Hari ini, cuti sekolah sudah bermula. Anak murid dan guru sama riangnya....ye ke? Bergantung kepada individu. Tapi, yang pasti tiada orang yang tidak suka cuti kan? Termasuklah aku ni ha. Dulu memang tak suka cuti, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini selalu pula merasakan cuti tu tak cukup. Hehehehe adakah kerana walau cuti pun masih ada kerja2 sekolah yang perlu disediakan untuk keperluan tahun depan pula. Get ready....
Keduanya, untuk guru-guru yang menyambung pelajaran, masa inilah masing-masing sibuk menghadiri kelas di pusat pengajian masing-masing, get ready untuk exam pulak. Anak murid dah selesai, guru pula exam. Diwaktu begini, guru yang seorang pelajar, sepenuhnya pelajar, yang di rumah, sepenuhnya suri rumah tangga. Tugas beralih kepada pelajaran dan keluarga. Kepada Ibu bapa pula, cuti-cuti sekolah begini mereka mengambil alih tugas guru , mengajar dan mendidik anak-anak sendiri.
Ada beberapa perancangan yang telah dirancang. Niat di hati nak pergi berjumpa rakan2 yang dah lama tak jumpa dan keluar bersama. Ini lah masanya. Niat di hati nak bercuti rehat dan bersantai-santai meredakan kekusutan , inilah juga masanya. Tak semua perancangan akan menjadi, menjadi anak tunggal seperti aku, perlu memikirkan bapa tunggal yang akan ditinggalkan seketika jika mahu juga meneruskan perancangan. Ajak bersama bercuti, tidak mahu pula. Jika kesihatannya tiada menjadi penghalang maka perancangan akan berjalan seperti yang harapkan. Tetapi jika kesihatannya tidak mengizinkan aku untuk meninggalkannya walau untuk sehari dua, terpaksalah aku bercuti di rumah sahaja.
Hahahahha di rumah? Aduhai...peninglah kepalaku, bingitla telingaku jika anak-anak jiran ku menghabiskan cuti mereka di sini. Mereka semua lasak2 belaka. Jika cuti-cuti yang lepas ada masanya mereka menghabiskan cuti di kampung bersama atok dan opah masing2. Cuti kali ini, entah aku tidak tahu. Semoga aku ayah sihat dan aku dapat melaksanakan perancangan aku. Aku dah terlalu letih fizikal dan mental. I really need a rest for my self from everything....pleaseeeeeeeee.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan