cari id yes guru sktp

06 Januari 2009

Aku adalah si polan...si polan...

Pentingkah sebuah gelaran pada kita? anda? kamu? engkau? u? Kecilkah kita jika tiada gelaran ? Hebatkah diri kita dengan adanya gelaran? Bergelaran atau tidak , kita semua .... sama-sama ada hati. sama-sama ada perasaan. Mahu hati kita dijaga...hati orang kita jaga. Mahu perasaan kita dipelihara...perasaan orang kita pelihara.

Hanya kerana nama, hanya kerana gelaran atau hanya kerana panggilan, mewujudkan jurang. Tidak semua orang kita kenal. Dan tidak semua orang kenal kita. Tapi masih ada yang bersangka semua orang kenal mereka yang ada nama, yang ada gelaran...yang ada panggilan. Aku adalah si polan...si polan.....tak kenal? Kita bukannya sempurna. Boleh kenal sekadar melihat muka. Tapi begitulah, sememangnya kita semua insan tak sempurna. Bersangka semua kenal muka....mana boleh? itu tanda orang yang bersangka tidak sempurna. Masih ada kesilapan. Tiada siapa terlepas kesilapan. Bukankah begitu? Ada yang mudah dimaafkan, juga sebaliknya. Tapi tak perlu di war-warkan ke serata alam. Kerana yang berbuat silap itu juga ada hati ada perasaan.

Berdentum guruh di papan,
Kilat sampai atas batu;
Apa masalah dalam badan,
Tolong huraikan satu persatu.

4 ulasan:

- jinggo - berkata...

Cgu kepada ramai orang gelaran melambang harga @ ego diri...betul tak.

Sebab itu saya yakin : untuk memudahkan hubungan sosial kita dengan orang lain.Naikkan seseorang dengan gelaran....

Maaf kalau tersilap : macam sesuatu telah berlaku......kita bersangka baik untuk seterusnya cgu......maaf.

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo:

sgt setuju - "untuk memudahkan hubungan sosial kita dengan orang lain.Naikkan seseorang dengan gelaran...." tapi tidak perlu terlampau berbangga dgn gelaran tu.

kerana.....ada sesetengah itu setelah ada gelaran cuma memandang yang di atas, yang bawah dilihat hujung mata sahaja.

kerana.....ada sesetengah itu setelah ada gelaran egonya semakin bertambah2 , kesian pada yang biasa2.

sebelum dapat gelaran, sebelum jadi hebat, sebelum jadi luar biasa bukankah sama saja asalnya biasa2 juga.

Ya...kita bersangka baik untuk seterusnya.

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo :

tambah sikit lagi....
itu yang akhirnya jadi seperti n3 dalam blog jinggo tu....label melabel..:-)

ONE ZABA berkata...

Berdentum guruh di papan,
Kilat smpai atas batu;
Tiada masalah dalam badan,
Jika makan mengikut catu.