21 Mei 2009

Mencari Pelangi?

Pelangi itu indah kan? Pelangi itu cantik kan?
Ada tujuh warna yang menghiasi punca wujudnya pelangi.
Sungguhpun pelangi itu kehadirannya cuma seketika
Sungguhpun pelangi itu jauh di sana...
Terlihatnya jauh tetapi sentiasa ada di mata
Hadirnya seketika tetapi membuat hati ceria
Wah....tingginya pelangi itu
Jauh.....tidak tergapai tangan untuk menyentuhnya
Tapi masih mampu melahirkan senyuman kepada yang memandangnya.

Kisah-kisah pelangi....mmmm ramainya mencari pelangi dalam kehidupan.
Aku....tidak ketinggalan, menerus perjalanan mencari pelangi indah menghiasi liku-liku hati.
Dia...dia...dia...serta mereka dan ramai lagi rupanya seiring di kiri kanan depan dan belakang turut sama memandang dan berhajat memiliki pelangi nun di sana...! Ayuh...kita bersama capai impian yang penuh warna.

9 ulasan:

ADINDA KAYANGAN berkata...

teringat lagu iqra'
pelangi2 alangkah indahmu...
merah kuning hijau di langit yang biru...
pelukismu Agung siapa yang gambar...
pelangi ciptaan Allahu Akbar....

~Insan Biasa~ berkata...

wahai adindaku....kehidupan kita memang penuh dengan warna-warna kan. Allah dah beri banyak warna....kita boleh pilih nak warna apa untuk hidup kita....

Unknown berkata...

masih pasal pelangi
sekarang musim panas
mana ada pelangi.......
sebab semua macam tercari2....
dimana pelangi
yang dulu selalu ada sekarang dah jarang2 ada....

Tanpa Nama berkata...

Pelangi lagik?? Pelang ni kalo kita tunggu, memang dia jarang nak muncul..

Bila sesekali muncul, punyelah seronok. Tapi...seketika jek..

Moralnye...tak yah kejar pelangi tu...nanti dia datang sendiri bila keadaan mengizinkan..

ONE ZABA berkata...

nanti aku cari baju yang warna-warni macam pelangi...boleh pakai selalu. boleh nampak pelangi selalu.

baru nak tengok pelangi...kabus pulak muncul.

~Insan Biasa~ berkata...

jinggo, kan ku nanti pelangi...selagi tak jumpa.
Pelangi sentiasa ada dalam hati, kalau kita mahu. Betul tak?

~Insan Biasa~ berkata...

Pelangi memang cantik dan melekakan kan kak yan....tapi sayang ia tak lama. Apapun berbaloi gak wajah boleh tersenyum....

senyum selalu kak yan..
nanti adik kak yan ni ingat kak yan jer dia senyum...

hheheheh

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one z...pakai baju pelangi hari2 ek...nak tgk pelangi nanti saya leh view pelangi kat baju cgu tu...Wakakakaka...see...kan dah senyum! Itulah istimewanya pelangi.

Hazlin Nazri berkata...

Anis,
kat manjung ni selalu ada pelangi. duk tepi laut memang cenggitu...

pelangi memang indah tapi tak tercapai