03 Julai 2009

cantik tetap di mata

Masa makan tengah hari tadi pun, sempat juga aku berfikir. Hahahha fikir lagi. Apa yang terfikir dek fikiran aku....cantik. Dah dok sorang-sorang, makan sorang-sorang, of course fikiran pun melayang sambil menguyah pun jadikkkkk. Dasat aku nie....cakap sorang-sorang pun penah tau! ahakssss! kritikal!

Cantik...ramai kata cantik fizikal semata pun tak guna. Tapi perasan tak, itulah yang ramai orang pandang utama. Cantik...alah, muka je cantik....nak buat apa? Tapi perasan tak, itulah yang ramai orang suka nak pandang lama-lama.

Ramai juga yang cakap, kalau diberi pilihan cantik rupa dan cantik hati....of course cantik hati jadi pilihan. Errrkkkk....Jujurkah sebenarnya jawapan itu? Macam mana aku boleh tanya soalan ini? Errrr sebab tetiba saja otak aku membayangkan (fikir kot) ...katakan begini:

Si X rupa sederhana, bolehlah tahan sedap mata memandang. Budi dan hati juga menawan. Partner bangga, sebab pakej ok. Itu pun kalau dia tak jumpa yang lebih cantik lah. Andaikan terjumpa Z yang lebih jelita dengan budi dan hati yang sama levelnya dengan X tadi....ada kemungkinankah perhatian beralih pada Z? Mustahil atau tak mustahil??? (Heheheheh)

Pada aku la, orang yang sering berkata "apalah ada pada rupa"...sebenarnya dia mencari rupa. Sebab dah tak jumpa yang ada rupa, baru statement tadi tu terzahir kat bibir. Cuba kalau jumpa???? Eh, maaf.....nak tekankan kat sini - ini adalah untuk mereka-mereka yang belum ada isteri belum ada suami. Yang dah bersuami isteri tu saya percaya pasangan itulah yang tercantik! (mudah-mudahan).

Isk, lain macam plak n3 aku ni kans....sorry the morry la...its just my opinion about this 'cantik'.
Tak semestinya betul dan belum tentu salah. Apa pun cantik ini sebenarnya sangatlah umum maksudnya. Bergantung kepada individu untuk memberi value yang bagaimana kepada cantik.

Terpulang kepada persepsi masing-masinglah kan. Apa dan bagaimana...aku tetap kata cantik tetap di mata kita semua. yang cantik tetap akan jadi pilihan utama. Cantik sentiasa berada dihadapan yang kurang cantik!

Betulkansssssssssssssss???????????????? Takmo jawapan hipokrit okayssss!

Kita mungkin cantik juga....tapi kita bukanlah yang tercantik.
Kita mungkin hodoh tapi.....kita bukanlah yang terhodoh.

6 ulasan:

Nl berkata...

tak dinafikan cantik mendapat tempatyang teratas pada pandangan namun kalau hati dah suka cantik ker tidak bukan lagi jadi persoalan...

takdir yang menentukan...

~Insan Biasa~ berkata...

betul tu Naqeeb,
cumanya ketika kita membuat pilihan semasa belum jatuh sayang...
bagaimana...

ONE ZABA berkata...

sukar nak cerita bab ni. semua tu anugerahNYa jua.

tapi yg pastinya semua orang suka akan kecantikan. yang tak suka akan kecantikan tidak normal namanya.

Nl berkata...

haaaaa klu belum jatuh sayang buat apa pilih... kita pilih seseorang untuk disayangi (teristimewa)mesti ada sebab dan musabab takkan asal jumpa jer terus mau hehehee...

buleh kita sayang meyayangi sebagai kawan atau sebagai sahabat namun oleh kerana kita org islam ada batas batasan nyer antara lelaki dan perempuna khususnya... dan sayang lah berpada-pada jgn telampau over...

sayangilah mengikut siapa yang paling berhak... isteri mesti sayangkan suaminya dahulu.. anak2 mesti menyayangi ibu dahulu barulah bapa , adik beradik, sedara mara jiran tetangga dan seterusnya....

kalu titiba jer jatuh sayang pada yangtidah berhak itu bukan jatuh sayang tapi itu godaan! heheheheee

errr kalau ada salah silap harap maaf yer, cikgu... saya sekadar memberi pendapat jer...

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...memang payah nak cerita bab2 camni. tapi itulah yang ada untuk kita hadapi ..kan..

~Insan Biasa~ berkata...

kalau dah kata pendapat....xdelah yang salah en. Naqeeb...hehehe

komen panjang x hengat...saya suka...saya suka...ekekek