cari id yes guru sktp

18 Mei 2009

Masih adakah Ihsan dalam hati ?

Saidina Omar berjalan melihat-lihat kawasan jajahannya. Dan pada suatu masa, baginda terjumpa dengan seorang budak beserta ribuan kambing bersamanya.Budak itu umurnya hanyalah sekitar 9-10 tahun sahaja. Baginda mendekati budak itu dan meminta untuk membeli seekor kambing . Budak itu tidak pun mengetahui bahawa yang di hadapannya itu adalah seorang pemerintah Agung Saidina Omar.
"Wahai budak...banyaknya kambing engkau.."
"Tuan...kambing ini semuanya bukan saya yang punya"
"Siapa punya?"

"Kambing ini semuanya milik Tuan saya"
Saidina Omar terus berkata,
"Aku mahu membeli seekor kambing, bolehkah engkau memberinya kepadaku?"

"Oh...tidak boleh Tuan. Kambing ini semuanya milik Tuan saya.Saya tidak boleh memberinya kepada tuan" budak itu bertegas.

"Bukankah tuan engkau tiada di sini. Kalau engkau memberikan hanya satu kepadaku , mana mungkin tuanmu perasan akan kehilangan seekor kambing sahaja?"kata baginda lagi.

"Benar, tetapi tuan kepada tuan saya ada dan dia melihat perbuatan saya"

"Siapakah tuan kepada tuanmu itu?"

Dengan segera budak itu bersuara,
"Allah subhanallah wbt..."

Baginda tersentak.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika zaman dulu kala budak sekecil 9 tahun sudah ada Allah di hatinya. Kita yang sekarang ini bagaimana? Jika ada Allah di hati kita....apakah masih akan berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi? Setiap perbuatan kita niatnya apa?

Ihsan....melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh dan jujur. Seolahnya kita sedang diperhatikan sentiasa. Tapi manusia sering lupa Allah sentiasa melihat.

Kita sering melakukan sesuatu kerana kita mahukan balasan,imbuhan . Kita buat kerana kita dapat sesuatu. Buat kerana dapat puji. Buat kerana dapat money. Buat kerana ada Gaji. Ramai masih berkira-kira. Masih berkira-kirakah kita jika kita buat kerana Allah? dan apakah buktinya apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah? Kita sama-sama tanya hati masing-masing...

Bukan menyindir sesiapa...sekadar ingatan kepada yang menerima dan khas untuk diri seorang 'insan biasa'....AKU. Adakah Ihsan...di hati kita. Atau...Masih adakah Ihsan di jiwa kita? Semoga Ihsan itu kembali jika ia telah pergi. Dan semoga kembalinya Ihsan ia akan kekal bersemadi dalam diri.

p/s : catatan berjadual.

2 ulasan:

ASYIQ berkata...

Haah kan....kalau nak dibandingkan budak 9 tahun dulu dengan budak 9 tahun sekarang dari sudut aqidah......jauh macam bumi dengan langit.

Itulah lebihnya golongan sahabat dan salafus soleh...

ONE ZABA berkata...

satu dalam sejuta