06 Disember 2011

AL-Kisah seorang pemiutang

Ini status saya di fb untuk hari ini...
"ikhlas bagi pinjam....maknanya kenalah juga pulangkan, bukankah begitu? Atau adakah bila kita kata ikhlas itu bermaksud pinjam dan tak payahlah susah-susah nak pulangkan......macamtu ker?????"

Dan ini pula komen yang saya dapat daripada status tersebut..

"Itulah mentaliti melayu kita bila sebut IKHLAS. I also had been there...huhuhu.."

Jika situasi begini berkali-kali terjadi....maka adakah akan menjadi salah diri andaikata di masa hadapan kita sudah tidak mempercayai orang lagi. Mula pula kisah baru...

"elehhhhh dia tu kedekut....duit ade pun nak pinjam sikit x boleh....Allah tarik rezeki dia baru tahu'...

Ahaa...sudah dapat pula kita doa yang sebegitu. Kalau beri pulak, takut2 pengalaman-pengalaman lalu berulang lagi. Manusia.....masa mintak manis mulut bukan main, berjanji nak bayar semua. Bila tiba masa suku daripada pinjaman pun x terbayar...ape kes??? Lepas tu sedap mulut kata kita x ikhlas....wah.....Penganiayaan sedang berlaku! 

Mengata orang sangat pandai...kalau orang berhutang dengan dia pandai pulak merungut2 kat belakang
"bayarlah sikit2..., ini menyusahkan aku x bayar langsung"

Wah...sekarang kena batang hidung sendiri, satu sen x bayar... dikata pulak orang yang memberi pinjam ni tak ikhlas dan lupa diri??? Hey...siapa yang lupa diri ni???????




 *************************************************************


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

02 Disember 2011

Kalam Allah

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama
Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"         

Kedua :
Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya :
" Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : 
" Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga :
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. 

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud :

" Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ".

Firman Allah lagi yang bermaksud :

" Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat  

""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
 
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

Maksudnya :  ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


Petikan dari :  
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah26.html



 p/s : Berbau !@#$%^&*() sangatkah apabila saya berkongsi n3 ini???? Untuk tatapan bersama. Manusia tidak pernah sempurna walaupun sering mencari kesempurnaan kerana kesempurnaan adalah milik Dia.
Saudari....perkataan2 kamu dan perbandingan yang kamu gunakan itu tidak akan saya lupa sampai bila2 kecuali apabila Allah menarik balik nikmat ingatan yang dipinjamkan kepada saya. Opssss...ini blog saya, so......dan terima kasih untuk pelajaran hidup yang telah kamu beri pada saya. Semoga kamu terus berbahagia dan saya berterima kasih juga kerana menjadikan saya sebagai salah satu yang boleh menghiburkan hati kamu. Hanya Allah yang akan dapat membalas budi baik kamu menghargai saya sebegitu rupa.

01 Disember 2011

Siapa yang layak?

Susahnya untuk tidak bersedih hati jika ruang yang disediakan untuk mengeratkan silaturrahim, menjadi sebaliknya. Jika ruang yang disediakan untuk menyampai berita2 yang menyenangkan menjadi juga yang disebaliknya.

Pelik manusia ini kadang-kadang menerjah di fikiran. Apalah yang hebatnya apabila menyebarkan kata-kata yang tidak manis, cerita-cerita yang ntah benar atau tidak kesahihannya? Adakala saya memandangnya sebagai satu situasi di mana sebenarnya si pembawa cerita itu tidak puas hati dengan orang yang diceritakan....begitukah? Namun......itu bukan saudara mara dia pun. Takde kena mengena langsung. Opssss maaf saya terlupa....ada kena mengena.....iaitu saudara sesama islam. Memang la perlu kita jaga tepi kain dia! Errkkk??? tapi ada hadnya saya kira.

Dan saya juga berkira-kira, ada juga baiknya kalau kita menjaga diri kita sendiri terlebih dahulu daripada mengata-ngata-ngata-ngata hal orang lain. Kenapa perlu nak kumpul dosa kering kalau kita boleh kumpul pahala? Opsssss ade yang menjadikan saya  bahan hiburan dirinya apabila saya bercakap tentang dosa dan pahala. Salahkah perbicaraan saya tentang dosa dan pahala? Saya ni tidak pernah diunjurkan dengan ilmu dosa dan pahala kot pada dirinya maka perkataan-perkataan saya dijadikan bahan hiburan. Al maklumlah...saya bukan hajah...saya bukan ustazah....saya cuma seorang cikgu diploma jerrrrr.......cikgu 32....kecik aje kalau nak dibandingkan dengan dia yang 41 tu agaknya. Ilmu saya pun x setinggi yang 41....begitu juga dengan pengalaman saya. Ok ..saya terima dan saya memang masih belajar tentang kehidupan di dunia yang dikelilingi pancaroba serta hamba-hamba Allah yang tidak pernah berhenti untuk menyesatkan kaum manusia! Mahu meneliti ketidaksempurnaan hamba Allah yang lain? Bukankah lebih baik jika teliti ketidaksempurnaan diri sendiri?

"kita dah tau kita x boleh jadi seperti org itu....jd kita jadikan dia hiburan dah ler..skrg aku rasa nak jadikan ko plak hiburan aku..lawak bebenor la cik kak oiiii...bila cakap bab dosa pahala yg aku malas tue...dosa pahala kita pun kita x berapa jelas lg..so x yah la kan buat mcm tau dosa pahala org...bab tu hanya ALLAH jer yg tau..toi x..kita sdri pun x tau dosa pahala kita banyak mana dah"

Semoga hati saya LA TAHZAN dan dalam perlindungan Allah sentiasa apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang menjadi lemah apabila saya kemukakan soal dosa dan pahala. Tapi kuat pulak untuk menjadikan saya sebagai bahan hiburannya. Tahniah dan terima kasih. Sesungguhnya saya cuma menegur agar tidak terus mengata hal2 buruk tentang orang lain. Itu sahaja, tapi mungkin penulisan saya telah dibaca dalam persepsi yang tidak sepatutnya, maka berlaku lencongan fahaman. Atau mungkin juga padanya saya belum layak yang selayaknya untuk bercerita tentang dosa dan pahala. Waallahualam....

Yang penting .....saya tahu bahawa semua hamba Allah yang bergelar manusia dikurniakan akal yang mampu untuk berfikir!






28 November 2011

Indahnya aksara-aksara itu...

Pasang surut dalam kehidupan sentiasa ada, tidak kira di mana kita, dan siapa kita. Ada kala rasa ria, ada waktu kita pilu, ada ketika kita ketawa, ada hari kita iri, ada saat kita ralat.....dan kita perlu pandai rawat agar yang negatif tidak terus melarat dan yang positif akan terus aktif.

Jalan-jalan... fb walking di pagi hari, sendirian. Sedang sang suami merebah badan melepas lelah. Saya terjumpa aksara-aksara yang disusun hebat membawa makna. Membacanya boleh mengubat rasa sebal, memahaminya boleh mereda amarah jiwa. Menyelusuri tiap patah kata mampu memotivasi hati dan diri. Bangkit redha akan segala ketentuan yang telah tertulis sejak azali. Tegak redha akan segala rahsia Allah yang tidak tercapai dek akal manusia biasa. Menangislah seketika jika mampu memberi ketenangan. Amarahlah sekadarnya andai dapat membuang rasa. Ketawalah sewajarnya pabila itu cara mempamer bahagia. Dan di penghujung segala cerita REDHA akan segala susunan frasa-frasa kehidupan yang telah direncana untuk kita.

Dari wall fb Etie Nurbaya , aksara dan frasa ini boleh kita selusuri maknanya bersama, lalu saya abadikannya di Tinta Semalam.

Saat hati berkata "INGIN", namun qadar Allah berkata "TUNGGU". Saat air mata "MENITIS", namun qadar Allah berkata "TERSENYUMLAH"...Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun qadar Allah berkata "TERUSLAH MELANGKAH"..Kita merancang sesuatu, ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahsiakan-Nya buat kita. Namun, rancangan ALLAH itu LEBIH baik...yang TERBAIK...dan yang PALING BAIK dari rancangan kita..

Maka...berbahagialah dan bahagiakan hidup kita walau dilanda duka. Kerana pastinya hujan yang turun di kala panas mentari menyinar cahaya akan mewujudkan pelangi yang indah di kala petang membuka tirainya. Teruslah tersenyum kerana ia mampu membuatkan dirimu bahagia dan membahagiakan orang lain juga.


Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji” (Luqman;  31 : 12)



22 November 2011

Cuti?

Seronok kan anak-anak yang telah mula bercuti. Balik kampung, bersantai dan bercuti bersama-sama keluarga. Dan saya pun...tidak sabar untuk bercuti. Saya sedang bersemangat nak membersihkan bilik bacaan saya. Saya nak ubah jadi bilik tidur kedua. Perlu korbankan segala macam majalah yang tersimpan sejak 4-5 tahun yang sudah. 67 kg....hanya dapat ditukarkan dengan RM13.40. Huhuhuhuhu.


Argghhh tak sabarnya nak bercuti!!!! Nak rehat! Nak rehat! Nak  rehat! Dan impian itu hanya akan terlaksana minggu depan uuuooallllssss....coz...

21/11/2011 - Mesyuarat guru dan Taklimat Pengurusan Akhir Persekolahan 2011.

22/11/2011 - Mesyuarat Panitia-Panitia semua Mata Pelajaran.

23/11/2011 - In House Training KSSR Tahun 2 untuk guru-guru tahun 1,2 & 3. 

                     Kemas kini fail-fail Panitia yang berjumlah 13-14 fail kesemuanya.

24/11/2011 - Kemas kini Stor Sukan & Serahan Dokumen.

25/11/2011 - Kemas kini bilik-bilik khas, Serahan Dokumen & Jamuan.


So, 26/11/2011 barulah boleh relaks dan cuti. Seminggu sebelum persekolahan sesi 2012 semua kawan-kawan SKTP saya dah perlu berada di sekolah!!! Wokey????? Sangat bagus kan?...Hihihihi or Huhuhuhuu? Ops itu pun belum pasti antara 26/11/2011 - 25/12/2011 tu dapat cuti sepenuhnya. Ada kemungkinan jugak saya akan dipanggil untuk membantu menyiapkan jadual guru-guru....macam tahun-tahun sudah....ntah la.....saya...SYMP!

 CUTI???

18 November 2011

UPSR SKTP 2011

5A - 20 calon
4A - 11 calon

TAHNIAH!!!

Guru Besar

"Alhamdulillah.....peningkatan 2Q (kualiti dan kuantiti) amat membanggakan. Tahniah

 SKTP........menyerlah jauh dari yang biasa !!!!"


Penyelia Petang

"Syukur alhamdulillah, pastinya semua warga sktp bergembira dan berasa bangga dgn 

peningkatan ini. Syabas dan tahniah terutama kepada guru2 tahun 6 dan guru2 lain yang 

terlibat membimbing calon2 upsr 2011...moga kita semua dikurniakan kecekalan dan 

ketabahan berganda olehNya dalam kita menghadapi cabaran berganda utk tahun2 

seterusnya..."



17 November 2011

Bertukar!!! Zaasssssss....

Geram? Tukarkannya segera dengan sesuatu yang positif. Kesian, kekasihku penat. Tapi cedih gaklah hati ni kan. Emosi nak naik angin je aku pun dua hari ni. Semalam jadi staff bank sekolah jap. Duk kat kaunter dari jam 2 petang hingga 5 petang. Gara-gara menjalankan tugas penyerahan wang bantuan kerajaan RM100 untuk setiap murid tu. 

Bayangkan selama 3 jam di kaunter tu, hanya berbekalkan sebotol air minera. Oh syukur! Namun biasanya jam 3.30 tu time minum dan makan petang di kantin. Pada hari tersebut...lupakan seketika. Sesudah itu barulah terasa lapar. Itu rasa yang dirasa, tengahari nasib baik makan kat rumah. Kalau tidak mau kebulur. HUhuhu. Pulak tu hari aku bertugas kena jaga pintu pagar. 7.30 baru dapat balik....dah melepasi waktu maghrib tu. Tunggu budak....parent dia tak datang2, walhal anak dah call dah suh amik. Pelik kan? Sebab dah masuk waktu, aku plak call dan cakap sendiri....."pn...anak puan ni xde sape nak amik ke?" Than lepas tu barulah abangnya datang amik. Adoyaiiiiii.

Kalau balik tu tengok2 atas meja ada lauk baru ke....bestkan? malangnya.....segera tukarkan kesedihan kepada kesabaran. Segera, ok! Aku bantai goreng nugget jer, buat lauk tambah. Perut lapar x tahan, balik2 terus petik dapur nak menggoreng. Hubby? Sedang solat maghrib. Then lepak jap amik nafas barulah bersihkan diri, sementara hubby g masjid untuk Isya' plak. Aku dok menahan lapar tunggu kekasih balik, tertidur kat sofa. Wallahhhhhh...jaga2 kul 9, my darling tengah makan. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak kejut pun! tak ajak pun! Bini dia tengah lapar terus hilang lapar seyyyy...majuk! 

Pagi2 dah bangun untuk program hari kecemerlangan plak. Masih ingat kat laki balik nak ade sarapan atas meja. Tak sempat nak buat, beli je nasi lemak. Balik tengahari lenanya dia tidur. Azan sebelah telinga tak jaga. Aku buat misscall...wah bunyi deringan telefon mampu membangkitkan orang yang sedang lena. Seyyyy....tahu i yang call....bley sambung tidur! Comfirm! Tak ingatlah tu permintaan aku dua hari lepas.....tolong hantar aku kat hotel goldcourse (gara-gara malas nak tinggal kete parking bayar). Keciwa tak???? Tukarkan segera kesedihan kepada kesabaran. Dia penat! (Saya pun penat juga....(T_T)). Akhirnya sorang-sorang la drive menuju haluan. Meninggalkan rumah dengan mematikan semua bekalan elektrik. Terutama kipas! Maka apabila kepanasan .....hehehhe (nakal kan?) Geram!

Saya tiba di rumah selepas asar. Hahahah terlihat semua tingkap dan pintu terbuka luas(grill kunci le tapinya). Dan kipas dah terpasang! Angin amat2 diperlukan saya kira. Dan darling saya masih lagi lena. Frust tak??? tukarkan negatif kepada positif. Segera! Dia masih letih. Dan saya letakkan hadiah cabutan bertuah serta buah tangan yang saya peroleh petang tadi di atas meja.

Selepas maghrib berlalu baru ade teguran
."Eh apa ni? Mana dapat?" 
 "Sekolah"
 "Hadiah?"
 "Cabutan bertuah"

Sambil di belek-belek isi barang beg kertas tu. 
"Herm....macam-macam dapat eh...kek pun ade." Saya diam jer.
Comfirm! Darling saya tak ingat langsung permintaan saya dua hari lepas, dan baru semalam saya ingatkan kembali. Tapi......Segera...tukarkan perasaan negatif kepada perasaan positif. Apa ye...apa saya nak buat supaya boleh buat hati saya sedikit terubat? Herm tangan saya sakit dan ngilu minggu ni.

"Yang....." sambil saya hulurkan tangan kanan saya yang terasa ngilu dan adakala sakit waima mengangkat secawan kopi dalam tempoh 10-15 minit sahaja. 
"Sakit lagi ke? kesian...penat ye?" sambil tangan saya tu disambut dan diurut dengan minyak panas. Legakan? Saya berjaya la juga mengubat hati. Apatah di sokong pula dengan menonton TV9 rancangan semanis kurma.

Semuanya mainan perasaan sendiri agaknya, bahana ditawan jepun seminggu ni. Tapi kan.....perlu tak saya menyatakan perasaan sedih yang sudah melanda dan berlalu itu kepada kekasih hati saya ? Atau diam kan sahaja? 

Dan semua-semua yang berlaku membuatkan saya sedikit rasa down. Penyakit M pun menjelma. Kerja sekolah masih ada yang berbaki yang perlu saya siapkan nie....Masa yang ade cuma JUMAAT 18 NOV 2011. Dan seterusnya cuti sekolah pun dah bermula....pening tiba2!!!


Very2 Lazy Maaaaaa................................Dah tak dapat nak tukar negatip jadi positip je rasa ni. But I'm trying!

16 November 2011

Dalam duka ada suka

Tersangat-sangatlah geram. Kerja berlambak...time nilah printer nak wat hal. Aku geram banget nih. Huh nasib baik ada kawan-kawan yang sudi membantu memberi tunjuk ajar camne nak betulkan. Tq cik wana....tq adikku hanif.....tapi x berjaya pun la haniffffffffffffffffffffffffffffffff oiiiiii. Rasa nak menjerit ..rasa nak pijak-pijak jer printer tu tau ! Mangaiiiiiiii punya printer.  Dan nasib baik lagi coz ada kawan yang sudi offer nak printkan dokumen tu. Penting tu....nak guna esok! Muaaahhhhhhh....sayang pn zetty....luv you bebeh! Tapi sungguh aku x puas hati ngan printer nie la....bengang betul aku. Masa dah suntuk tau......Allignment lari! Camne nak betulkan lagi????? Hissshhhhh....baru tu printernya bukan 10tahun punya printer. Mana gua tak bengang!
Astagfirullah...mengucap bebanyak la 'mak teh'!!! huhuhuhu.....Istighfar la 'mak unggal'!!!! Yeyeye...syukur ada yang sudi membantu. Terima kasih Allah menganugerahkan bantuan untukku yang dalam kesulitan yang kecil ini. Mudah-mudahan Engkau terus memberikan kemudahan dan kelancaran dalam penghidupanku di masa-masa akan datang juga. Amin.

02 November 2011

Linus Sifar....Tawakkal.

Hujan-hujan macam ni yang buat saya mengantuk! Walhal ada lagi beberapa kerja sekolah yang perlu saya siapkan. Errrrr..abaikan untuk malam ini, boleh? Awal pagi esok , bangun dan siapkan la kan.....Ntah kenapa hari ini terasa letih benar. Bukan ade buat apa pun, selain mengutip dan mengedarkan buku pinjaman , latihan untuk persembahan sempena hari kanak-kanak, dan juga menjalankan ujian linus saringan 6. Ah...malang cuma 2 daripada 6 murid yang hadir pada hari ini. Selesai untuk dua orang sahaja. Kalau 4 lagi tidak juga hadir ke sekolah esok..lusa....harus bagaimana? Gurukah yang akan dipersalahkan andai target linus sifar 2012 bagi kohort 1 tidak tercapai???? tension tak? Linus oh Linus...

Nasib baik SAP dah saya siapkan awal-awal lagi. Haih. Kami cikgu-cikgu....SYMP jewwww..h....dan saya lakukan semampu yang boleh. Ok. Prestasi saya sedikit tercalar tahun ini...Nak kena polish semula agar di anjung 2012 bersinar-sinar cahaya hingga ke penghujung.

25 Oktober 2011

DUNIA BONDA: ISU TANGGA GAJI BARU SBPA

DUNIA BONDA: ISU TANGGA GAJI BARU SBPA: Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan k...

Bayar Hutang.


Pagi ini saya sambung dengan program pandai baca anjuran PIBG sekolah. Saya harus habiskan bilangan jam yang masih tertunggak. Jadi kesemptan cuti seminggu sempena deepavali ni saya rebut.Untuk hari ini cuma 2 orang je la pulak yang hadir. Sorang tu ntah mana ditunggu-tunggu x sampai pun. Telefon pulak tak bawak. Burn sudah 2 jam budak ni. Ahyoooo......cikgu pun sudah kesuntukan masa ni.Program ni melibatkan murid-murid lemah bagi kemahiran membaca tahap 2.....tapi tak tahulah kan....kenapa guru tahap 1 yang terpilih untuk jadi tenaga pengajarnya? Saya nampak macam berkira huh?? Hakikatnya cikgu tetap cikgu, kat mana dan bagaimana pun, siapa client kita......begitulah...tugasnya mengajar dan mendidik.

Lupakan dahulu bab tanda baca. Lihat kepada sturuktur ayat yang dibina serta ejaan perkataan. Jenuh juga nak membetulkan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan ni kan. Tu sebab budak-budak ni baik kalau kita biasakan yang betul dari awal......haih.

Ayat-ayat ini telah dibina oleh murid saya yang kini berada di tahun 4. Tahun depan masuk tahun 5. Apa komen u all?

1. ayah memletakkan tikau di dalam kereta
2. kami semua dah sampai ke pantai
3. mak meletakan barangnya di tepi pantai
4. abang dan kakak bermain bola di tepi pantai
5. ayah dah sampai di pantai
6. abang dan kakak bermain bola pantai
7. emak memegang beg berkelah
8. ayah membaca surat khabar di pantai
9. ayah membaca buku cerita di pantai
10.adik dan abang memmain bolah baling di tepi pantai
11.ayah memletakkan bawangnya di lalam kereta

Mentang-mentang gambar yang saya beri suasana di tepi pantai, ayat yang diaorang buat pun majoriti 'di tepi pantai'. Hish...sungguh tidak kreatif la deme ni. (T_T)

24 Oktober 2011

Jangan salah tafsir 'stress' saya ok?

Sangat stressssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!!
Ops tapi jangan pula yang membaca ini ingat saya stress sebab hubby saya ek. Nanti tetiba jek plak ade yang hantar mesej2 kat phone yang saya tak paham pucuk pangkalnya, kenapa mesej2 itu ditujukan kepada saya. Tambah stress plak kang!. Setakat hari ini saya sangat ok dengan hubby saya. Setakat hari ini hubby saya yang banyak reda kan stress saya. tq abang.....

So jangan salah tafsir stress saya, ok.

Siapa yang buat saya stresssssss???? FAMI dan IBUnya!!!!!
Huh....memang sakit hati. Dan hubby saya pun bertambahlah geramnya dengan mereka anak beranak. Dan saya sebenarnya tak suka situasi ini berlaku. Tapi sape lagi tempat untuk saya mengadu kalau bukan dengan hubby saya. Huhuhuu. Harap maklum.....saya tak pernah buruk2kan u all (mama+fami) pada hubby saya tau. Tapi hubby saya melihat sendiri apa yang u all dah lakukan pada saya. Nak sorok? Ingat ini mcam zaman saya bercinta dulu-dulu ke nak sorok2. Dulu jumpa kekasih hati 2-3 minggu sekali boleh la sorok.La ni hari-hari kami bersua muka.....lupakah kami sudah jadi suami isteri? Ha...sendiri mau ingatlah. Bangkai mana boleh nak sorok-sorok beb.........

23 Oktober 2011

Tersebutlah kisah....


Episod 1: 'keadilan'

Al kisah bermula cerita....

"Esok pagi balik awal ye....". Satu pandangan asing diperlihatkan.
"Ala.....kan esok nak balik kampung i....." sambil menarik muka sedikit. Kenal dengan pandangan asing tadi.
"Owh....yela...ok".
Fuh.....lega tak dengar jawapan tu....best.
"Nak balik bila? Tengahari?"
"Yup.....tengahari tu balik. Lepak-lepak jap, kul 3 ke...kul 4 ke...kita balik la".
"Kita??" satu lagi pandangan asing diperlihatkan.
Haih....paham dengan pandangan tu.
"Ok...kalau abang x nak balik. Minggu depan saya pun x nak balik Pahang!" tertarik muka lagi.
Stress dengan kerja-kerja dan masalah2 lain menjadikan diri cepat beremosi.
"hahahaha...yela...yela...." balasnya menyamankan suasana sambil bersiap-siap nak gerak pergi kerja.
"herm....kalau hujan lambat sikit la ye....." satu lagi pandangan diberikan. Dan pandangan itu pun difahami telinga yang mendengar.
"Ok.....lambat ye....? Maknanya lambat jugaklah balik Pahang minggu depan kan? Takyah lah  kita balik hari Jumaat....tapi kita balik hari Sabtu la kan?" balas kata sambil masuk ke dalam rumah untuk mengambil topi keledar. Dan di luar....
"Heheheheh....ye...ye...."


Kejamkah sindiran itu? Kenalah adil kan?
Balik kampung saya (1/2 jam drive sampai la..bukan jauh pun) .....balik kerja siap-siap nak terus gerak....alasan letih boleh pulak diguna pakai? walhal saya yang memandu.
Balik kampung dia (mau gak 2 jam drive baru nak sampai).....balik kerja siap-siap nak terus gerak.....alasan letih x pulak diguna pakai....dan dia yang memandu! huhuhuu

Jadi kejamkah sindiran yang tersebut di atas? Hikhikhik...

21 Oktober 2011

Cara Pemakanan Rasulullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


Sama2lah kita mengamalkan

18 Oktober 2011

Boleh.....Malaysia Boleh!


Dah lama saya tak update kan? semasa arwah ayah masih ada dulu...tiap-tiap hari ada sahaja cerita yang ingin saya abadikan di sini. Tapi selepas itu, saya dah mula menjarakkan diri dengan dunia blogging ni. Sama seeiring dengan minat saya terhadap fotografi. Semenjak dua menjak ni, saya dah tak heran lagi dengan fotografi tu. Minat tu ikut terbang dan berkubur. Nah ....sejak hidup berdua kembali....segala hobi tu macam dah jadi kenangan. Keseorangan diri, membuatkan saya teringat pada arwah ayah. hmmmm.

Apalah yang saya nak update hari ini ya? Taraf kehidupan sudah berbeza, semua dah baru. Dan semenjak kena denda dengan Puan Guru Besar tempoh hari, saya dah mula bina tapak untuk azam baru 2012. Saya dah zahirkan azam saya depan GB. Bermakna saya kena fokus supaya azam saya  tu tercapai. Heheheh insya'allah. Anda yang membaca, doa-doakan lah yea...:-))). Saya sedang setkan diri saya sebagai persiapan tahun depan. Waduhhh awal sangat ker saya set kan diri saya begitu? Okeh kot...kan..? Actually banyak perkara yang saya nak ubah, tapi bak kata orang tu...pelan-pelan. Harap-harap berjaya. Kuat...kuat.....Fokus...fokus.....suami saya selalu kata....boleh.....Malaysia boleh! hahaha suamiku.....I Love U too.....

07 Oktober 2011

My "x-new" bf finally ......arrived!!

Tak duga...akhirnya impian jadi nyata.
Alhamdulillah....Thank You Allah!!

28 September 2011

"macamne la saya tak stress....."

Penat beraya belum hilang.Malah masih bersisa pun. Dah tak larat nak memenuhi. Huhuhu. Selepas minggu UPSR, saya terus berkursus KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2 untuk kegunaan sesi 2012. Belum pun hilang lelah, Khamis lepas dapat lagi surat panggilan berkursus KSSR Bahasa Malaysia pulak. 2 minggu berturut2 berkursus bermakna 3 minggu dah saya tak jumpa anak-anak murid saya dan kebetulan suami pulak 2 minggu tersebut shift petang + OT. Adoiiiii.....hahahaha. Touch n Go !!!. Semalam suami mc. Maka dapatlah saya habiskan waktu bersama selepas selesai kursus untuk hari pertama tu. Mc bukan tuan yg sakit, tapi motor yang sakit. Baru seminggu rantai dah putus. Jenuh juga la cari spare part dalam kampung x jumpa. Kena g kedai dia gak.Sambil2 tu kami jeling-jeling juga la.....cuci mata , suami ajak cari best friend baru untuk saya pulak.:-) :-) :-)........berpinar2 jugak $$$$$$.....huhuhuu.

Sambil berkursus.....dok teringat kertas peperiksaan tak buat lagi. Baru siapkan sebelum menulis entry ini. Dapat plak sms suh tukar soalan bahagian C......haih.....belum printer buat hal....mana nak print nie ye.....ade makmal komputer pun x dibenarkan print di sana. Benar2 membakar diri. Yelaaahhhh...cikgu kan lilin. kan??? cikgu banyak duitttttttt.....banyak masa terluang......gitew kan???? huhuhuhu

Teringat juga program pandai baca dah tertangguh sebulan. Saya dah berhutang 12 jam dengan budak2 tu. Dan saya tak tahu macam mana dan bila saya dapat bayar hutang tu......Arrrghhhhh ni yang buat stress ni. Bulan Oktober saya pun dah full. Minggu ni saya di KK, minggu depan ada aktiviti perkhemahan pulak. hujung 3 minggu seterusnya pula perlu menghadiri majlis kahwin sepupu-sepupu dan adik ipar saya. bermakna saya akan berhutang lagi 12 jam. Macam tak mampu je saya nak bayar hutang tu.(T_T)(T_T)(T_T). Saya susah hati ok!!Owh itu belum masuk lagi hutang jam dengan anak LINUS saya. Whuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....kejang otot saya dibuatnya. PLBS pun saya x mula lagi. Tulun...tulun...tulun weeeeeiiiiiiii.

19 September 2011

My hubby with his new bf.....

Setelah berminggu-minggu dok membebel  motor yang lama begitu begini, dan setelah beberapa hari dok servey kedai mana nak pegi.....akhirnya boipren saya dapat juga bf baru. Itu pun saya temankan, kalau pegi sendiri masih memilih2 dan berkira-kira kot. Penat dah telinga den . Huhuhuhuh...Dapat bf baru bini keluar x balik2 pun dia takde heran.....haisshhhh!
Motor lama di belek2...ade saja yang nak di repair....dapat motor baru pun dibelek2 gak...ada saja yang nak di modify....adoyaiiiii....kreatif sebenarnya boipren saya ni ...apatah lagi kalau bab2 motor......Hijau x bley tinggaiiiiii!!!!
Saya sedey.....minggu ni boipren keje shift petang. Saya pulak berkursus seminggu. Malam dia balek, saya dah tido. Pagi saya bangun dia pulak tido. Siang dia bangun saya dah pergi kursus. Petang saya balek dia dah pegi keje......agak2 dia rindu nak berborak dengan saya macam saya rindu nak berborak dengan dia tak? Huhuhuu maklumlah tengah teruja dengan bf baru tuuuuuuuuuuuuu.....abanggggg.....jgn lupa saya tau! hehehe. Miss you already la sayang...

11 September 2011

Iktibar daripada Sebatang Pensel

 N3 ni spesel edition untuk sky walker,cuore rie, rossi ron, ultraman taro ....rakan2 sempoi fb saya. dan kepada pembaca blog TS juga.
Tiga-empat hari lepas saya ada membuat post "Hidup umpama Pensel" dalam status fb saya, dan komen-komennya semacam menimbulkan cerita lain pulak. Faham gurau-gurauan daripada rakan-rakan....tapi....beginilah....maksud sebenar yang ingin saya sampaikan tentang "PENSEL" yang saya maksudkan adalah ini.....dalam perenggan yang seterusnya.

Pernah seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentas siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.Mahu tahu?"
"Ya, ibu."

Pertama
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya. Makan, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua
Ketika menulis pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia akan menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup. I
Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat
Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti sahaja meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak ( walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah.
SOLUSI   Isu No:35 m/s 31

P/s :
Menarik bukan? Jika ada kisah positif tentang pensel yang lebih baik untuk kita kongsikan bersama mengapa pilih kisah yang #%$^%&. Bukan apa ...siapa diri kita adakalanya dinilai dari sudut siapa dan bagaimana kawan-kawan kita. kan?

Hey guys....sometimes i'm worried....kalau2 apa yang saya tulis dan komen2 anda tulis di fb saya (komen yg menyimpang) dibaca atau terbaca oleh En. Muhamad Jajuli Naim dan En. Mohd Salleh Mohd Kassim. Fb saya ada link dengan keluarga mereka tau. lagi sekali....
"siapa diri kita, adakalanya dinilai dari sudut siapa dan bagaimana kawan-kawan kita. kan?"
Bahasa melambangkan bangsa.

05 September 2011

Saya berkecil hati.

Lawak....tapi hakikat....saya berkecil hati dengan dia ni! ahakssssssssssss!!! tak patut ke patut???

11 Ogos 2011

Selama mana mampu...

Kesabaran. Mudah untuk dimain-mainkan di bibir. Tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan. Kesabaran merupakan satu ujian yang agak besar saya kira dalam meniti penghidupan yang pelbagai cabarannya. Banyaknya kita bersabar , banyak faedah yang bakal kita peroleh, insya'allah. Tapi persoalannya selama mana mampu untuk kita sabar dan terus bersabar. Apatah lagi jika sekeliling kita penuh dengan perkataan-perkataan yang meng'api-api' kan kita sehingga kita kehilangan sabar itu?
Hebatkan....? Bukan mudah untuk menjadi manusia yang sabar dalam erti kata yang sebenar. Saya? adalah golongan yang boleh dikategorikan dalam golongan manusia yang kurang sifat sabar. Dan akibatnya, lihat saja rentetan kehidupan saya yang lepas-lepas.

Daripada pengalaman lalu maka hari ini saya sedang belajar untuk menambah sifat sabar itu dalam diri. Saya masih lagi bersabar dan manahan diri daripada melakukan kesilapan untuk kali yang ke-seterusnya mungkin. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya tidak mahu kehilangan orang kanan dan kiri saya. Maka kerana ini saya perlu top up kesabaran diri saya.

Kesilapan saya lakukan adalah sebelum mengenal dia. Dan natijah daripada kesilapan lalu saya jinjing pula bersama dia yang tidak sepatutnya. Saya minta maaf. Saya tidak pernah menyalahkan dia mendesak saya. Tetapi saya juga tidak mampu untuk menuruti permintaannya. Apa perlu saya lakukan? Untuk masa ini saya buat-buat tidak tahu dan hanya berdiam diri. Saya bingung. Tapi saya diam saja. Saya tidak mahu dia merasa terbeban dengan beban saya, kerna beban saya sudah sedia ada sebelum adanya dia.

Pada diri saya sendiri saya berjanji tidak akan membenarkan dia menanggung beban yang bukan berpunca dari dia. Saya akan tanggung sendiri dan tidak akan mengadu apa2 pun yang berkaitan dengan bebanan masa lampau saya. Namun bagaimana untuk saya terangkan ini kepadanya? Acapkali dia mahu saya bebas daripada sebarang bebanan! Saya tahu tindakannya itu kerana dia sayang saya, dan dia tidak mahu saya melalui nasib seperti mana pernah dia lalui dulu. Terima Kasih kerana menyayangi saya. :-)

Saya menyenangkan hati saya dengan sabar. Dan saya yakinkan diri saya Allah akan bantu saya. Saya yakinkan diri saya bahawa saya tidak layak untuk menghukum seseorang kerana hak itu hanya milik Allah. Saya yakinkan diri saya dengan sabar, Saya ada Dia....pasti Dia akan memberikan sesuatu untuk saya maka saya diberi ujian bebanan ini. Sabar.

Ya sabar......tapi saya perlu juga jelaskan ini kepada dia. Hukuman ke atas manusia lain bukan hak kita sebagai manusia untuk membalasnya. Itu adalah hak Dia. Allah. Tapi desakannya ada masa membuatkan saya sesak seketika. Hubungan yang terjalin saya tidak mahu rosakkan. Saya perlu mencari jalan dan cara untuk menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak selerak!Ya Allah...ku mohon bantuan-Mu.

Sabar tapi itu tidak bermakna kita boleh membiarkan orang lain mengambil kesempatan atas sifat sabar itu.Renung-renungkanlah katanya kepada saya. :-(

Sabar Menghadapi Ujian Hidup
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:

Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Kelima:
 
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
Keenam:

Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.

ii. Sabar melawan nafsu.

iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

08 Ogos 2011

Doaku Untukmu Sayang


kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

reff:
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat reff

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

repeat reff

Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-doaku-untukmu-sayang/#ixzz1UMXz6ozm

04 Ogos 2011

Dari tempat kerja...

Hahahahha......ڤتڠ اين...ساي ريندو سوامي ساي.

Bersiaran dari tempat kerja. Niatnya nak menyemak kerja-kerja saps saya. Namun apakan daya langsung tak bley nak on pula. Meninjau-ninjau blog yang dah lama tidak di update, saya mengambil sedikit masa untuk mengupdatenya di tempat kerja. Sebentar aja dong. Dan waktu ini saya sedang tidak ada kelas okey.

Setiap kali ingin menyiapkan/menyemak saps di sekolah kebarangkalian untuk gagal meng-access web adalah tinggi. Tension kan? Nasib baik saya sudahkannya di rumah pagi tadi sesudah suami saya pergi bekerja.

Dan entah kenapa rindu kat dia pulak.....hehehhe . Minggu ni saja saya dapat berbuka, bertarawih dan bersahur bersama2. Minggu depan selama dua minggu berturut2 , nampaknya saya terpaksa bersendirian menjalani 3 aktiviti tersebut. Suami saya perlu kerja shift petang. Masuk kerja jam 4 petang. Sambung OT selepas bersahur baru dia akan pulang. Huhuhuhu sampai rumah sudah tentu matahari dah tinggi. Pastinya dia yang kepenatan akan melelapkan mata dan saya bersiap-siap untuk mengajar. Huhuhuhu tak jumpa lah saya dengan buah hati saya kan? Dia balik...saya pergi. Saya balik dia dah pergi. Huhuhuhu I will miss you so much lah my dear husband!.....

Apapun semoga perjalanannya pergi dan balik sentiasa dalam perlindungan Allah. :-)

25 Julai 2011

Welcome Ramadhan.

Lama betul rasanya saya tak update blog. Ade ke sape2 yang rindu nak tahu perkembangan TS ni ye? Hehehe. Rutin harian dah berubah. Dah tak dapat nak mengadap Blog dan Fb sekerap dulu lagi. Hanya waktu-waktu yang betul2 terluang baru dapat update. Sorry  ye, kepada sesapa yang datang nak tengok / baca cerita baru...tapi takde.....

Herm....entry ni update kat sekolah. konon nak online SAPS....dalam penyelenggaraan la pulak. Dah la benda baru. Tersangkut2 lagi nak memaham dan menyiapkannya.....kene selenggara pulak? tapi suruh siapkan cepat...macam mana tu? Saya dah pening dah ni dalam satu minggu nak kena settle SAPS, SQSS, dan kertas ujian bulanan !! Mabuk saya! Ahhhh yaaaaa.Mahu tidak mahu memang kena pulun habis minggu ni jugak. Demam macam nak sampai je pulak.......pulun mesti pulun....minggu depan dah nak mula Ramadhan...yeay its my birthday on 2nd Ramadhan kalau ikut bulan Islam. Yippie!!

Seronoknya... Ramadhan dan Syawal kali ni saya berteman. :-) :-) :-)

11 Julai 2011

Alam Baru

 
Gambar-gambar
 with my big family of SKTP

 now...
husband and wife
already

 Hasil tangan - Kak Aziah!

 olalala

Thanks Fid!

08 Julai 2011

speechless

untuk malam tadi
terima kasih
kak ina
kak linda
raihana
kak sal
laila


07 Julai 2011

Majlis Persaraan GPK Kokurikulum

 Ni la stage kat dewan terbuka

 bergambar kenangan di gazebo - "Persada Ilmu"

 yang dirai - Pn. Wan Mariam Wan Jusoh
 diiringi - GB Pn Hjh Rozita Hj Sulaiman

 dayang sktp - comeyyyyy kan..... kan..... kan........

 barisan pentadbir : 
PK Petang-Cik Siti Aidah, PK1-Pn Tee Lee Feen, PK Koko-Pn. Wan Mariam, GB- Pn. Hjh Rozita, dan PK Hem-Pn. Nor Rizan

 segala berkaitan koko - jadi bahan hiasan

Guru lelaki tunjuk bakat terpendam - Cayalah!!!