05 Mei 2009

Kesempatan itu masih ada

"Jangan katakan telah hilang segala kesempatan, kerana setiap orang yang berjalan pasti akan sampai ke tujuan"

Membaca petikan tersebut membuatkan kita berfikir kembali. Walau pelbagai halangan dihadapi, walau berulangkali telah kita jatuh....teruskan bangkit kembali. Ya bangkit...bangkit...dan terus bangkit....bermohon kepadaNya. Teruskan langkahmu wahai seorang insan biasa.

Hidup kita pasti ada tujuannya. Serlahkan tujuan hidupmu dan akan terlihat jalan mana yang perlu dilalui. Terus berjalan, walaupun perlu meredah onak duri, merentas lautan gelora, kerana di hujungnya ada tujuanmu. Di situ tujuanmu.

Bekalkan perjalanan itu dengan tekad dan semangat dan berserahlah selebihnya kepada yang Kuasa! Ingat insan kita masih punya kesempatan menggapai bintang bulan di atas sana...kita masih punya kesempatan memiliki sinar cahaya indah gemerlapan...Ya...kita masih punya kesempatan. Dan kesempatan itu sentiasa ada kerana pilihannya terletak di tanganmu insan...

Saya ke darat ke rumah Zaharah,
Mari mengambil buah keranji;
Biar ku mati bertumpah darah,
Namun menyerah tidak sekali.

2 ulasan:

Unknown berkata...

dan satu lagi
hidup ini kita yang pilih.
jadi jangan ada keluh kesah seterusnya....
kerana kita yang memilih - keharusanya kita sama2 bertangungjawab dengan apa yg kita pilih....

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo...rasanya sebagai manusia kita takkan terlepas berkeluh kesah..
cumanya, kita berharap keluh kesah itu tidak berpanjangan sehingga memberi impak negatif dalam kehidupan.