26 November 2008

My Beloved Friend..


Minta maaf banyak-banyak to my beloved friend...orang lupalah kak sazila, yesterday was your birthday...lupa sangat2 nak wish. So...I create this card special just for you. Sorry aarrr xde gambor abg bad...hehehhe. Anyway...hope kehidupan akak akan selalu bahagia di samping keluarga tercinta. Dah g Sarawak nanti, jangan lupa orang kat Selangor tau. I Love Youuuuu very2 much. So..akak, Hepi Besday yang ke....?? hehehh xyah sebut ah.
.

La Tahzan?

Untuk aku dan mungkin untuk sesiapa yang memerlukan...
Lagi dari satu petikan yang aku temui,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami'."(Surah At-Taubah:51)

Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda jadi salah.Sebaliknya apa yang membuat anda jadi salah, ia tidak akan membuat anda jadi benar. Jika keyakinan tersebut tertanam kuat di dalam jiwa dan kukuh bersemayam di dalam hati maka setiap bencana menjadi anugerah, setiap ujian menjadi kurnia dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya." (Hadis Nabi)

" Allah sudah menentukan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan."(Hadis Nabi)

Bersama kesusahan dan kemudahan.

Wahai manusia; selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan dan setiap kegelapan ada terang benderang.

.

24 November 2008

Adehhhhh.....


Madah Penawar


Salam semua, lagi madah penawar yang aku temui hari ini...."biarkan hari ini berlalu dengan sebuah pengalaman, dan mulakan hari esok dengan keazaman" . Menarik kan? Mungkin juga aku perlu mula berpegang pada madah itu untuk memulakan sejarah yang baru. Lembaran kehidupan yang akan datang perlu dihadapi dan aku perlu bersedia dari sekarang....Nyanyian lagu dendangan Adam yang keudara ni....adalah sebahagian semangatku yang belum pulih sepenuhnya. Dan entahlah apakah ianya akan pulih sepenuhnya aku tak pasti....Tapi keazaman untuk hari esok, aku mesti cuba !

.

23 November 2008

Kreatif daripada Adinda Puteri

" TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA FREE BUAT LAH LAGI"


.

Selepas 10 tahun



Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Kami bersua kembali
Di alam maya
Bersama berkongsi cerita

Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Baru kini jalinan terikat mesra
Bersama bergurau senda
Di depan skrin komputer riba

Siapa sangka,
Hanya selepas 10 tahun
Baru ku kenal siapa mereka
Berkongsi kemahiran
Berblog bersama-sama
.

22 November 2008

sejarah

Sejarah....dulu aku tak sukanya subjek sejarah. Sejarah susah. Sejarah kena ingat nama-nama. Sejarah kena ingat tarikh. Sejarah kene ingat peristiwa. Adeh..leceh kan? Aku masih ingat macam mana aku belajar sejarah untuk PMR masa form 3, aku baca, aku tutup buku, aku story balik. Cakap sorang-sorang dalam bilik. Hehehehhe Aku hafal fakta sejarah. Hasilnya ala kadar je kot....aku pun dah lupa dah. Sekarang ni kalau suh citer balik,haram satu apa pun aku tak ingat.

Sejarah ni penting sebenarnya, cuma bila kita tak faham dan tak hayati maka itulah pun timbulnya kelecehan. Sejarah akan sentiasa berlaku. Dalam hidup kita kan ke penuh dengan peristiwa? Peristiwa dalam anganan semua indah-indah, itu impian. Peristiwa yang sedang berlangsung itu kenyataan. Peristiwa yang sudah berlalu pergi, itu SEJARAH.

Zaman kanak-kanak aku ada yang aku lalui sorang diri, ada yang aku lalui bersama saudara, sepupu dan jiran-jiran. Zaman remaja ku bersama teman-teman yang semuanya perempuan. Zaman pengajianku mula mengenal erti persahabatan. Zaman di alam pekerjaan lebih pengalaman hidup aku tempuhi. Semua itu Sejarah.

( * atas permintaan teman lama , muka kena blur )

Khamis lepas....aku mencipta sejarah baru. Aku bersama idah memenuhi permintaan seorang kawan lama yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Teman semaktab. Hahaha yang jadi sejarahnya pada aku, teman ini seingat aku la ketika di maktab aku tak pernah bertegur sapa apatah lagi untuk bertepuk tampar. Tak Pernah! Hari itu, ia menjadi sejarah, kami bertiga boleh berjumpa, makan bersama, jalan seiring dan berkongsi kisah duka. Siapa yang sangka kan, kawan yang tak pernah bertuegur sapa itulah yang menjadi tempat meluah rasa hati lara pada hari ini....hahahhah macam tak percaya! Hanya selepas 10 tahun berlalu!

Kisah-kisah duka diutara, tapi aku x berapa bercerita. Mungkin sebab aku tak pandai berkata-kata berdepan muka. Tapi, aku mula faham kisah idah, aku juga faham kisah teman lama itu. Masing-masing punya kisah duka yang boleh ku kira 'kompleks' la juga. Namun aku masih rasa kisah duka ku paling sakit. Dan aku masih tak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya pada masa-masa akan datang, kerana kisah itu akan sentiasa di depan mata aku. (p/s : yang memahami sahaja yang akan faham kata2 ini).
Tapi aku juga ingat kata-kata teman ku syahidah.......dia kata.....



.

17 November 2008

Mula dah penuhi jemputan....

Kenalkah anda semua siapa ini...hehehhe comfirm kenallah suami kepada seorang artis yang ceritanya hangat diperkatakan suatu ketika dahulu......heehhehehe sempatlah tgk saudara suhaimi ni nyanyi 2 buah lagu. Nak tunggu dia menyanyi duet bersama isteri tercinta, ina naim...tak larat dah mataku. mengantuk daaa. kepala pun dah berat. So kami pulang tanpa menyaksikan dan mendengar suara ina naim menyanyi secara live. Kitaorang dok cari2 juga kelibat Dr. Fadzli...Dia takde datang ker Pn. Siti Nurbaya?



Balik dari kelas oum petang tu, usai solat aku dah kepenatan amat...konon nak baring2 je. Perghhh sedar-sedar dah kul 6 petang dah. Tu pun sib baik Huda call mintak no tepon sahizan. Kalau tak mahu juga sampai ke maghrib.gheghegheghe. Malamnya aku penuhi majlis persandingan Siti Nurbaya....dak baya ni dulu pernah ngajar sementara kat SKTP. Anak kepada Cikgu Rubiah GB SK Telok Gadong.Elok2 melangkah masuk dewan, pengantin sedang diarak. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Telok Pulai. Pepun, dah namanya pengantin...of course cantik lawa ayu menawan.....Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Baya and husband. Aku g majlis ni ngan my sis la...sapa lagi, Akak Sazila aku yang bakal meninggalkan aku sengsorang....kuikuikui kurang dah satu tempat untuk aku ngadu nasib.Huhuhuhuhuhu.Niza pun ade sekali ngan kami malam tu. Jumpa gak la ngan mantan GPK2 SKTP such as Pn Faridah Omar dan Pn Noraini....Kay la Congrates Baya...at last ko dah jadi isteri seorang lelaki. Aku belum sampai masa lagi kot....
.

Oum and my friends...

.: Zuraidi :.
Bagusnya, beruntungnya dapat satu group dengan Zuraidi nie....Modul versi BM selalunya zuraidi lah yang dapatkan. Susah nak jumpa student lelaki yang komited dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tiga tahun dah kami satu group rasanya tak pernah lagilah zuraidi ni ponteng kelas tanpa sebab.

.: Kak su dan Kak gee :.
Marvelous akak dua orang nie.....result exam deme ni kompem kawkaw punya setiap semester. Akak dua orang nie start join group ngan kitaorang dari semester lepas lagi. Kiranya baru jugaklah kan...Welcome...welcome to our group sis...

Mr Abraham, lectuter kami untuk subjek kajian berasaskan sekolah 1, sedang semak ringkasan cadangan student yang perlu di hantar ke EPRD. Bagus gak Mr Abraham ni, mintak2 tutor penyelia nanti pun dapat ngan Mr Abraham juga lah. Kat gambar tu, Mr Abraham sedang semak ringkasan Kak Nora, my other sis...good luck sis..

Kelas hari tu habis 2.30 tapi oleh kerana aku and elys nak sangat ringkasan kitaorang di semak lewat2 (konon tunggu orang lain beredar la dulu....) last2 kami settle kul 3.00 ptg. Huhuhuhu sian ka sazila tunggu aku kat cafe.

La ni study plak untuk final exam. Aljabar kat Uniten-28/11/08 dan Calculus kat UM-4/12/08. Wish me luck kay.

..



Guru Besar SKTP, bersara lagi!

Selepas berkhidmat selama lebih kurang 11 bulan di SKTP, Guru Besar kami iaitu En. Sabtu b. Sujak akan bersara pula.....tahun sudah kami warga SKTP meraikan hari persaraan mantan GB SKTP, En. Mohd Azman b. Rashid. Pada tahun ini En. Sabtu pulak....dua tahun berturut2 tu. Persiapan nak mencari dana untuk menjayakan pelbagai majlis fuhh...berpeluh jugak la Kelab Guru. Sudah suratan...hehehehhe. Majlis di adakan pada hari terakhir persekolahan iaitu pada 14 November 2008. Tengok je la gambar2 ni ek....


.: kamilah Jurufoto ..heheheh cikgu anis dan cikgu lela :.


.: Meja pendaftaran :.
.: Hadiah daripada rakan-rakan Guru Besar :.

.: untuk warga SKTP :.

"Rasanya kaya dah kedai yang jual paper bag tu....tahun ni saja dah hampir 5-6 kot paper bag yang warga SKTP ada...cube korang kira korang ada berapa dah paper bag tu?...hehehe"
100 keping untuk setiap function.kira...kira...

.: Kumpulan Kebudayaan SKTP :.
Persembahan yang cukup mantap, u all boleh tgk persembahan diaorang kat dalam post cunnya anak2 ini . Ha, inilah dia kumpulan yang menjadi kebanggaan kami di SKTP dan sekaligus daerah Klang. Dah merata jugalah budak2 ni buat persembahan, sampai ke Turki, sampai ke Taiwan.


.: Orang teknikal :.
Kalau tak ada dua cikgu ni, ntahla apa jadi ngan PA System..ehehehehe TQ wan TQ ajak.
.: Rakan GB , antara yang hadir :.

.: Perarakan bermula :.

.: Murid dan guru ikut giliran bersalam dan ucap selamat bersara :.

. : Di rumah GB di Kg. Sg. Kembong, Pulau Indah :.

Lastly, tiga buah kereta menghantar En. Sabtu sampai ke rumah beliau di Pulau Indah. Tiga-tiga kenderaan penuh dengan hadiah dan cenderamata. Hehehehe macam nak pindah rumah. GB boleh buat satu sudut/ruang baru yang khas untuk letak semua hadiah tu. Leh buat Galeri dah. En. Sabtu.....selamat bersara dan berehat. Hheheheh GB ngan aku ni selalu jumpa trade mark dia mudah jer....."Waras?" kuikui. Beliau selalu komplain....ape lah kau ni , anak jawa tapi tak tahu cakap jawa.....hehehe aku jawab, gen melayunya lebih dari gen jawa...yang penting saya faham cikgu....kuikuikui. Siap pesan, kalau balik kg tu....kot terjumpa tegur2 la , tak pun singgah2 la.....actually, satu kampung ngan kampung ayah aku GB nie.....ngan kaum kerabat aku semua dia kenal, specially ngan pak su aku....En. Jajuli. :-P


.



Sekitar Hari Kecemerlangan SKTP 2008

.: My student, Afzatul.....1st dalam tahun 2 :.

.: Murid pra...siap jubah tu.. :.

.: Yang di hormati, Tuan Guru Besar SKTP- En. Mohd Sabtu b. Sujak :.


.: GB bersama YDP PIBG, Tuan Syed :.



.: Ibu Bapa yang hadir :.


.: Bersama2 meraikan kejayaan anak :.

Hari Kecemerlangan dan penyampaian hadiah, 12 November 2008
Tahniah kepada semua yang berjaya
dan
terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis.
.




15 November 2008

Hooreeyy.....Cuti Sekolah!

Hari ini, cuti sekolah sudah bermula. Anak murid dan guru sama riangnya....ye ke? Bergantung kepada individu. Tapi, yang pasti tiada orang yang tidak suka cuti kan? Termasuklah aku ni ha. Dulu memang tak suka cuti, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini selalu pula merasakan cuti tu tak cukup. Hehehehe adakah kerana walau cuti pun masih ada kerja2 sekolah yang perlu disediakan untuk keperluan tahun depan pula. Get ready....
Keduanya, untuk guru-guru yang menyambung pelajaran, masa inilah masing-masing sibuk menghadiri kelas di pusat pengajian masing-masing, get ready untuk exam pulak. Anak murid dah selesai, guru pula exam. Diwaktu begini, guru yang seorang pelajar, sepenuhnya pelajar, yang di rumah, sepenuhnya suri rumah tangga. Tugas beralih kepada pelajaran dan keluarga. Kepada Ibu bapa pula, cuti-cuti sekolah begini mereka mengambil alih tugas guru , mengajar dan mendidik anak-anak sendiri.

Ada beberapa perancangan yang telah dirancang. Niat di hati nak pergi berjumpa rakan2 yang dah lama tak jumpa dan keluar bersama. Ini lah masanya. Niat di hati nak bercuti rehat dan bersantai-santai meredakan kekusutan , inilah juga masanya. Tak semua perancangan akan menjadi, menjadi anak tunggal seperti aku, perlu memikirkan bapa tunggal yang akan ditinggalkan seketika jika mahu juga meneruskan perancangan. Ajak bersama bercuti, tidak mahu pula. Jika kesihatannya tiada menjadi penghalang maka perancangan akan berjalan seperti yang harapkan. Tetapi jika kesihatannya tidak mengizinkan aku untuk meninggalkannya walau untuk sehari dua, terpaksalah aku bercuti di rumah sahaja.

Hahahahha di rumah? Aduhai...peninglah kepalaku, bingitla telingaku jika anak-anak jiran ku menghabiskan cuti mereka di sini. Mereka semua lasak2 belaka. Jika cuti-cuti yang lepas ada masanya mereka menghabiskan cuti di kampung bersama atok dan opah masing2. Cuti kali ini, entah aku tidak tahu. Semoga aku ayah sihat dan aku dapat melaksanakan perancangan aku. Aku dah terlalu letih fizikal dan mental. I really need a rest for my self from everything....pleaseeeeeeeee.

.

14 November 2008

Cunnya anak2 ini...


Persembahan dari kumpulan kebudayaan SKTP ketika majlis persaraan GB kat sekolah. Hehehe mentang-mentanglah GB yang nak bersara ketika ini orang jawa, tariannya tarian jawa....makan cikgu2 hari tu pun...mee jawa.....prihatin sungguh! kuikukuikuikui

12 November 2008

Lagi wajah2 hipokritku......


wif ustazah puteri a.k.a put , wif cikgu zamani a.k.a che' ani

Me,me...and me

Uikssss.....tajuk...hipokrit..tapi bukan wajah-wajah sahabat-sahabatku itu ya. Wajah hipokrit yang aku maksudkan adalah wajah aku sendiri. But anyway, aku sedang cuba menghadapi kenyataan . sedang belajar mengharungi kepayahan, ada pelbagai jenis kepayahan kan kat dunia ni....dan salah satunya sedang Allah berikan kepada aku. Doa u all agar aku menjadi tabah amat diharapkan. Amin.

Wajah penghujung 2008

Inilah wajah terkini, wajah di penghujung tahun 2008. Bibir terukir senyum, hati yang menangis siapakah yang tahu? Tahun penuh kedukaan ku akhiri dengan senyuman dalam keterpaksaan.
Tahun demi tahun..masa terus berlalu. Tahun ini lagi pengalaman ditempuhi. Giliran pengalaman pahit singgah dalam hidup aku. Pengalaman yang paling menusuk kalbu. Sakitnya hanya Allah yang tahu, hanya sahabat sejati yang mengerti, dan hanya insan-insan itu yang memahami setiap patah kata. Itu pun kalau insan-insan itu ada hati dan perasaan yang masih elok berfungsi.

Aku berserah pada yang maha kuasa. Kalau apa yang terjadi itu sememangnya baik untukku, semoga aku dibukakan hati untuk menerimanya dengan redha,semoga dibukakan hati ini untuk menjadi manusia yang pemaaf, semoga dibukakan hati ini untuk sentiasa ceria dan tabah. Hanya Allah yang mengerti apakah nilainya setiap titik air mata yang menitis, dan hanya Allah yang mengetahui apakah hasilnya setiap titisan yang jatuh ke bumi. Setiap apapun siapalah aku untuk memberikan pembalasan....aku serahkan pada-Nya.

Apa yang aku pohon sekarang hanyalah ketabahan untuk aku, kesabaran untuk aku, kekuatan untuk aku, kebahagiaan yang berlipat ganda untuk aku, dan semoga aku tidak dipertemukan lagi dengan insan-insan itu. Kerana aku sedar aku hanya insan biasa yang lemah dan tidak sempurna.

.

11 November 2008

Sekitar Jamuan Akhir Tahun 2008



Kanak-kanak Riang, Cikgu...?



SPBT

Buku-buku pinjaman tahun 2008 siap dikumpul dan diikat untuk di serahkan kepada murid tahun 2 sesi 2009. Buku aktiviti dihantar ke bilik pelupusan. Fuhh selesai dah tugas ini pada minggu lepas...lega satu perkara nie...
.

07 November 2008

Penat...Letih....


Seminggu ini Ya Allah....berlambak2 kerja yang perlu diselesaikan. Sebelum cuti panjang bermula, tiap2 tahun pun sama la. Buku pinjaman dah dikutip dan untuk tahun depan dah selesai diberi. Cuma ada seorang anak murid aku tak mai dah sekolah.....huhuhuhu . Pembahagian murid untuk ke kelas tahun hadapan pun dah selesai, tapi atas kertas aje lah. Anak-murid aku happy semuanya, maklumlah diaorang kekal duduk di kelas pertama dalam aliran. Cuma ada 3 orang sahaja yang turun kelas....tu la asyik main je....kan...dah...

Dah tiga hari aku lepak kat sekolah dari awal pagi....buat kerja time xde kelas ni senang sikit. Takdelah sibuk nak jaga kelas lagi. Tapi petang time wajib bertugas aku pun, penat gak....kejap kat kelas, dah la kelas kat makmal ICT..nun dekat ngan padang sekolah....kejap kang terkedek2 pula ke bilik SPBT...nun kat hujung blok tingkat 1 . Ada time plak check fail kat bilik aku la....galeri wawasan. Time rehat kalau x ke kantin barulah lepaskan lelah kat bilik guru. Lenguh kaki...tu yang rasa nak bersandal, berselipar jer tuh....

Semalam, bz pulak dengan kanak-kanak riang sedunia...Sambutan Hari Kanak2 peringkat sekolah. Ya ampun.....bingitnya, pusing kepala masa nak mengatur deme kat dewan terbuka tu....deme dah seronok sakan. Macam2 persembahan ada....yelah hari mereka kan....mereka diraikan...ada nyanyian, ada nasyid, ada pantun, syair...lawak jenaka pun ada. Kiranya anak-anak zaman sekarang ni dah memang bijak dan berani. Seronok pulanya melihat gelagat diaorang ni.Seronok lagi setiap orang dapat 2 biji kek comel...ngan air mineral. Acara bermula selepas rehat sehingga waktu balik.

Time2 cam ni cikgu2 tahun 1 dok bz men'streaming' kan murid. Cikgu2 tahun 2 dok bz...cari kotak nak letak fail murid. Cikgu2 tahun 3....ntah aku tak perasan pulak. Tu la aktiviti siang hari aku dari pagi sampai ke petang. Malam, baru la ada sikit masa buat assignment. Malam tadi dok punya leka....siap jugak assignment Maths aku...sedor2 dah kul 2 pagi dah. Fuhhhh pagi ni mata aku rasa nak tertutup2 je. Ada satu lagi tak siap...proposal. Nasib baik lecturer bagi kat aku tempoh seminggu lagi untuk siapkan. Tapi aku nak cuba siapkan minggu ni jugak.hehehehhe (kalau larat dek badan n pala otak la).

Pagi tadi memang pas subuh aku bum semula....tapi tido2 ayam jer...xleh tido nyenyak, Dalam kepala ni macam2 keje lagi belum siap.camne nak nyenyak. Appoinment aku ngan Susan kat SJ pun aku cancel. Postpone 2 minggu lagi la. La ni memang bzzzzzzz sesangat. Petang ni nanti ada makan free, ada jamuan pengawas...semua guru dijemput. Sabtu...makan lagi, jamuan hi-tea plak kat Quality Hotel Shah Alam. Ahad....ada kelas OUM. kompem x tumpu perhatian dah...rasa macam penat giler. Isnin...meeting kelab guru . Selasa....latihan hari kecemerlangan + jamuan kelas.....aduh...x pikir lagi nak handle jamuan kelas ni. Aku rasa tak larat nak buat...belikan deme jajan2 bungkus siap2 bagi sorang satu..dah la kot. Rabu....Hari Kecemerlangan berlangsung.....Khamis Jumaat: program bersama GB yang nak bersara dan aktiviti membersih2kan lah apa2 yang patut sebelum tutup tirai persekolahan 2008....

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR!!!!

.