Sejarah ni penting sebenarnya, cuma bila kita tak faham dan tak hayati maka itulah pun timbulnya kelecehan. Sejarah akan sentiasa berlaku. Dalam hidup kita kan ke penuh dengan peristiwa? Peristiwa dalam anganan semua indah-indah, itu impian. Peristiwa yang sedang berlangsung itu kenyataan. Peristiwa yang sudah berlalu pergi, itu SEJARAH.
Zaman kanak-kanak aku ada yang aku lalui sorang diri, ada yang aku lalui bersama saudara, sepupu dan jiran-jiran. Zaman remaja ku bersama teman-teman yang semuanya perempuan. Zaman pengajianku mula mengenal erti persahabatan. Zaman di alam pekerjaan lebih pengalaman hidup aku tempuhi. Semua itu Sejarah.
Khamis lepas....aku mencipta sejarah baru. Aku bersama idah memenuhi permintaan seorang kawan lama yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Teman semaktab. Hahaha yang jadi sejarahnya pada aku, teman ini seingat aku la ketika di maktab aku tak pernah bertegur sapa apatah lagi untuk bertepuk tampar. Tak Pernah! Hari itu, ia menjadi sejarah, kami bertiga boleh berjumpa, makan bersama, jalan seiring dan berkongsi kisah duka. Siapa yang sangka kan, kawan yang tak pernah bertuegur sapa itulah yang menjadi tempat meluah rasa hati lara pada hari ini....hahahhah macam tak percaya! Hanya selepas 10 tahun berlalu!
Kisah-kisah duka diutara, tapi aku x berapa bercerita. Mungkin sebab aku tak pandai berkata-kata berdepan muka. Tapi, aku mula faham kisah idah, aku juga faham kisah teman lama itu. Masing-masing punya kisah duka yang boleh ku kira 'kompleks' la juga. Namun aku masih rasa kisah duka ku paling sakit. Dan aku masih tak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya pada masa-masa akan datang, kerana kisah itu akan sentiasa di depan mata aku. (p/s : yang memahami sahaja yang akan faham kata2 ini).
Tapi aku juga ingat kata-kata teman ku syahidah.......dia kata.....
1 ulasan:
tak makna blur gambar tapi semua org masih blh kenal...by the aku lebih rasa mcm pesalah kes juvana la plk blur2 gambar mcm tu...hahahah...bikin hidong ?? kembang lagi pasal marah...hahha
Catat Ulasan