cari id yes guru sktp

09 Oktober 2009

Anyaman jiwa

Aku renung...aku tenung...
Macam-macam ada. Dan sudah lama aku simpan. Hipokrit tak?? Yang hakikat sebenarnya...masih sama gamaknya. Tapi sebab fokus memandang pelangi maka hati jadi berwarna-warni. Agaknya.
Kita lihat mendung gelap macam nak ribut. Rupanya renyai-renyai saja.
Kita lihat bunga. Nampak cantik. Tapi tak ada wanginya.
Kita lihat malap. Siapa sangka ada cahaya disebaliknya.

Kita kata kita senyum-senyum-senyum dan senyum....
Orang kata-sedang berbahagia lah tu-ceria wajah-ada apa2 ke?
Hati kata-sedang menutup resah dijiwa sebenarnya-memang ada sesuatu.

Kenapa sejak dua menjak nie lain aje?
Pakai apa? Guna apa?
hahaha macam biasa aje- cuma ada sedikit perubahan untuk berbeza dari rutin biasa
sebab sesekali nak jadi luar biasa-salah ke?

Dan aku- masih lagi sama di dalamnya.
suka-diam-akibatnya tanggunglah.
suka-bersuara-hasilnya terimalah.
kali ketiga-apa pilihan yang ada? dua pilihan telah terlaksana-dan aku tahu apa kemungkinan dihujungnya. Dan aku tak rasa aku akan suka dapatan dari keduanya.
jadi yang ini- aku akan kembali seperti zaman dulu kala-duduk diam2 dan tunggu sahaja.
Namun dalam keadaan yang berbeza luar biasa.

Hahahaha aku nak berpantun sat
satu dua tiga empat
kita tunggu siapa yang dapat

dan juga berpuisi

Aku
Bunga mawar wangi
Dibiar ia akan layu
Dipandang sepi
Takkan ia membawa erti

Aku
Bunga mawar wangi
Dipetik digubah
Boleh jadi penyeri
Menceriakan hati

Erm.....satu dua tiga !


9 ulasan:

Abang Long berkata...

Sedang mentafsir ... Salam Syawal

eeeda berkata...

Biar di wajahmu sentiasa ceria....
Walau pun hakikatnya menyimpan duka...

Biar di wajahmu berseri...
Walau pun hakikatnya sedang makan hati...

- jinggo - berkata...

wak anis

pada semua keadaan.....
kita dipilih untuk diajar di kelas kehidupan yang org lain mungkin tidak berkesempatan............

~Insan Biasa~ berkata...

tafsiran kita mungkin berbeza ....abang long. apapun terima kasih..

ONE ZABA berkata...

walau apa pun nak dipakai itu...jangan sesekali pakai baju spiderman ke sekolah tau.

moga senyuman terukir selalu...

~Insan Biasa~ berkata...

bahagiakah kita berpura dengan hati sendiri eeeda?

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo,
syukur kerana saya antara yang terpilih untuk menghadiri kelas kehidupan itu!

~Insan Biasa~ berkata...

hahaha
cgu one mula dah...
spiderman ok lagi..
kalau joker macamne?

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

kematangan seseorang erserlah apabila bijak menyimpan rasa