cari id yes guru sktp

11 September 2009

Sesekali dengar...tersentuh hati.




Lama tak dengar lagu 'Hati Yang Rapuh' nyanyian rahimah rahim ni. Sesekali terdengar...sayu hati.

Lirik lagu :

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

8 ulasan:

Bapak berkata...

Bapak pun suka dengar lagu 'Hati Yang Rapuh' ni.. teringat zaman muda2..heheh

"Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci"

- jinggo - berkata...

sedihnya dengar lagu tu....
amat sedih berdasarkan senikatanya....

sabar ajalah kalau ada apa2 yg tak sempurna...

cgu anis baik2 ok.

ONE ZABA berkata...

alahai anis...raya makin dekat dah ni. jgnlah gndah gulana lagi. kang aku nangis sekali baru tau.

~Insan Biasa~ berkata...

kita layanzzz lagu ni bapak....hehe

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih wak..

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...
lagi nak raya...
lagilah nak menitis air mata...
hari raya,antara hari yang...(no words to explain)
pada saya.

~Insan Biasa~ berkata...

eh apa2 pun....nanti kita main bunga api sama2 nak tak? bpk...wak...cgu one?
hahaha sambil dengan lagu main mercun...bagi meriah! erkkk harap2 lebih meriah dari tahun2 sudah.

SELAMAT RAYA BAPAK!
SELAMAT RAYA WAK JINGGO!
SELAMAT RAYA CGU ONE!

AMPUN KAN SAYA KAT MANA2 YG SAYA BUAT SALAH!!

Abang Long berkata...

Waktu itu, Rahimah dah pakai purdah kan ?