cari id yes guru sktp

26 Oktober 2009

yang mana pilihanmu??

antara yang cantik dan hodoh
siapa yang memilih hodoh
untuk menjadikannya cantik?
kerana ramai yang memilih cantik
lantas meminggirkan yang hodoh.

antara yang berpendapatan dan yang tiada pendapatan
siapa yang memilih dikalangan tiada berpendapatan
untuk memberikannya peluang mendapatkan pendapatan?
kerana ramai yang terus memilih yang berpendapatan
lantas yang tiada berpendapatan hanya diperlekeh

antara yang kaya dan miskin
siapa akan memilih miskin
untuk menjadikannya kaya?
kerana ramai yang akan pilih kaya
lantas yang miskin terus dipersenda

antara yang kurus dan gemuk
siapa akan memilih gemuk
untuk menjadikannya kurus
kerana ramai yang memilih kurus
lantas yang gemuk terus dipinggir

antara senang dan susah
siapa memilih susah
untuk menjadikannya senang?
kerana ramai terus memilih senang
tanpa mengenal nikmat senang adalah dari susah

9 ulasan:

sI tEDI berkata...

kurus dan gemuk? aku gemuk..

setiap manusia hanya pandang pada kesempurnaan

MaizaC'Joe berkata...

Salam kak Anis

tak ada makhluk di muka bumi ini sesempurna.. semuanya ada kurang dan lebihnya.. kita semua istimewa.. syukur dengan kurniaan dariNya...

-maiza-

ONE ZABA berkata...

pilih yang cantik...tapi cantik itu tidak kekal. kerepot jugak akhirnya.

pilih yang hodoh...hodoh itu kekal.

pilih yang berpendapatan.... mungkin hidup lebih selesa.

pilih yang tiada berpendapatan... hidup lebih terurus.

kaya miskin bukan penentu kebahagiaan hidup.

pilih yang kurus...kalau bagi makan secukupnya, boleh jadi gemuk pulak.

pilih yang gemuk..kalau asyik makan hati berulam jantung je maka jadi kurus kering la nanti.

bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

eeeda berkata...

secara ikhlas, aku akan pilih yg sempurna.....
sekiranya diberi pilihan...
kecuali terpaksa....

atie berkata...

Salam Insan Biasa...

Pilih lah yang sederhana kerana kesederhanaan tu kan dituntut.....

Nak hidup serderhana aje takut trlebih lawa kang terriak pulak terlebih kaya kang lupa pulak pdg kat bawah tergemuk sanggat kang susah pulak nak turun...

Cikgu Zailani berkata...

Hai Cikgu Anis...
Catatan awak ni sangat menarik le.
Eya lah persoalan pilih yang cantik dan yang hodoh. Kalau saya tentu saya pilih yang cantik. Yang cantik tu memuaskan hati dan mata memandang. Senang hati, puas dipandang... Rasa bersyukur memiliki yang cantik...
Dan tak sanggup rasanya pilih yang hodoh. Sanggup ke awak nak tengok yang hodoh tu hari2. Nak tidur tengok hodoh.... bangun tidur pun tengok hodoh.. Hati pun tak senang. Oppp... Maksud saya kat sini kereta saya tau. Kereta ku yang Cantik NEW HONDA CITY. He.. he.. Bukan orang. Tapi kalau orang pun mcm tu le. Betul tak?

~Insan Biasa~ berkata...

tapi cikgu zailani,
bukankah kita boleh cantikkan yang hodoh...
persoalan utama saya di sini
kenapa takde orang yang sanggup ambil yang kurang baik untuk dijadikan yang terbaik?

kun izzul berkata...

Yang mana satu pilihan hati..:D

.: mama cute :. berkata...

kalau luaran cantik dalaman tak cantik, tak bes juga..

kalau luaran tak cantik, dalaman cantik... tak kena juga..

ni suma bergantung kepada persepsi masing-masing.. ada orang kata kurus tu tak cantik..tak cukup makan, melidi, cekeding.. dan ada orang pulak sebaliknya..

apa yang penting..

-flaws can be camouflaged
-recognize flaws, minimize it
-recognize attraction, highlight to enhance

:D

x pe aku melayukan..ekkeke

-kekurangan boleh kita tutupkan
-kenalpasti kekurangan, dengan meminimakannya ..
cth: kalau peha besar, jangan la pakai blouse pendek dengan seluar tight!
-kenalpasti tarikan diri, serlahkan supaya ia lebih terserlah
cth: dok rasa kita tak berapa kurus, tapi muka somel -- so, tempekkan la wajah dengan solekan natural yang menyerlahkan diri kita as a whole

sekian ceramah etika penampilan diri pada hari ni..eejejejeje..

nak tau lebih lanjut, sila hadir ke kelas etika dan protokol saya pada setiap selasa jam 2.30 petang di polimas ye..kekekeke