cari id yes guru sktp

07 Mei 2009

Senyuman Mudah Berjangkit

Kita senyum. Lihat dan lemparkan ia....pasti berbalas. Walaupun yang menerima itu sedang berduka, resah, marah atau kecewa namun senyuman manis yang dilemparkan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Nah, itulah kuasa yang ada pada sekuntum senyuman!
Senyuman tulen lahir dari hati. Ia akan jatuh ke dalam hati orang yang menerima senyuman. Senyuman yang tulen tidak sekadar di bibir, ia melibatkan semua bahagian muka terutamanya bahagian mata. Bagaimana dapat dilihat senyuman yang tulen? -matanya akan mengecil. Yang palsu senyuman terhasil dengan bibir sahaja.

Mengapa melibatkan mata yang mengecil? Pakar bahasa badan, Allen Pease dalam kajiannya mendapati bahagian otot muka manusia bergerak secara berkumpulan apabila individu itu merasai sesuatu perasaan.

Terkejut : mata terbuka luas, kening naik, mulut sedikit ternganga.
Senyum : otot mata dan muka bergerak sekali secara konsisten dengan otot pipinya.Mudahnya, senyuman tulen hadirnya berpakej senyuman di bibir dan mata sekali.

Apabila melemparkan senyuman dari hati, ia bukan sahaja berjangkit pada orang lain,bahkan ia juga menjadi ubat yang mujarab bagi mengubati duka di hati orang yang menerimanya. Jadi, tak perlu takut melemparkan senyuman dalam setiap keadaan. Senyuman yang benar-benar tulen pasti memberikan kesan yang positif.

(Ahmad Naim Jaafar, Mohd Ikram Mohd Nor Wazir : siri gaya hidup - Anggun di luar serlah Pesona dari dalam.)


p/s :
1. Irffan, selalu xde buku, x siap kerja, bila aku marah - dia menyengih jer....ceh kecik2 dah guna psikologi budak nih....tu sebab kalau nak marah irffan, marah tu kurang menjadi!!! abih camno??? Geram aku!
2. Ini adalah catatan berjadual.


4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tapi kalau ke hulu ke hilir duk senyum je...penyakit tu.

orang dalam kesusahan, dia pegi senyum pulak...nak cari penyakit la tu.

senyum dalam tidur... isteri di sebelah sakit hati je.

senyum sinis...menyakitkan hati orang la tu.

moralnya....senyum itu sedekah tapi berpada-pada

- jinggo - berkata...

saya suka N32 macam ni
kita kadang2 lupa - yang kita ada satu kuasa untuk menari orang tahu syok berkawan dengan kita...
senyum

eeeda berkata...

Senyum...senyum...

senyum dalam keterpaksaan, pun ada.
senyum sinis, pun ada

senyum ikhlas juga yang terbaik...
Kerana ada auranya...

~Insan Biasa~ berkata...

one z, jinggo, eeeda....hiasi wajahmu dengan senyuman. Kerana senyuman itu membantuku untuk ikut tersenyum.....