17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

atas : kad raya daripada MaizaC'Joe-terima kasih

Kepada semua pengunjung Tinta Semalam,
diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Aidilfitri ini
adalah yang terindah buat anda semua.
Semoga Aidilfitri ini
akan mengerat hubungan sesama kita.
Semoga Aidilfitri ini
membuka satu lagi hubungan baru buat kita semua.
Mudah-mudahan.

Di kesempatan ini,
Kususun sepuluh jari,
Kutitip kata-kata hati,
Mohon ampun dan maaf

Sekiranya ada...

Tersilap kata
Yang memedih telinga

Tersalah bahasa
Yang menghiris jiwa

Terlanjur bicara
Yang mengundang rajuk rasa

Buat teman-teman semua
Di alam maya juga alam nyata
Dariku si ~insan biasa~

Ku mohon ribuan juga mungkin jutaan kemaafan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
2009

7 ulasan:

Unknown berkata...

wak - secara peribadinya - mungkin ada ter'rajuk ' disana dan disini.......
minta maaf zahir dah batin.
tahun ni tak join baraan ke.....
bestnya nostalgia tu...

ONE ZABA berkata...

sobb....sobbb....sobbbb (sedih ni) .... selamat hari raya anis .... sobbb ... usah bersedih tau raya nanti. kalau nak bersedih pong tunggu raya ke-3 ha. mintak ampun dan maaf la kalau selama ini ada terkasar @ terbabas @ terpeleot @ terlucu bahasa dan tersalah pantun. kalau pegi rumah cikgu eeda kat damak jerantut tu, singgah la rumah kami sama.

imannuha berkata...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,SEMOGA BERBAHAGIA SENTIASA.......

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo...nak baraan...
jom balik pulau...

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...hehe dah bertahun saya tak pegi damak tu...
insya'allah..

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kak imann...selamat hari raya maaf zahir batin..sesama la kita erk..

kin hashim berkata...

Salam kemaafan drp kami sekeluarga. Jemput singgah umah ye anis, ambik kad raya :).