cari id yes guru sktp

02 September 2009

Tips : Dekati Hati Pelajar

Bagaimana menjadi seorang guru yang sentiasa dekat di hati pelajar? Sebagai panduan ada 10 tips bagaimana anda boleh menjadi seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh pelajar anda.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa hadir di sekolah
-guru tempatnya bersama pelajar,jika tidak bermakna ia tidak mengajar. jika keadaan kesihatan terganggu dan tidak serius, cuba hadirkan diri. 'Guru tetap' yang kurang sihat adalah 10 kali lebih baik daripada 'guru ganti' yang sihat.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa ada bila diperlukan
-membantu pelajar setiap masa. sebelum, semasa dan selepas waktu sekolah. untuk menjadi guru terbaik, maka bantulah pelajar anda. pertemuan untuk perbincangan seminggu sekali sebagai permulaan sudah memadai. jika mendapat sambutan , ada keperluan dan tidak TERLALU membebankan , boleh ditambah 3-4 kali seminggu.

  • Guru yang dekat di hati pelajar kenal pelajar mereka secara lebih dekat
-berbual2 dengan pelajar semasa mengajar. di luar bilik darjah, di kantin atau di bilik bacaan. banyak yang guru tahu tentang pelajar , maka akan memudahkan guru untuk menyesuaikan dengan mereka. hafal dan ingat nama mereka dengan secepat mungkin!

  • Guru yang dekat di hati pelajar perlu kenal ibu bapa pelajar
-kerap berhubung dengan ibu bapa pelajar. tidak perlu berbual lama, cukup sekadar bertanya khabar dan tunjukkan anda mengambil berat tentang anak dan pelajaran anak mereka. secara tidak langsung membantu meningkatkan prestasi pelajar. dan pelajar akan lebih sopan apabila tahu anda mengenali dan sering berbual dengan ibu bapa mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tahu apa yang mereka ajar
-persediaan ke kelas perlu cukup. bersedia sebaik sahaja perancangan mingguan dilakukan. Percayalah, jika anda mengajar tanpa persediaan secukupnya, anda akan berasa menyesal setelah anda meninggalkan kelas.

  • Guru yang dekat di hati pelajar menghadiri setiap acara sekolah
-Pastikan anda hadir disetiap acara sekolah, seperti perhimpunan, sukan dan hari penyampaian hadiah. Kehadiran akan menunjukkan anda mengambil berat tentang mereka dan sentiasa menyokong kegiatan mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tinggal dalam kejiranan sekolah
-jika tidak tinggal dikejiranan sekolah, boleh juga mendekati pelajar yang tinggal dalam kejiranan sekolah dengan cara membeli belah atau makan di kedai berhampiran sekolah selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu. Cuba pantau kehidupan mereka. lebih kerap pelajar melihat anda, lebih baik kelakuan dan sikap mereka di dalam kelas. mereka akan melihat anda sebagai sebahagian daripada mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar makan di kantin sekolah
-di sesetengah sekolah, ada guru yang sering makan di luar sekolah atau membawa bekal dari rumah atau makan di bilik guru sahaja. cuba bersama mereka di kantin, berbual mengenai makanan kegemaran dan berbual bagaimana mereka menguruskan wang belanja setiap hari.
mana tahu mungkin ada pelajar anda yang meminggirkan diri pada waktu rehat.

  • Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa berlaku adil
-berlaku adil tidak semestinya menjadikan anda tegas atau terlalu berlembut. secara mudahnya, anda perlu menilai dan melayan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.

  • Guru yang dekat di hati pelajar tidak akan hilang sabar
-tahan kemarahan, semuanya akan berlalu. jangan terbawa-bawa dengan rasa geram dan emosi. pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bilik darjah. tangani masalah secara professional.

"Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar anda, tetapi pada masa sama anda perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik."

petikan dari majalah : The teacher_daripada guru untuk guru.

4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tambah sikit...ambil berat tentang pelajar

Abang Long berkata...

TERIMA KASIH

Guru adalah pencetus perubahan

- jinggo - berkata...

kita adalah MEDIA kepada perubahan2lain.......teruskan wak.

fiza_sensei berkata...

tahniah! entry ni bnyk bg peringatan untuk guru2 agak tidak lupa pelajar2nya