23 November 2008

Selepas 10 tahun



Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Kami bersua kembali
Di alam maya
Bersama berkongsi cerita

Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Baru kini jalinan terikat mesra
Bersama bergurau senda
Di depan skrin komputer riba

Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Baru ku kenal siapa mereka
Berkongsi kemahiran
Berblog bersama-sama
.

Tiada ulasan: