26 November 2008

La Tahzan?

Untuk aku dan mungkin untuk sesiapa yang memerlukan...
Lagi dari satu petikan yang aku temui,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami'."(Surah At-Taubah:51)

Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda jadi salah.Sebaliknya apa yang membuat anda jadi salah, ia tidak akan membuat anda jadi benar. Jika keyakinan tersebut tertanam kuat di dalam jiwa dan kukuh bersemayam di dalam hati maka setiap bencana menjadi anugerah, setiap ujian menjadi kurnia dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya." (Hadis Nabi)

" Allah sudah menentukan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan."(Hadis Nabi)

Bersama kesusahan dan kemudahan.

Wahai manusia; selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan dan setiap kegelapan ada terang benderang.

.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat memberi erti pada hati ini...