01 Julai 2009

Paku yang lekat di hati

Dah biasa dengar/baca kisah ini kot...xpe kan....kalau jadi n3 di Tinta Semalam pula...

Kisah Paku Yang Lekat Di Hati


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang iu kepada anaknya.
"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu,"kilas si anak.
"Tetapi perbuatan kamu itu menyakiti hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.
"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf segala-galanya langsai, bu."
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan faham maksud ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.
"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
"Baik, ibu."
Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ada paku yang tertinggal?" ujar si anak dengan bangga."Semuanya telah dicabut.Memang ramai orang yang sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf."
"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu...?"
"Maksud ibu?"
"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk, calar dan berkematu. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku...."
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Hati aku lebih kurang camtulah juga kan....mungkin hati-hati kamu,awak dan mereka juga.
Sungguhpun begitu...aku ada terjumpa bait-bait kata yang sangat bermakna untuk diri aku sendiri. Dan aku pun pernah nasihat kat hati aku ,cari ubat tu sendiri jangan ngengada nak harap sapa-sapa tolong ubatkan. Takut-takut harap kat orang terpaku plak lagi....tambah lagi parut. Payah kan???? Apa bait-bait kata tu? Ni ha................

"..A broken heart can never be healed,
but it can learn to love again..".

lagi pesanan untuk insan biasa, awak, dan juga kamu : jangan la kamu serik wahai hati untuk terima hati lain.

p/s : kredit to uncle Lee - learning in progress...........peaceeeee!!

8 ulasan:

Nl berkata...

oh... huhuhu sedih juga kisahnya...
saya pun tak nak sakitkan hati org lain agar org lain tidal sakitkan hati saya...

terima kasih cikguuuu...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun, kalo bleh tanak sakitkan ati org..Tapi, saya manusia biasa. Makanya kadang2 tak perasan jika tersakitkan ati orang..

Harap orang-orang itu maafkan saya jika tersilap pertuturan...

ibundo berkata...

salam anis, walaupun selalu berjanji dengan diri tak mau menyakitkan hati orang tetapi agaknya berlaku juga tanpa disedari. harap-harap orang itu memaafkan.

~Insan Biasa~ berkata...

naqeeb,kak yan,kakpah

kita semua ada niat yang sama mungkin. tapi tulah kita insan tak sempurna adanya.
apapun semoga Allah sentiasa rahmati apapun yang kita buat serta menjauhkan kita dari perbuatan yang tidak sepatutnya.

ONE ZABA berkata...

aku, kalau dapat hati ayam...aku buat masak kicap je. pucuk paku pulak buat rebus.pastu cicah ngan sambal belacan...fuhhhh!!!!!

~Insan Biasa~ berkata...

warrgggghhh.....cikgu one.....lapo saya camni!

Nukilan ida berkata...

kadang-kadang hati dah penat rasanya nak bersabar dengan mereka yang tak pernah rasa tanggungjawab..
yang ni orang dewasa..kalau kanak2 bleh dimaafkan lagi kerana mereka tak pikul tanggungjawab

~Insan Biasa~ berkata...

ida,
kita masing2 ada tanggungjawab yang tersendiri. yang penting kita buat yang terbaik yang mampu kita buat.