heheh

terima kasih kerana sudi berkongsi tips tu..

~Insan Biasa~ berkata...

heheh sapa-sapa nak jadi cgu, kena ambik ujian kesabaran dulu....kalau pass ...orrraaaitttt!! kansss??

~Insan Biasa~ berkata...

betul kata cgu....

"sometimes a cover of a book will trick you"

saya dah kena...
dan saya ada cerita seterusnya,

- jinggo - berkata...

saya macam lelaki tu
masuk sekolah : macam orang jual ansuran...
tapi yg tak menariknya...
anak saya cakap...

ayah kamu ' motivator '
kamu seharusnya tak macam ni...
digunakan hasil pertemuan.......
dan untuk seterusnya..
arahan dari ana..
abi datang pakai baju biasa...

Sis-Lin berkata...

skrg ni cuma nak kata beruntung bdn anis je..
tp kena tggu lg bru leh bt kesimpulan..hehehehe

~Insan Biasa~ berkata...

berpakaian untuk ke sekolah....pada saya its okay nak pakai mcm mana pun, asalkan tidak menjolok mata...

maklumlah sekolah...budak2 melihat. seharusnya ke sekolah dengan berpakaian kemas dan sopan.

saya x kisah...jangan berpakaian, tapi macam tak berpakaian sudah la...

~Insan Biasa~ berkata...

sis-lin....untuk n3 ini, memang saya bertuah...hehe

kakpah berkata...

salam anis, emmm. belum boleh nak buat kesimpulan. mata boleh mengelabui kebenaran. Kata boleh mendustakan kebaikan.
Tunggu cerita versi lelaki kedua hehe...

~Insan Biasa~ berkata...

kata boleh mendustakan kebaikan...ngeee takut dengar...

eeeda berkata...

Bukan keja cikgu je perlu kesabaran...keja lain pun sama...yg penting kita kena pandai melayan pelanggan kita selayaknya....dan berilah perkhidmatan yang terbaik....

~Insan Biasa~ berkata...

betul..betul...betul...(kata upin,ipin)
tapi ko tak jawab soalan pun eeeda...? hehehe