03 Januari 2009

Senyum seindah Suria

Mengapa perlu senyum...
  1. Meghilangkan stress-ia boleh menghilangkan rasa penat,bosan dan sedih.Apabila menghadapi tekanan,cubalah untuk tersenyum kerana ia boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi dan fikiran menjadi lebih tenang.
  2. Meningkatkan sistem imun-Sistem semasa bekerja menjadi lebih baik.Ia membuatkan seseorang itu berasa tenang.Hasil penelitian,senyuman boleh menghilangkan batuk dan selsema.
  3. Menurunkan tekanan darah-Tekanan lebih rendah ketika tersenyum.Cuba catatkan tekanan darah ketika tidak tersenyum dan semasa senyum. Lihat perbezaannya!
  4. Awet muda-Senyuman banyak menggerakkan otot-otot muka.
  5. Senyum itu ubat-Ia ibarat ubat dan hormon endorfin daripada senyuman dapat menghilangkan rasa sakit.
  6. Mengubah perasaan-Apabila merasa sakit,cubalah untuk tersenyum. Hasil kajian senyuman dapat mengubah perasaan yang dialami.
  7. Riang-Ketika tersenyum suasana akan menjadi lebih riang dan bahagia. Malah orang sekeliling akan ikut tersenyum.
  8. Kelihatan sukses-Anda berkeyakinan,mempercayai diri dan merasa lebih baik.
  9. Berfikiran positif-Mungkin amat sukar tersenyum ketika memikirkan perkara buruk. Ini kerana ketika tersenyum,tubuh menerima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
  10. Menarik-Orang yang banyak terenyum memiliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling merasa senang.

Jenis-jenis senyuman.
  1. Senyum sinis atau egois-Senyuman yang berbentuk perasan dendam membuatkan seseorang yang melihatnya akan sakit hati.
  2. Senyum menggoda-Bertujuan untuk menggoda seseorang.
  3. Senyum ketabahan-Senyuman daripada seseorang yang menghadapi masalah dan tabah menempuhinya.
  4. Senyum tegar-Senyuman yang menghiasi bibir dan mempunyai kekuatan dalam hidupnya. Wakaupun menghadapi masalah berat sekalipun,tetapi ia masih mampu tersenyum.
  5. Senyum tulus-Sebuah senyuman yang datang dari hati yang paling dalam untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
(Majalah Rapi-Januari 09)

Hari ini, senyuman yang mana menghiasi wajah kita?

Kalau tuan mendaki bukit,
Bukit didaki terlalu tinggi;
Sungguh cantik bulan terbit,
Ada bintang bertambah seri.

9 ulasan:

mohd nor a.k.a saintis berkata...

aku dalam tido pun senyum. dalam jaga tak payah cerita la..huhu

Sulamankasihabadi berkata...

senyum sokmo...senyum la walaupun sedang berduka..

Unknown berkata...

Kata seorang bijak pandai : selain mata senyum adalah alat yg menhubungkan kita dengan orang lain...

sebab tu Perlis buat Seminar Mulut dan Terengganu buat Seminat Senyum Sokmo...dan kat USA ada latihan Untuk Menaikkan Pipi....bila pipi naik mata jadi kecik itu senyum ihklas.......

Tapi ada orang sentiasa senyum...Mr Os..sebab dia jongang !!! Gurau aja k.

ONE ZABA berkata...

Dilahirkan memang punya memek muka yg masam...senyum pun nampak masam gak.

~Insan Biasa~ berkata...

to admin :

hehehe senyum banyak jenis...senyum yang serupa atau senyuman yg berbeza kau hias kat bibir kau tu....dalam tido leh senyum....jumpa bidadari jepun ker....hehhe gurau.

~Insan Biasa~ berkata...

to ujie:

senyum seindah suria, walau hati duka sengsara. Tak semua orang mampu mengekalkan senyuman tulus dalam jiwa yang terluka...

senyumlah untuk ketenangan. moga kedukaan tidak menetap lama di hati kita...kan jie... :-)

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo :

dekati insan yang suka melempar senyum untuk kita sentiasa senyum.

Awas....jangan senyum sebarangan pulak. Nanti di sangka lain...susah juga..hehehhe

~Insan Biasa~ berkata...

to one z:

masam macamne pun...kalau betul diri kita dikenali, dia akan tahu adanya senyuman dalam wajah yang nampak masam.

orang rumah one z tentu kenal di mana senyuman cg, yang mana orag lain nampak masam.....

Tanpa Nama berkata...

bukan jumpa bidadari jepun tapi senyum sebab membilang hari nak pulang..... teringat plk kat lagu aisyah..hahah...bidadari semua tolak tepi, anakanda pulang menjunjung sembah ayahanda dan bonda.