09 Mei 2009

Maafkan aku teman

Belasan tahun bersama. Kerana satu hal yang kecil perteligkahan itu wujud. Dan resamnya kehidupan kita takkan terlepas akan segala rasa kehidupan. Maafkan aku teman jika itu keterlaluan. Dan mulai saat ini , tidak akan ada lagi coretan tentang kamu di arena ini. Itu pilihanmu, dan sebagai temanmu ....AKU AKUR! kerana aku sayang kamu.

Ketahuilah....
Pertelingkahan yang kecil ....walaupun hanya sekecil kuman, kalau melibatkan insan yang kita sayang .....ia mampu membuatkan hati kita menangis okay! Aku tahu kau pun rasa! Sekali lagi...maaf dari aku. Untuk sementara...ada baiknya kita sama-sama DIAM. Mungkin kamu akan gelak membaca ini-(heh ele...bende kecik pun nak coret...) . Tapi...kita dah lama bersama....rasanya kamu tahu dan kenal hatiku- agaknya lah!

Aku tidak akan mempertikaikan hak dan permintaanmu temanku. Dan aku harap kamu juga tidak akan mempertikaikan coretanku yang satu ini di pertemuan kita pada masa-masa akan datang.

2 ulasan:

SRISUFI berkata...

salam kakak...sekali ini sri takkan silap orrang lagi...

mari teruskan berkongsi rasa kak....

ONE ZABA berkata...

tak pa....sesekali bertelingkah dgn teman akan buat kita semakin memahami isi hati seseorang teman itu. cuma kadang kala rasa ego dalam diri akan membuatkan pertelingkahan itu berpanjangan.