13 Februari 2009

Tujuh muslihat Lelaki

Menurut Gary Jackson, di dalam buku MARAH-MARAH SAYANG...ada ketika lelaki akan bertindak secara perlahan-lahan mengikut langkah-langkah yang mereka rasakan betul.

Pada ketika tertentu terutama jika hubungan sudah semakin genting mungkin lelaki akan membuat satu atau dua tindakan sahaja yang membawa ISYARAT hubungan musnah kepada perempuan.

Dan pada perempuan,satu atau dua tindakan yang dilakukan, ia cukup sebagai hukuman pancung bagi percintaan yang sudah terjalin sekian lama.

Satu...Komitmen sifar.
Waktu gila bayang, lelaki sanggup lakukan apa saja...walaupun permintaan yang tidak masuk akal. Tetapi jika hati sudah tawar,dia akan membuat gadis tertunggu-tunggu pada setiap kali janji temu.Sengaja membakar kesabaran. atau membatalkan pertemuan di saat akhir tanpa rasa bersalah, tanpa minta maaf. Seandai begini caranya nampak benar si lelaki sengaja memberi komitmen sifar. Petanda dia dah tak kuasa!
( ermmm...macam dah pernah jadi kat aku je nie....)

Dua....Muka macam ayam sakit.
Sebelum2 ni banyak gurauan,senyuman. La ni, kalau senyum macam dibuat2...atau lelaki akan beberapa kali menguap macamlah sudah mengantuk sangat. Isyarat hubungan hampir-hampir berakhir. Kaedah tunjuk muka sakit antara cara paling berhemah yang lelaki boleh lakukan untuk memutuskan hubungan. Kalau si gadis masih tak paham, lelaki akan melakukan cara lebih drastik seperti langkah tiga.
( ooooooo...patutlah muka monyok je. Mati2 ingatkan dia penat!)

Tiga....Kasih berkurang.
Kasih bersemi, makan pun nak sama2 tunggu si gadis. Hanya akan makan jika ditemani si gadis.Kasih menjauh, dah tahu si gadis mc tiga hari x bangun kerana demam pun, dia boleh buat2 tak tahu aja. Alasan, balik kampung dan kemudiannya terpaksa bekerja luar daerah. Jika dulu ke mana pergi pun si gadislah orang pertama diberitahu, tetapi sekarang tidak lagi. Malah mungkin si gadis hanya tahu setelah dia kembali! Maksud yang ingin disampaikan lelaki, faham-faham sendirilah!
( huhuhuhu....dah kena batang hidung, baru aku paham!)

Empat....Tiba-tiba pelupa.
Mekarnya cinta....setiap birthday, dialah yang pertama wish. Apa-apa perancangan dia juga lah tukang mengingatkan. Cinta layu....ada saja alasannya..sibuklah, tak sempat belilah, beli hadiah membazirlah. Eh, ye ke? lupa lah.....lelaki akan buat-buat lupa. Seribu satu alasan diberikan untuk memberi ISYARAT YANG SANGAT KERAS kepada gadis bahawa dia sudah bosan sebenarnya.
( nak nangis rasa bila dia cuma memberi alasan, terlupa!)

Lima....Takut berkahwin.
Inilah antara alasan si dia yang amat mengejutkan gadis. Sebelum ini beberapa kali lelaki memberi bayangan membina kehidupan berkeluarga bersama.Pernah bertanya berapa agak2 wang hantaran perlu disediakan. Dan amat membingungkan gadis, tiba-tiba lelaki seperti berdolak dalih. Apabila ditanya secara berdepan2, dengan selamba menjawab, dia sebenarnya tidak bersedia lagi. Konon2nya belum puas menikmati zaman solonya.
( aku- wawaaaaarrggh...awal tahun aku tanya dia, tau2 hujung tahun dah tunang ngan org lain!)

Enam....Asyik membangkang.
Segala-gala yang dibuat oleh gadis akan dibangkang oleh lelaki. Sesungguhnya, segala kasih sayang telah hilang. Segala kemanjaan yang dahulu dilihat terpancar pada wajah gadis berubah kebencian di mata lelaki. Hubungan yang retak hanya menunggu masa untuk lebur!
(ishhhh....aku semakin faham. Sekarang, dah lebur!)

Tujuh....Tubuh bagai berkata.
Kata orang kalau kita sayang seseorang akan terserlah pada wajah dan tindak tanduk. Semua tampak jernih dan bercahaya. Begitu jugalah sebaliknya. Biarpun bibir tidak melafazkannya, namun gerak geri kita tidak mampu membohongi orang yang memandang.Mata memandang sekilas. Berbicara boleh dibilang perkataan yang terzahir. Nampak tidak selesa dan risau. Bersembang tergagap-gagap.Suara mendatar.
(terimbas kat minda aku.....kak sazila pernah kata kat aku..."betullah, dulu akak tengok muka dia lain, apesal tadi muka dia macam tak bermaya je...?" sob sob sob....orang yang bukan awek dia pun leh perasan! )

Memanglah orang kata breaking up is hard to do! Lelaki adakalanya terlalu berdolak dalih. Apabila ditanya apakah mereka benar2 mahukan perpisahan itu, mereka katakan ia bukan kehendak dirinya! Cakap belit2 dan masalah yang satu tetap tidak selesai! Sebenarnya berterus terang dan memberitahu secara jujur adalah jalan penyelesaian yang terbaik.Biarpun pahit, namun ia lebih bagus daripada dua hati terus tersiksa.
(aku kata, lelaki sengaja begitu supaya perempuan akan berkeputusan memutuskan hubungan ....so kelak dia boleh kata "bukan abg yang putuskan hubungan tu....")

Tujuh fasa yang aku dah lalui...pergghhh pengalaman. Dan kini ia menjadi pengajaran dalam hidup. Untuk hidup seterusnya, kalau dah nampak fasa satu. Aku dah boleh siap2kan diri. Supaya tak perlu melalui fasa-fasa yang seterusnya!
Kepada yang sedang berkasih sayang....semoga kasih sayang itu sentiasa hangat , mekar dan sentiasa wangi walaupun ada-ada masanya ditiup angin kencang!

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Cantik tidak setara mana,
Kasih tersangkut di dalam hati.

11 ulasan:

pusat berkata...

110% btoi....

sbab tu kalau ada lelaki nak sesuatu jgn mudah diberi.... terutama maruah diri.. kedua duit.... kalau si lelaki tu dah dpt benda2 tu lebih tepat dah puas dapat bende2 tu.. pompuan tu akan dikira basi.... leh cari pompuan lain....

ops... bukan semua lelaki camtu ek... sekadar berkongsi jer....

ONE ZABA berkata...

Bukan batik sebarang batik,
Batik dipakai buat mandian,
Bukan cantik sebarang cantik,
Cantik dihati jadi igauan.

Tanpa Nama berkata...

Alahai Anis. Kesian kalau mcm tu.

kalau nak cerita bab ni, mmg tak kan abis....

Senang crita, mcm ni lah....Dia bukan tuk awak,

Jangan fikir dia tinggalkan awak. Tapi...cuba fikir, kalau awak bersamanya, apa yg akan jadi??!!

Tak bahagia, merana, sakit jiwa, sengsara, semua ada.

Pendekata, kalau dah terikat lagilah......tak ada pilihan dan susah untuk berpatah balik.

Ada jodoh yg lebih baik sedia menanti tuk awak. Kena bersabar. Masa nya pasti tiba juga.

Sntiasa berdoa dan terus berdoa utk yg terbaik buat diri anda.

Salam sayang dari akak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada apa2 yg nak dikongsi, akak sntiasa ada untuk anda...

Unknown berkata...

aduh macam terkena batang hidung...

semua yg cgu tulis itu betul bukan sekadar pada situasi cgu tapi itulah lelaki yang sepatutnya kita semua tahu - secara akademiknya ada beberapa buah buku yang ditulis pada tajuk berkenaan.

semalam - petang saya beli sebuah buku sejarah lelaki....

kerana saya lelaki.

Tanpa Nama berkata...

tepat sekali tu nis... sy dah lama lalui benda2 tu, dah phm sgt kerenah lelaki... bila ditanye dia akan kata dia ttp mcm dulu tk berubah ape2 pun, tp dr perbuatan dh boleh baca dh yg sememangnya dia dh tk perlukan kita lg. senang ckp, dia dh ada pengganti...

sbb tu bnyk sgt alasan dia bg.. kalau dlu dia boleh luangkan masa utk kita tp skrg hampehhh... alasannya sibuk... tp untuk 'orang tu' banyak pulak masa dia boleh luangkan... dah la, toksah la kita buang masa utk org2 mcm ni.

~Insan Biasa~ berkata...

to pusat :

erm, bukan semua tapi majoritinya begitu...
itulah hakikat yang perlu kita terima di zaman ini.

~Insan Biasa~ berkata...

to one z..
ekekek betul kata tu, lantaklah kot orang kata tak cantik. janji kita tengok cantik ...x sakit hati udah la. cantik2 jugak jgn sampai makan dalam haaaa...

~Insan Biasa~ berkata...

to arryani:
terima kasih nasihat tu kak..
betul juga, kalau saya terus dengan dia, rasanya kepercayaan tu susah sikit nak ade dalam jiwa..
bila kepercayaan takde macam2 lagi boleh jadi kan? betul tak ?

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo:
erm, macam tu la gamaknya wak...
saya dah kena...wak pun dah lalu..
sama2 ambil iktibar.

~Insan Biasa~ berkata...

to tanpa nama:
lelaki- banyak lagi tindakan lelaki yang kita perlu pelajari, faham dan tahu.
eeee simpang malaikat 44 ...minta di jauhkan segala yang tak baik.
lelaki-kerna nila setitik rosak susu sebelanga- bukan semua macamtu. Ada juga yg betul2 jadi pelindung.satu dalam seribu. susah nak jumpa.