03 Februari 2011

Emosi

Haish....rindu nak mengadap-Nya. Tapi tak boleh. Cuti. Dan tiba-tiba aku emosi. Jadi sedih pulak. Rasa macam nak menangis. Tapi air mata tak ada. Macam nak mengadu tapi tak tahu pada siapa. Dalam hati mengadu pada Dia saja.
Tapi....kenapa aku emosi ni? monolog pada diri sendiri. Hati berdebar. Sesuatu yang tak diinginikah? Atau hanya kerana hajat tak kesampaian mungkin. Maka hati jadi seakan tidak menyetujui. Entah kenapa aku tidak gemar untuk menerima alasan. Itu ini begitu dan begini. Dan yang perlu mengalah, aku lagi? Aku dah bosan mengalah! Aku dah fed-up mengalah. Tapi itu sahajalah pada aku caranya untuk mengelakkan pertelingkahan. Mengalah. Tapi kenapa mesti aku sahaja yang mengalah?
Baiklah aku mengalah. Tapi mungkin akan ada kesan sampingannya, dan jangan salahkan aku apabila itu (yang kamu tak mahu) terjadi. Setiap sesuatu pasti ada kesan dan akibat. Dan jika itu pilihanmu maka terimalah juga akibatnya. (T_T)(T_T)(T_T).
Aku masih berharap itu tidak akan terjadi. Aku masih berharap tidak mendengar ulangan alasan yang sama. Aku masih berharap untuk tidak mendengar sebarang alasan!

2 ulasan:

IMANSHAH berkata...

tak paham tak paham

~Insan Biasa~ berkata...

saya paham kenapa Iman tak paham.
Takpe......memang saya aje yang paham. :-(