17 Februari 2011

Ta Ya Ga Alif.....T.i.g.a

Terlewat lagi membuat entry selepas e.m.p.a.t . Bahana mata yang tak terlelap hari tu, menjadikan mata aku keletihan siang harinya. Selepas selesai mesyuarat KWAMP semalam. Sungguh, aku tak tertanggung. Aku terlelap di bilik j-qaf sejam lamanya. Nasib baik memang aku takde kelas waktu itu. Kalau tidak.....masak!

Malamnya usai makan malam konon nak tidur segera. Herm tidak juga. Dok belek fb, gosok baju dan mengumpul duit untuk bayar parking di ALC college hehehe. Sudahnya 12.30 juga baru dapat peluk bantal. Hurmmmm bestnya.

Dan hari ini, T.I.G.A memunculkan dirinya. Aku tak sempat buat entry awal pagi seperti mana s.e.p.u.l.u.h., s.e.m.b.i.l.a.n., l.a.p.a.n., t.u.j.u.h., e.n.a.m., l.i.m.a. dan e.m.p.a.t. Ni la baru dan usai maghrib dan makan malam. Mana nak sempat terjaga 6.30, bersiap2 ...7.30 keluar untuk menghadiri kursus pemantapan pedagogi linus numerasi tahun 2. Aduh.....sekali sangkut jem depan ACS la pulak. Aku lewat 10 minit. Lucky tak mula lagi pun. Dekat jam 9 baru start. Hampeh....buat penat jantung aku jer ingatkan dah lambat bebenor. Hihihihi.

Waktu rehat tengahari usai Zohor, sempat juga aku menjengah Pesona Indah mencari keperluan untuk hari selepas s.a.t.u. Tak jumpa...tak ada barang yang dicari. Esok terpaksalah ke GM Klang! Harap2 ada. Kalau tak ada.....ntah aku tak terfikir lagi alternatif lain. Pertandingan sepanduk Maulidurrasul tahun ini aku tarik diri awal-awal. Tak sanggup dah...mana nak urus kemunculan hari selepas s.a.t.u, mana nak urus sepanduk. Takpelah aku tak masuk bertanding okay. Tak larat dah menongkat mata. Huhuhuhuhu.

Hari ini t.i.g.a sudahhhhhhhhhhhh.......fuuhhhh berpeluh!

Tiada ulasan: