13 Mei 2009

Bahasa Cermin Peribadi

Hari ini...setelah sekian lamanya bertangguh. Aku pergi masuk bangunan ini yang terletak di bandar Klang.

Melulu..memang aku silap. Aku mengaku.
"kalau pergi pejabat pendaftaran pun...mesti ke kaunter depan kan? mana ade orang terus pergi kaunter tepi...? macam mana ni?

Aku hanya mampu senyum...ops...okay, maaf.
"saya nak tukar kad Atm.."
" Isi borang ini dulu...", sambil satu borang kosong dihulur pada aku.

"Sesudah isi ni saya perlu ke mana? Bawa ke kaunter ini semula ke?"
"Kalau isi borang tu...dah kompem betul isinya ker?"
Uiks...aku dapat soalan cepu mas sungguh. Bunyi bahasa yang menyindir....(pada aku ler)

"Erm...ok...ok..." aku segera jawab masih lagi dengan senyuman. entri lepas2 aku ada cerita tentang jenis-jenis senyuman kan? Hah...aku tak nampak senyuman jenis mana yang aku hidangkan pada orang yang menjaga kaunter paling hadapan itu....!

Nak kata orang muda...rasanya dah tak muda. Kerana orang itu sebaya pakcik2 aku mungkin...kerana itu aku teruskan senyum sahaja tanpa aku pasti senyuman jenis apa.
Nak kata stress sebab pelanggan ramai ke....setahu aku...akulah pelanggan yang pertama pagi itu. Sah...waktu berurusan aku dapat no.1.

Kenapa agaknya layanan sinis begitu rupa? Tahulah pelanggan mereka dah beribu malah mungkin mencecah ratusan ribu. Maka aku yang hadir pagi itu yang sesempoi mungkin. Hanya berseluar jeans dan berbaju t-shirt. Tudung berselempang simple serta tanpa sebarang alat make up di wajah....Maka aku hanyalah pelanggan pinggiran! Ceh .....dia tak tahu separuh gaji aku tiap bulan orang2 di dalam bangunan tu potong!

Aku tak pasti ....satu pesanan yang selalu diingatkan pada aku...KITA BERSANGKA BAIK sahaja. Tapi lepas ni kalau orang yang itu yang berada di kaunter itu...aku sanggup tidak berurusan di situ. Cari hari lain je. kalau boleh berurusan di cawangan yang lain...aku takkan ke situ dah...!

Kalau kita rasa kita dah pandai. kenapa mesti kita rasa orang lain pun sama pandainya dengan kita? mungkin juga orang itu sedikit kekurangan...mungkin juga dia sebenarnya lebih baik dari kita. Setiap dari kita adalah berbeza walaupun dihujungnya mungkin serupa.

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

mesti senyum kelat tu!!!!!

sue-ab berkata...

senyuman simetri tau tak? 2cm ke kiri 2 cm kekanan mesti lengkung ke atas...jgn ke bawah..

~Insan Biasa~ berkata...

apapun...maintain senyummmmmmmmmmmmmm.

eeeda berkata...

Aku pun biasa kena mcm tu...sebab aku pun mcm ko jenis sempoi...tak berduit berurusan....layanan pun dikurangkan....

~Insan Biasa~ berkata...

simpul pendek kata-gred A belum tentu cemerlang

pusat berkata...

sebab pakai tu ler anis oiii... hehehe

pusat kalau nak berurusan di kaunter memang berpakaian smart.... diorg akan pandang kita mendongak.. kalau pakai simple diorg pandang kita kebawah... erti kata lain diorg tak pandang langsung kita... pengalaman pusat juga

aritu pusat g ke sebuah bank terkenal di malaysia untuk berurusan kuar duit.... memula g kaunter.... konon nak bertanya... dah kaunter pertanyaan takde org.... tp pusat kena sergah sebab tak ambil nombor... bukan takmo ambil... pusat nyer kes spesel skit... tp takpe la... daripada kena sergah lg... lgpun pusat berpakaian t-shirt gamba penyu dan seluo jean lusuh berselipar....

tengah dok menunggu giliran pusat di sapa oleh pengurus bank... langsung di panggilnye pusat masuk dalam bilik dia... kerani kaunter tu mcm terkejut... pastu pulak pengurus suruh dia masuk dalam bilik.... dia suruh uruskan pengeluaran duit pusat (duit company je heheeh).... rm70ribu tu... terbeliak mata dia...

jgn la menilai org dari pakaian.... jaga la kaunter tu tanpa sebarang diskriminasi... malu la kat org kampung...