31 Oktober 2009

pergi tak kembali

Aku kini yatim piatu bilamana ayah pergi tak kembali lagi.
pagi jumaat 30 oktober 2009.
selamat dikebumikan di kawasan perkuburan kg sg kembung, pulau indah.
itulah satu jambatan yang ayah tinggalkan untuk aku dan pulau indah.

semoga ayah sudah mengampunkan segala ketelanjuranku.
pilunya...ayah pergi sendirian tanpa aku disisi saat nafasnya yang terakhir.
"Ayah...ampunkan Ani..."
semoga rohmu ayahandaku... diberkati dan titempatkan dikalangan orang2 beriman, Amin.

28 Oktober 2009

When You Say Nothing At All



Menurut pandangan Jalaludin Rumi,

"Cinta adalah suatu pengalaman dimensi yang hanya dapat dirasakan oleh rohani sahaja kerana Cinta tidak dapat dilakar secara teori di atas helaian kertas. Ia tidak dapat diterangkan melalui kata-kata, tetapi hanya dapat dirasakan kehadirannya melalui pengalaman jiwa"

(rujukan:tafsir cinta)

ngeh..ngeh..ngeh...aku masih confius. patutlah asyik terkandas jer.

27 Oktober 2009

Mawar itu ada nilainya

Bunga mawar itu amat jarang ku terima 5-6-7-8 tahun sekali 'pun amat payah'. Dan apabila kita memperolehi sesuatu yang sangat2 jarang2 kita dapat pastinya ia akan menjadi sesuatu yang amat berharga walaupun sekuntuman yang kecil. Benarkan? Dan aku memperolehinya ....tapi sayang berada di sisiku tak sampai 12 jam pun . Tak sempat nak dijadikan perhiasan bilik.

Dan pastinya takkan sama nilaian setiap kuntuman/jambangan yang diterima itu. Setiap satunya ada sentimental valuenya yang tersendiri .... tak akan sama! kerana datangnya adalah dari mereka yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Setuju? kalau tak setuju ....apa aku kisah...hahaha.

Mawar merah putih itu ada nilainya. Mawar soft pink itu juga ada nilainya. Sayang aku tak dapat abadikannya untuk tatapanku di setiap pagi. Takkan sama dengan jambangan 'besar' yang hendak dijadikan sebagai ganti. Muahahahaha....kerana gantian itu akan ada ceritanya sendiri yang pastinya berbeza sama sekali. Ishhhhh kenapalah benda remeh pun aku sibuk2 eh.....coz i have my own story, my own dream, my own memory....samakah dengan u all punya story,memory and dream??? tak sama kannnnnssss......


semoga kamu berjaya

semalam aku call mantan GB telok pulai.
Assalamualaikum.....
Waalaikum salam.....
Cikgu Azman?
Ya
Ayahanda...?
Ya..siapa ni..
Hehehe saya lah cikgu....Nisah.
Ha...Nisah dah tukar nombor baru ker
Eh, taklah ayahanda...sama je mana ade tukar..
Sebab awak call takde naik nama..
Iye ker?

ha...just to wish him... SELAMAT PANJANG UMUR...
The best headmaster ...semua guru SKTP sayang dan selalu ingat. Walaupun beliau dah meninggalkan sekolah. Dan akan masih wish selamat hari raya dan wish birthday kami semua setiap tahun....itulah istimewanya Ayahanda Azman...hahaha cayalah ayahanda...we all love you always tau...

Dan hari ini...ucapan ini untuk Fahmy pulak.....
Sorry to k Azie, coz aku dah terwish awal birthday Fahmy malam tadi.Aku pun baru tahu budak ni lahir 27hb semalam...manalah aku tahu k Azie nak buat suprise kat bujang dia nie...huhuhuhu. sorry bebanyak la kak azie ek.... (syok eh, ada insan2 yang nak buat surprise birthday-aku...xyahlah nak berharap)...

~FAHMY~

To Fahmy....aku wish SELAMAT PANJANG UMUR gak ...semoga impian menjadi usahawan muda akan tercapai. Dak Fahmy ni, time aku wish pun dia terpinga-pinga. eh ye ke birthday saya? esok 27hb ek.....? Biasalah, aku tau dah....benda2 camni mananya lelaki amik berat...ye tak? birthday sendiri pun lupa...apatah lagi nak ingat birthday orang lain....hahaha

Ada plak yang kecik hati...
'herm..birthday epi xde sapa wish pun...'
hahahaha birthday ko bila plak?
bulan 3....
ala kesian....next year akak wish erk...hahaha berapa haribulan?
16...
ceh...tengah bulan...orang tengah pokai la epi...
mcm abang awak hujung bulan best la dia...kahkahkah...

~FAHMY & his youngest brother FAZLI~
a.k.a
~Along & Epi~

Anyaway.....
SELAMAT HARI JADI to AYAHANDA AZMAN
SELAMAT HARI JADI to MUHAMAD FAHMY

26 Oktober 2009

yang mana pilihanmu??

antara yang cantik dan hodoh
siapa yang memilih hodoh
untuk menjadikannya cantik?
kerana ramai yang memilih cantik
lantas meminggirkan yang hodoh.

antara yang berpendapatan dan yang tiada pendapatan
siapa yang memilih dikalangan tiada berpendapatan
untuk memberikannya peluang mendapatkan pendapatan?
kerana ramai yang terus memilih yang berpendapatan
lantas yang tiada berpendapatan hanya diperlekeh

antara yang kaya dan miskin
siapa akan memilih miskin
untuk menjadikannya kaya?
kerana ramai yang akan pilih kaya
lantas yang miskin terus dipersenda

antara yang kurus dan gemuk
siapa akan memilih gemuk
untuk menjadikannya kurus
kerana ramai yang memilih kurus
lantas yang gemuk terus dipinggir

antara senang dan susah
siapa memilih susah
untuk menjadikannya senang?
kerana ramai terus memilih senang
tanpa mengenal nikmat senang adalah dari susah

25 Oktober 2009

Be with the Tasly Family


picture 1 - Puteri, Fazli, Fahmi and me

I have no words to tell about last night event...but i want to write something.hahaha
alamak aiiii sangat letih. tapi event yang sangat seronok. 1 Malaysia lagi. Majoriti Indians...Minoriti Malays...and the leader..direct from China. Hohohoh Syokkk aaa...

First time in my life...balik sampai di rumah kul 3 pagi. Panas kupingku dengan leteran ayah yang sinis. Tobat. Tahun depan takmo ikut lagi event nih. Walaupun diakui sangat gemilang! Tak larat seyyyyy kalau sampai 2-3 pagi. Adeeehhhh. Agaknya la takmo ikut. Bergantung kepada keadaan semasa. kuikuikui.

Jajarkan ke Tengahpicture 2- with Mama a.k.a kak azie - pencetus semangat

Persembahan so goshhhh 10's thumb up...tapi tu la..tak larat nak tunggu sampai 2-3 pagi. Panjang sangat.Satu kata-kata daripada seorang penerima anugerah malam tu...

from zero to hero
from nothing to something

from nobody to somebody


there, i want to be like that ma....tapi ikut cara aku, ikut minat aku, and ikut talent aku la....huhhuu. Dan apa yang kita nak capai pasti ada bayaran yang perlu diberikan. Today...nothing is free. Ada yang perlu dikorbankan. Sanggup ke nak pegang risiko -korban- tu???? tenung-tenung....renung-renung...fikir-fikir.


picture 3 - The great Success Nite with Deeparaya 2009


22 Oktober 2009

The Choosen One

Aku tak pasti dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Dan aku tak tahu kenapa aku perlu laluinya. sempadan perubahan. Aku merasakan aku sedang berada di sempadan itu. macam dipaksa-paksa pulak rasanya. sebab....minat aku tak ke situ. talent aku, rasanya aku takde talent ke arah itu. tapi aku tetap jadi pilihan kak zie. dia kata aku boleh! ish macamne kak zie nampak ntah. aku nie slow in action je. tapi apa2 pun kak zie tetap pilih aku. huhuhuhuhuhu why me????

but anyway, tadi kak zie ajak aku temankan dia untuk cari baju. ada dinner malam ahad ni. 'successful dinner' . erm...aku plak mulut laju je la pulak kata okay. sebab dapat g jenjalan kot. pulak tu ngan kak zie. ayah ok je la...xdelah dia bising. hahahaha . satu pengalaman yang belum pernah aku alami. apa?

kalau dulu aku g shopping naik kete kecik. aku drive sendiri. xde sapa2 tunggu. pilih2 baju rasa ok aku amik...ngeh ngeh ngeh ...tu pun lepas amik kira pandangan kawan yang jadi peneman la kan.

malam ni, aku pulak jadi peneman. sapa lagi....teman kak zie la. kak zie ni umur dah lewat 40-an dah. dan aku berkenalan ngan kak selvi umur sekitar lewat 30-an...38 kot. Syok gak kan....aku dah ada group baru . hahaha.

bestnya malam nie g shopping, naik kete beso,ada orang drive. ada orang tunggu. macam orang kayalah pulak.wakakakakak. Dak Fahmi amik aku kat umah , terus kitaorang g sacc mall. kak zie ni mana p pun ngan si Fahmi ler. So then malam ni , Fahmi jadi penunggu setia kepada para wanita yang dok menyopping ....untung dak Apis ada peneman jadi penunggu...kkuang kuang...Apis ni plak anak kak zie yang bongsu.
Jenuh gak nie...aku ngan kak selvi jadi perunding imej kak zie. tapi sebelum disahkan imej tu , kena dapat kelulusan anak sulong kak zie....sapa? Fahmi ler. kuang2...aku rasa baik tak yah bawak aku ngan kak selvi kalau akhirnya Fahmi yang bagi keputusan ok ke tak.... iye tak??? huhuhuhu cerewet gak Fahmi nie rupanya. ngeh ngeh ngeh...ha last2 k zie beli tudung je....

then...sebelum balik kitaorang duduk2 sambil minum dan makan fun fries. hahaha syok gak nie ...ada orang tukang bayo....selalu bayo sendiri. sungguh rasa macam anak orang kaya lah pulak!! errrkkk beriya2 kak zie nak cari baju yang 'gah'.....alamak aiiii baju aku simple jer la. maklumlah aku ni gadis pingitan yang serba sederhana. camne erk....hari ni baru 22hb okt, nak tunggu 25 nov...jauhnya rasa. huhuhuhuu kena jimat nie kalau taknak terjerut leher. never mind....i will do something...aku pun nak gak kelihatan ayu dan anggun...secara sederhana sudah.....

errrr topik utama...nak langkah....tak nak langkah.....nak langkah.....tak nak langkah....aku dah ada di sempadan nie....di belakang aku dengan sungguh2 kak zie dan Fahmi menyokong aku. persoalannya di sini....kenapa aku??? aduhaiiiii soalan nie dah banyak kali aku ajukan pada k zie...dan jawapan yang selalu aku dapat....sebab nisah yang terpilih....yelah tapi kenapa aku yang terpilih????

jujur vs hipokrit

Berkatalah benar pada temanmu
Tapi kau membohongi...
Itukah jujur?

Bermanis wajahmu
Kelatnya dalam hati...
Itukah jujur?

Beranilah hadapi dunia
Tapi kau sembunyi...
Itukah jujur?

Jujurkah namanya
Jika hidupmu
Dengan pura-pura

Mengharapkan hari esok
Menjadi lebih baik
Dan kau kata harimu bertambah baik
Walhal sebenarnya
Kau sendiri yang mencipta kebuntuan

Jujurkah namanya
Saat kau mengata cahaya sedang bersinar
Padahal dihadapanmu nyata mendung kelam?

Jujurkah kamu
atau
sebenarnya hipokrit

21 Oktober 2009

aku semakin nampak bagaimana sebenarnya Tuhan sangat sayang padaku.

Situasi dua hari baru-baru ini (errrr dua lagi..)hehe membuka mataku tentang bagaimana Tuhan memperlihatkan betapa Dia melihat dan menjagaku serta melindungi aku. Jika dulu-peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atasku dipenghujungnya ada air mata dan tangisan tanpa aku redha akan ketentuan Tuhan.

Dan apa yang berlaku kelmarin, telah mengimbau kembali kisah lama tersebut dan itu membuat aku terbuka mata dan hati serta aku simpulkan itulah suratan dan caranya Tuhan ingin tunjukkan Dia melindungiku.

Mesti kalian yang membaca ingin tahu bagaimana eh....mungkin di sini aku hanya mampu berkias...kerana aku tak mahu ada hati yang 'merajuk' saat merasakan catatan ini ada kaitan dengan dirinya.

Aku macam biasa - menjalinkan sesuatu perhubungan bukanlah dengan tujuan untuk memutuskan hubungan itu di penghujungnya. Sorry itu bukan aku, okay.

Okay nak story sikit- sebab bertuahnya aku adalah setiap kali berhubungan, jika ada sesuatu yang disorokkan dari aku- adakalanya tanpa aku meminta, aku akan tahu juga. Instinct aku juga boleh rasa. Kalau dulu tak pandai nak kawal, sekarang its okay...aku cool dan diamkan aja. Lihat dan lihat apa dia nak buat seterusnya. Mostly adalah kepada mereka yang ada pengaruh besar dalam hidup aku. Serta tidak jujur kepadaku. Walaupun tindakannya sangat-sangat mengecewakan aku, siapalah aku untuk mengubah takdir kan? aku sudah belajar menerima cuma mungkin sudah hilang sedikit rasa percaya. Dan kepercayaan dan tanggapan yang dulu ada dalam diri berkaitan 'hubungan' seolahnya semakin kukuh.

Bagaimana Tuhan memperlihatkan ketidakjujuran itu? Sangat mudah.Dan biarlah itu rahsia antara aku dan Tuhanku. antara aku dan 'sahabat' yang JUJUR sejujurnya dengan aku. Terima Kasih Tuhan kerana memperlihatkan.Apa yang diperlihatkan itu akan aku jadikan 'alarm' dalam aku berhubung. Agar aku tidak leka dan berwaspada dalam setiap langkahku untuk aku terus berurusan dengan golongan ini.Semoga Tuhan terus melindungku. Aku mohon dan takkan berhenti meminta dari-Nya untuk terus dilindungi.

Pada aku JUJUR itu adalah perkataan yang ditutur sama nilainya dengan TINDAKAN yang diatur.Namun aku tidak menyalahkan orang yang tidak jujur 100% . Bagi aku, apa pun langkah dan tindakan yang mereka lakukan pasti bersebab...pasti beralasan...pasti ada tujuan. Apapun yang mereka serta aku pilih, semoga pilihan itu diberkati oleh-Nya.

Semoga Allah akan terus menjadikan aku seorang hamba-Nya yang cekal dan tabah hati mengharungi kehidupan yang penuh kepura-puraan dan kepalsuan, yang penuh onak duri di sepanjang perjalanan. Semoga dihujungnya ada istana kebahagiaan yang dipenuhi ketenangan untuk didiami abadi.

p/s: Hakikatnya-kita perlu belajar/tahu bagaimana untuk menghadapi serta berdepan dengan
  • mereka yang membuatkan kita rasa bahagia dan pada masa yang sama orang itu jugalah yang membuat kita rasa kecewa.
  • orang yang kita rasa kita berada dalam keadaan selamat apabila bersama tapi dalam pada masa yang sama adalah yang sebaliknya
  • orang yang buat kita ketawa tapi orang itulah juga yang buat kita meraung hiba
Bersedialah...persiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemugkinan. Dan yakini Tuhan sentiasa melindungi.

18 Oktober 2009

alahai....penatnya

Dari Khamis...aku dah mula ke sana, ke sini, ke situ....berhentinya 1/2 ke 1 jam je. Khamis petang aku dengan laila dah mula buat persediaan untuk Hari Keluarga.Tugas kami, cari hadiah...dan balut hadiah. Malamnya dah janji nak ke Jusco Bukit Tinggi. Makan2. Hahahaha.

Tengahari Jumaat, aku bertapa pulak kat umah Laila sampai kul 4 petang.....apalagi kerja membalut2 hadiah tu la. Then Huda call la pulak....ajak aku g open house umah Niza kat setia alam. Kena rempuh Klang tu....tapi oleh kerana aku jadi penumpang, so orait ja la...ihiks....lawak la setia alam , nak masuk dalam pas pelawatnya BESAR GEDABAK saiz A4 tu....segan mak aihh ....hahahaha

Balik dari umah Niza tu, aku singgah pasar malam kat kg delek. Selang beberapa minit tiba rumah, kak sal plak sampai . Kami nak pegi open house kat sementa plak. Umah Cikgu Amin. Cikgu Amin nie dulu cikgu disiplin SKTP.Syoknya open house umah cikgu Amin nie...kompem ade macam2 menu. Aiskrim tak tinggal....wakakaka. Penatnya..sampai umah lebih kurang 11.30 malam tu.

Kat umah cikgu Amin nie, aku dah x larat nak makan makanan berat-berat. Tapi ade spagetti kegemaran aku tu, aku jamahlah sikit. Nanti kempunan plak kan? heheh then makan kebab dan kuih-muih...tak larat nak rasa semua. Menu? memang banyak. Tapi sebab dah makan kat umah Niza petang tu, aku dah full.

Sabtu...aku bangun awal subuh. Nak siapkan ayah sebelum aku memulakan agenda sabtu itu. Perjalanan ke Bagan Lalang untuk hari yang aku nanti2kan. Ha memang seronok apabila untuk pertama kalinya semenjak aku posting di SKTP (10 tahun dah)Kelab Guru akhirnya berjaya menganjurkan HARI KELUARGA SKTP. walaupun hanya 1/4 sahaja guru yang menyertai, tapi bila dah masing2 bawa keluarga masing-masing.....ramailah jugak. Dan meriah. Tapi kalau SEMUA guru menyertai pasti lagi MERIAH kan? ngeh..ngeh..ngeh.Kita layan gambar-gambar dan video kat bawah ni je lah yea....
Kawasan penginapan. Nak mandi, nak salin pakaian...kat sini ler...kat PNK ...dekat je ngan pantai. Adam dan Zainal serta isteri masing2 dah sampai malam sabtu tu lagi. Kiranya deme jadi penyambut kami la pagi tu..hahaha.
syok eh...dapat berkenalan dengan suami/isteri cikgu-cikgu sktp yang selama ni kita mungkin dapat lihat-lihat wajahnya sahaja. Hari Keluarga, memang merapatkan silaturrahim sesama warga SKTP dan keluarga. Aku simpulkan yang objektif Hari Keluarga SKTP ni tercapai.
Banyak aktiviti. Ha masa ni la kita nampak orang-orang dewasa yang jadi macam budak-budak. main-main, lari-lari, lompat-lompat....hahahahahah memang release stresss.
Haziq (anak cikgu syazly) dan suraya (anak cikgu hasnizam) masing-masing dengan 'jajan' yang diaorang kumpul/rebutkan dalam acara kanak-kanak . syok eh...'jajan' tu jadi hak milik deme.
Ini acara lelaki dewasa-musical chair dan bola sepak.
dan
Bonda Bibah, Mami Tee dan Ibunda sedang lepak2. Macam biasa...Ibunda lah yang paling anggun sekali. Hehehehe
Dah di penghujung. Aku dengan hamper 1st prize cabutan bertuah. Hahaha aku memang bertuah. Tapi....ada juga yang tak bertuahnya diri aku nie. Anyway nisbah bertuah tu lagi banyak tau...chewaaahhh-statement nak senangkan hati.




16 Oktober 2009

Jom kita...

jom kita....

dah dua hari hormon geram tu ada....
nak realesekannya....
jom kita.....
pergi makan....

kfc?
kr?
yong tau fu sup?
sate?

dan akhirnya malam semalam kami ke

kalau dah namanya Klang...pilihlah jalan manapun. kompem jem. apatah lagi di musim perayaan Deepavali. Klang jadi tumpuan. Terutamanya Little India tu...perghhhhh. Pasal tu la sorang member nie lambat. kami semua dari Klang Selatan. Dia sorang je la dari Klang utara. Jenuhlah kalau sempadan lain2 nie. Jenuh nak rempuh jem. Tapi kitaorang pergi jugak. Abih camno....KLANG...terimalah hakikatnya. Dan kena bertahan mungkin sehingga hujung tahun 2010....huhuhuhu...itupun ntahhhhhhh.

Dan untuk elakkan jem nak tempuh bandar Klang tu....member ikut jalan kampung jawa. Ceh, jem jugakkk tu. Dan sementara menunggu, kami yang ada bergambar sat no...hehehe

pastu kami ronda2 sat kat jusco Bukit Tinggi nie, perghhhh handbag-kasut diskaun 20-50% la pulak. Nasib baik nafsu nak beli xde. Maklumlah nak tunggu gaji bulan 11 jenuh nie....hahahaha. Dan akhirnya kami semua berkumpul ......
lagi gambar-gambar - Sweet Memory With My Friends
Selesai sudah makan-makan tahun nie kat Kenny Rogers Roasters, Jusco, Bukit Tinggi Klang. Next trip...jalan-jalan cari makan kat Sijangkang Batu 7 ? Nasi lemak, sate, mee rebus, laksa, ABC....tempat tu, walaupun warung saja, tapi sentiasa penuh tiap malam...syokkk tu. Jom kita...Hhaahaha...

15 Oktober 2009

Al kisah - Berang lagikah??

Lagi ceritera ....

Aku dah mula bertanyakan borang itu sejak Isnin.Selasa juga.Dan Semalam, rabu aku dapat panggilan....ringtone dendangan katon bagaskara di hp aku berlagu.

Nisah....ko nak isi tak borang ??

Huh, soalan apakah itu? Deyyyy...kalau aku taknak isi takdelah aku dok kuar opis menyempitkan ruang opis yang padat itu selama 2 hari lepas.....of course lah aku nak isi. Dan dah memang terang-terangan selasa lepas aku berkata-kata yang aku memang sedang menantikan borang itu.Appaaaraaaa....

Dan pesanan seterusnya.
Okay nanti amik ye borang kat opis.

Sesi P&P aku petang itu selesai 2.30 dan barulah aku ke pejabat.
Tujuan-nak amik borang yang diperkatakan.
Nah....ini borang. Lengkapkan dan buat 3 salinan.Hantar esok pagi ye, nak cepat.
Bengong !
Dengan senarai yang berjela. segala dokumen kena cari buat 3 salinan lagi tu. nak pagi2 esoknya??? sangat bagus kan...... tarikh tutup 31 Oktober. lusa dah 31hb erkkkk??? adeh aku dah tak tau tgk kalenderkahhhh?

maka mereka2 yang terlibat pun segera memenuhi ruang pejabat yang aku kata sedia maklum padatnya. Hah.Dah kata nak pagi2....segala dokumen ada dalam fail peribadi. semua pakat selongkarlah...sendiri. Kelas p&p??????? hah nasib baik aku takde kelas dah. dan p&p aku seterusnya jam 4.50 ptg. sempatlah aku nak bertapa dalam pejabat tu kan....diam tak diam....sampai 4.30 dalam opis...2 jam .

dan seorang rakan menegur....pelik dengan kita2orang yang kalut semacam dengan fail peribadi masing2...buat apa???
dan soalan paling best.....
APESAL KORANG YANG KENA BUAT? MEMANG KENA BUAT SENDIRI KE???
sebab masa akak dulu......cik N datang , tau2 bagi info....'ok...akak sekarang dah gred sekian2 ye..'

perhhhhh....APESAL SEKARANG SEMUA KERJA DEME KAMI KENA BUAT????
kelas.........??? kepada yang sepatutnya ade kelas....????? kerana ada ugutan, maka.....????

bukan ke kerja kami masuk kelas...lebih dgn budak2 dalam kelas????

dan boleh lagi cakap.....hantar pagi2 esok siap lengkap segala dokumen ye...kalau tak saya tak buat! Amboiiiiiiiii BESAR tul kuasa deme kan?????????kerja deme kami dah tolong.....ugut2 pulak!

confius aku....nampak sangat yang masing2 buat kerja bukan tugas masing2 yang sepatutnya. lepastu kalau salah kita balik yang kena......ade patutkah?????

Hah MINGGU AKU MENGAMUK agaknya minggu nie.....aku pun dah bertahun tak mengamuk nie.....muahahahahha....maafkan aku kerana marah2....GERAM weiii....Astagfirullahhhhhhhh...sabor cik Nisah oiiii.Ok..sampai sini dulu. Aku nak p sekolah dah nie...kalau tak, aku kena marah plak oleh budak opis itu coz hantar lambat. Hahahahah ade patutkah begitu????? cikgu kena marah dengan BUDAK opisssss gitu....patutkah?patutkah?patutkah? jawab!

14 Oktober 2009

Al Kisah - Berang

Tersebutlah sebuah cereka...

"erk....macam mana nak isi borang ni..
isi je lah macam biasa
tak pernah isi mana nak tau
apa maksud 'short form' yang ni?
nak jadi 'x' ko kenalah tahu
yelah....tapi kalau baru pertama kali mana nak tau nie lah bertanya sebab nak tau
ish...macam tak mau tolong jerrrr...
sorry saya bahagian y bukan bahagian z okay

uh....tapi kalau ilmu tu ko ade dan ko tahu semua2 ni apalah salahnya kongsikan ilmu tu! tak luak pun....

aku tak tahu....maka aku bertanya untuk tahu dan mana aku nak tahu kalau ko kedekut untuk bagitau

huh....silap akulah bertanya pada orang yang tangkai jering pada ilmu yang dia ada"

hello.....ketua ko pun tak berhidung tinggi mcm ko....tapi aku bersangka baik jelah ...yang ko sebenarnya pun tak tahu jugak apa maksud shortform tu...hahahahahah dan takmo mengaku yang ko tak tahu....

errkkkk tapi aku masih....sangat sengal! sebab aku nampak ko baru isi borang tu, bulan lepas.... kan?????!!!

kang kalau aku main tibai mengisi...
kata kita memandai2....tak tanya2
bila kita bertanya...dia buat endah tak endah je...

sengal tak! sangat sengal! kedekut sungguh..
tapi kalau untuk diri sendiri laju....cepat...efisen
bab orang lain....itu ko punya pasal!!!
aku hangen betul......

itulah zaman sekarang TERLALU BERKIRA2....
kalau nak berkira sangat.....helllloooooo
i cikgu,
rasanya cikgu kerjanya mengajar dalam kelas
cikgu pemudahcara
cikgu fasilitator

bukan tukang kutip duit
bukan tukang sapu
bukan tukang isi borang
bukan babysitter
bukan tukang fotostat
bukan tukang-tukang
bukan pekerja kilang
bukan peminta sedekah


hah...amik ko kalau nak berkira sangat!

13 Oktober 2009

Sweet Memory....wif my friends.








Ha.........gambar-gambar nie buat aku senyum-senyum-senyum-senyum dan senyum dari hati. manis senyuman yang sama manisnya dalam hati....very d sweet memory....reunion akan datang disember nanti pasti lebih meriah dan senyuman tentu akan laaaagi lebar.....huhuhuhu rindu kengkawan mprm semuaaaa....

11 Oktober 2009

Segalanya telah berakhir



Segalanya Telah Berakhir

Di dalam diri ini
Tersimpan duri-duri
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walaupun balutnya

Pedihnya hati ini
Mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan

( korus )
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku
Untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelisah

Segalanya telah berakhir
Tanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu


09 Oktober 2009

tercarik hati

jangan di kenang kasih yang hilang
yang berlalu takkan kembali
kalau patah,tumbuh hilang berganti
tapi....

ramainya peminat cerita nur kasih kan?
aku yang jarang mengikuti pada awalnya...
dek kerana di kiri kanan
semua bercerita perihal 'nur kasih'
kini mengikuti...dan malam ini
alangkah baiknya kalau aku tidak mengikuti

melihatkan situasi siti sarah tadi..
separa sedar aku hampir menitiskan air mata..
hatiku bagai di kuis-kuis
melihatkan kembalinya katrina
separa sedar aku seperti merasa ada batu besar di dada
hatiku bagai di carik-carik dek kisah lama

dan akhirnya...emosi jadi macam2....
titisan yang bertakung, tak terbendung

sudah! lenaku ditemani gelisah !
KDT- Kemaafan adalah Dendam yang Terindah.
Aku masih dibelenggu resah.