07 November 2008

Penat...Letih....


Seminggu ini Ya Allah....berlambak2 kerja yang perlu diselesaikan. Sebelum cuti panjang bermula, tiap2 tahun pun sama la. Buku pinjaman dah dikutip dan untuk tahun depan dah selesai diberi. Cuma ada seorang anak murid aku tak mai dah sekolah.....huhuhuhu . Pembahagian murid untuk ke kelas tahun hadapan pun dah selesai, tapi atas kertas aje lah. Anak-murid aku happy semuanya, maklumlah diaorang kekal duduk di kelas pertama dalam aliran. Cuma ada 3 orang sahaja yang turun kelas....tu la asyik main je....kan...dah...

Dah tiga hari aku lepak kat sekolah dari awal pagi....buat kerja time xde kelas ni senang sikit. Takdelah sibuk nak jaga kelas lagi. Tapi petang time wajib bertugas aku pun, penat gak....kejap kat kelas, dah la kelas kat makmal ICT..nun dekat ngan padang sekolah....kejap kang terkedek2 pula ke bilik SPBT...nun kat hujung blok tingkat 1 . Ada time plak check fail kat bilik aku la....galeri wawasan. Time rehat kalau x ke kantin barulah lepaskan lelah kat bilik guru. Lenguh kaki...tu yang rasa nak bersandal, berselipar jer tuh....

Semalam, bz pulak dengan kanak-kanak riang sedunia...Sambutan Hari Kanak2 peringkat sekolah. Ya ampun.....bingitnya, pusing kepala masa nak mengatur deme kat dewan terbuka tu....deme dah seronok sakan. Macam2 persembahan ada....yelah hari mereka kan....mereka diraikan...ada nyanyian, ada nasyid, ada pantun, syair...lawak jenaka pun ada. Kiranya anak-anak zaman sekarang ni dah memang bijak dan berani. Seronok pulanya melihat gelagat diaorang ni.Seronok lagi setiap orang dapat 2 biji kek comel...ngan air mineral. Acara bermula selepas rehat sehingga waktu balik.

Time2 cam ni cikgu2 tahun 1 dok bz men'streaming' kan murid. Cikgu2 tahun 2 dok bz...cari kotak nak letak fail murid. Cikgu2 tahun 3....ntah aku tak perasan pulak. Tu la aktiviti siang hari aku dari pagi sampai ke petang. Malam, baru la ada sikit masa buat assignment. Malam tadi dok punya leka....siap jugak assignment Maths aku...sedor2 dah kul 2 pagi dah. Fuhhhh pagi ni mata aku rasa nak tertutup2 je. Ada satu lagi tak siap...proposal. Nasib baik lecturer bagi kat aku tempoh seminggu lagi untuk siapkan. Tapi aku nak cuba siapkan minggu ni jugak.hehehehhe (kalau larat dek badan n pala otak la).

Pagi tadi memang pas subuh aku bum semula....tapi tido2 ayam jer...xleh tido nyenyak, Dalam kepala ni macam2 keje lagi belum siap.camne nak nyenyak. Appoinment aku ngan Susan kat SJ pun aku cancel. Postpone 2 minggu lagi la. La ni memang bzzzzzzz sesangat. Petang ni nanti ada makan free, ada jamuan pengawas...semua guru dijemput. Sabtu...makan lagi, jamuan hi-tea plak kat Quality Hotel Shah Alam. Ahad....ada kelas OUM. kompem x tumpu perhatian dah...rasa macam penat giler. Isnin...meeting kelab guru . Selasa....latihan hari kecemerlangan + jamuan kelas.....aduh...x pikir lagi nak handle jamuan kelas ni. Aku rasa tak larat nak buat...belikan deme jajan2 bungkus siap2 bagi sorang satu..dah la kot. Rabu....Hari Kecemerlangan berlangsung.....Khamis Jumaat: program bersama GB yang nak bersara dan aktiviti membersih2kan lah apa2 yang patut sebelum tutup tirai persekolahan 2008....

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR!!!!

.

Tiada ulasan: