cari id yes guru sktp

13 September 2009

Apakah ia punya maksud yang tertentu??


Mata yang bundar itu terus memandang ke arah ku. Aku abaikan. Aku meneruskan langkah. Setiap yang ku lalui, pasti memandang. Ah, apa yang tidak kena? Fifi menghampiri. Aku sekadar merenungnya dengan senyuman. Reaksi biasa yang aku beri apabila Fifi mendekati. Dia memandangku dari atas hingga bawah. Suara kecilnya kedengaran halus..."cikgu...errr" sambil matanya tekap pada baju kurung putih yang menyarungi tubuhku. "Kenapa?" sambil aku juga melihat kearah yang dilihat Fifi.
Ya Allah....kenapa aku boleh tak perasan?

Rupanya ada darah di baju yang ku pakai. Banyak. Patutlah semua mata memandang. Ntah dari mana darah itu aku pun tak tahu. Aku segera ke bilik guru dan minta izin untuk pulang membersih dan menukar pakaian yang lain. Cikgu Zamani menemaniku pulang. Aneh, aku pulang berjalan kaki. Keretaku tidak ku pandu. Laluan yang di lalui aku dan Cikgu Zamani di kiri kanan jalan penuh dengan semak. Aku berjalan tanpa memakai sepatuku. Sepatuku pegang di tangan. Batu kupijak tanpa rasa sakitnya. Tiba di sebatang sungai. Ah curamnya. Kami terpaksa melalui jambatan gantung yang sedikit usang. Aku genggam erat tali jambatan. Sedikit rasa gayat. Aku tidak memandang ke dasar. Aku fokuskan untuk cepat sampai ke seberang. Pandangan ku lekat pada tebing di seberang sungai. Dan akhirnya..dengan debaran di dada yang masih bersisa, kami selamat sampai.

Aku seperti kenal laluan baru itu. Laluan yang sering aku lalui tatkala aku mahu ke sekolah di zaman kecilku dulu. Ya itulah laluannya. Itulah semaknya. Itulah rumahnya. Aku masih keliru, bagaimana aku boleh berada di situ semula. Sedangkan peredaran masa sudah berlaku 20 tahun lamanya. Laluan itu bukankah sudah tidak ada lagi? persoalan yang hanya terbitnya di hati. Perjalanan ku teruskan. Cikgu Zamani dan entah dari mana Cikgu Wan turut ada. Kami dipelawa untuk singgah di sebuah rumah melepaskan lelah. Sekejap. Dan aku mahu segera menyalin pakaianku yang banyak dengan darah ini. Tapi aku diminta agar bersabar dan menunggu sebentar lagi. Jalan akan penuh, kerana saat itu adalah waktunya penduduk kampung keluar menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ahhh....hari Jumaat rupanya. Aku akur. Dan hanya meneruskan perjalananku setelah jalan kembali lapang.Dan apabila aku tiba di rumah. Itu bukanlah rumah pusaka tinggalan arwah ibuku. Tapi aku berada di rumah pusaka tinggalan arwah datukku..Tok Naim Janggut. Gelaran yang diberi orang kampung kepada arwah datukku di Pulau. Ah...mana mungkin aku tiba-tiba berada di Pulau yang ingin aku singkirkan dalam hidupku. Dan tiba-tiba muncul makcikku yang menetap di rumah itu. Memanggil dan memberikan aku tuala dan sepersalinan pakaian untukku. Aku masih terpinga-pinga.

Dan bunyi kayu jatuh dari belakang rumah menyentap lamunanku. Aku terjaga. Dan aku sudah melepasi waktu untuk bersahur pagi itu. Apakah ini sekadar mainan tidurku atau membawa sesuatu petanda masa akan datang? Aku tak pasti. Semoga Allah akan selalu melindungi aku dan keluargaku. Semuanya rahsia Allah.

12 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

akak,

mimpi yg sgt menakutkan..

harap akak sentiasa sabar dan tabah hadapi hdp ni yek..

syg akak...

- jinggo - berkata...

seronok baca..
semuga hari ini lebih baik dari semalam....

ONE ZABA berkata...

moga segala hubungan yg keruh dan terlerai akan kembali menjadi jernih dan bertaut erat.

Bapak berkata...

o, mimpi rupanye.

Bapak bukan pentafsir mimpi tapi rasanya darah itu lambang kepada hubungan kekeluargaan...

semoga ada kesudahan baik buat Cikgu Anis pada Aidilfitri ini...

kin hashim berkata...

pakai baju putih..ada darah..ish...takut plak..hehhe.. tah..tak tau tafsir. Kalau bukan sekadar mainan tidur, moga2 ada petanda baik utuk anis!

~Insan Biasa~ berkata...

terharunya...ada adik yang sayang kita...terima kasih cik gadis manisku.

~Insan Biasa~ berkata...

wak...begitulah hendaknya.
Harapan ...sentiasa hari ini lebih baik dari semalam..

~Insan Biasa~ berkata...

Insya'allah cgu one...cuma...
tak tahulah. kat sini kalau nak kata saya macam telur pun boleh kot.

~Insan Biasa~ berkata...

Terima kasih bapak..
Aildilfitri yang....hermmm.

~Insan Biasa~ berkata...

Kin..
Lagi satu harapan. Semoganya petanda yang amat baik.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Mimpi itu mainan tidur.

seram jugak ye..

moga hari mendatang lebih bermakna..

~Insan Biasa~ berkata...

azrina...
berpeluh gaklah masa terbangun tu..

huhuh
semoga semuanya baik2 aja