15 Jun 2009

I said I taught him, I didn't say he learned it!

Sejak hari itu dialog ini sering berada di minda.

A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle.
B: I don't hear him whistling.
A: I said I taught him, I didn't say he learned it!

Berjayakah P&P kita selama ini.
Kalau ya ..... kenapa wujud persoalan-persoalan ini?
Soalan apa?

Kenapa rasa hormat itu semakin tipis di kalangan anak-anak muda zaman ini.
Kenapa masih ramai yang tidak mengenal ABC dan 123?
Kenapa masalah disiplin semakin menjadi-jadi?
Di mana kemenjadian seorang murid setelah tamatnya proses pembelajaran?
Apa dah jadi dengan tingkah laku yang sangat menyedihkan?

Dan sebagai guru, agaknya berapa ramai yang membuat refleksi tentang p&p yang telah berlangsung. Ramai.....tapi apakah refleksi itu benar-benar wujud atau sekadar melengkapkan penulisan rekod pengajaran?
Terbinakah tindakan susulan hasil drpd refleksi yang di catatkan. Atau refleksi tersebut terus ternoktah di situ?

Tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, kalau pun menunding juga, hanya satu jari ke arah sasaran , jari yang lain tertumpu pada diri sendiri. Kalaulah ramai yang menunding seakannya ramai yang menunding ke arah diri sendiri.Maka...fikirlah sendiri.

Guru....agaknya berapakah nisbah bilangan guru yang tersenyum gembira dengan guru yang merungut kecewa, apabila setiap Sabtunya digunakan untuk peningkatan diri?

Kita....aku....berada dalam nisbah yang mana?
Sedihnya mengenangkan ketelanjuran lalu. Berada di kelas yang dipinggirkan, dan berada di kalangan mereka yang bersemangat luhur demi kejayaan anak bangsa sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Terima kasih kepada kamu-kamu yang bersemangat luhur ini kerana tempias semangatmu .

dan....seterusnya, di manakah agaknya kemenjadian kita sebagai seorang guru ?

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kerana ramai guru yang jadi-jadian dan ramai murid yang menjadi-jadi.

~Insan Biasa~ berkata...

erm...kerap sangat bulan mengambang la tu, maka semakin menjadi guru jadi-jadian nie..

Unknown berkata...

saya hilang kata2
penat
nanti saya baca.....

~Insan Biasa~ berkata...

heheh...ehem!

azlanlin berkata...

Yang mana satu, saya juga kekadang terkeliru dengan :

:: kita AJAR apa yang kita NAK ajarkan...

:: kita AJAR apa yang kita PATUT ajarkan

:: kita AJAR apa yang kita HARUS ajarkan

+++++++

:: kita AJAR apa yang KITA tahu

atau

:: kita AJAR apa yang PELAJAR harus tahu

Wallahualam...
meh kita renung-renungkan...

~Insan Biasa~ berkata...

erm....pikir jap.
ok gini, yang utama ialah guru mengajar dan pelajar dapat menguasai apa yang guru ajar. kalau tak 100% pun , at least pelajar belajar sesuatu dr apa yang diajar..Bukan guru mengajar tapi pelajar tak dapat apa-apa!

Guru perlu pastikan apa yang disampaikan tu memberi kesan kepada pelajar. apalah guna pengajaran dan pembelajaran tu kalau tak ade impak...

Tegasnya, Guru bukan setakat mengajar semata-mata tapi perlu juga memastikan pelajar belajar dr apa yang diajar.