cari id yes guru sktp

25 Januari 2009

Mulanya begini,Akhirnya begitu.

Hari yang dimulakan dengan rasa happy coz dapat berjumpa dan bermesra dengan sedara mara. Kami semua berkumpul di Majlis Perkahwinan adik sepupu aku, Fendi. Ada juga yang dah menghadiri majlis semalam. Abang Aziz, Wak Damiri dan Wak Siman. Aku ingat dapat jumpa wak2 tu....tapi tak de jodoh. Yang ni aku terima. Hehehehe.

Aku sendiri, semua orang tanya.....ayah mana? Nak jawab apa...jawab je la ayah tak mau ikut, badan tak sedap. So...aku pergi sengsorang jer. Sejak ayah dah banyak umur ni, memang gitu la. Ke mana pun aku TERPAKSA berseorangan. Dah nasib badan. Tapi semoga nasib aku tak begitu selamanya. Amin.

Tak banyak gambar yang dapat aku snap. Kamera buat hal pulak. Huhuhuhu. Nak tunggu gambar dari pengantin..alamat lambat ler. Tu pun kalau pengantin teringat pesanan aku tadi. Ekekekeke. Selamat Pengantin Baru dik....

Nie je la yang sempat aku snap.....

Ha...hensem tak? Kuikui. Ni paman Rani : Bapak pengantin....uikssss bz..bz...bzz...


Ini antara adik-adik yang sering menjadi geng aku dalam majlis-majlis keluarga. hehehhe. Rina dan Yati. (belakang Rina-duduk bertudung: itu bik kamariah, mak pengantin). Cit ...pastu kamera bateri kong la plak. Lupa nak charge bateri malam tadik. Tak dan nak amik pic pengantin & sedara mara yang lain. Tema cekelat.



Juga hari yang diakhiri dengan situasi yang menyakitkan. Mungkin juga ini nasib aku. Tapi susah sikit aku nak terima. Aku tak tahu apakah aku akan mampu bertahan untuk menghadapi ini di sepanjang usia yang Allah berikan padaku. Aku juga tertanya-tanya, mengapa Allah memberikan aku ujian ini yang perlu aku hadapi di sepanjang usia yang bakal aku perolehi. Mampukah aku bertahan? Sampai bilakah aku mampu bertahan? Aku harus siapkan diri aku untuk menghadapi ujian ini di setiap majlis keluarga yang bakal aku hadapi di hari-hari muka. Raut wajah terlihat dengan senyuman. Raut wajah disebaliknya terasa titisan jernih mengalir membasahi hati. Mengapa aku diduga begini?



Balik ke Klang....aku bersendiri. Aku tak dapat bertahan. Jalan yang aku lalui pun ntah jalan mana. Aku redah saja. Fikiranku melayang.Nyaris tak bertembung dengan kereta yang dari arah bertentangan. Aku tersedar dan terkesima. Nasib baik sempat elak. Fikiran aku hancus...Bagaimana harus aku kuat semangat? Alhamdulillah, aku selamat! Yang pasti aku mahu habiskan kesedihan itu dijalanan. Perjalanan yang sepatutnya sejam mengambil masa yang lebih dari yang sepatutnya. Sebelum sampai di rumah . Aku teringat bait-bait kata...

HADAPI DENGAN SENYUMAN,SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.


3 ulasan:

ONE ZABA berkata...

patut la atas ni hujan sepanjang hari ni...ada org bersedih rupanya. apa le agaknya yg disedihkan tu yerk. sabau je la anis. Allah tu maha segala-galanya. usah diikutkan hati nan lara...kerna di luar sana ada lagi yang lebih menderita.

Tera berkata...

salam ptg anis, hadapi apa yg berlaku itu dengan tabah... mungkin ada hikmah yg sgt besar disebalik kejadian itu. kita semua akan melalui kekecewaan dan kesedihan, cuma mungkin caranya berbeza... ujian2 ini akan membuat kita lebih kuat, dan percaya dengan apa yang telah ditakdirkan buat kita.

~Insan Biasa~ berkata...

one z & tera

Insya'allah...semoga tuhan kuatkan dan tabahkan hati saya!