cari id yes guru sktp

04 April 2009

Phew!!

Phew!!.....betapa lapangnya kepalaku. Dua paper dah selamat dah. Ada satu je lagi paper...Numerical Method. Adeh....paper ni pun maut gak nak study nih. Sehebat basic mechanics gak nih. Dua paper yang dah berlalu tu....naluri aku mengatakan jauh je nak skor A's...Heheheh. But at least D's takde dalam list la! Maut tul pala otak aku masa dalam dewan pekse tadi. Aku dah baca, aku dah tulis note...awatlah aku leh lupa.....lupa sangat2. Padahal baru beberapa jam sebelum masuk dewan tu aku dah baca! Aduh terkilan jugaklah...walaupun markahnya cuma 4 markah, tapi penting markah tu untuk aku yang banyak jawapan aku tak 'konpiden' menjawabnya. Huhuhuhuhu.....Sib bek assignment all A's....Phewww again!! Memang maut tul subjek-subjek di hujung pengajian nih. Pada mereka-mereka yang baru nak memulakan/melangkah ke dunia PJJ nie...aku nasihatkan uuuooollllls semua skorlah gila2 punya skor di tahun2 awal pengajian. Kalau tak memang perit nak kekalkan CGPA korang nanti. Ya...aku sedang dalam keperitan itu sekarang. Heheheh tapi masih slamber. masih nak tgk tv, masih nak berblog, masih beraktiviti di hujung minggu walau dalam keperitan. Jangan tiru AMALAN ini yeahhh.

Wokey geng..aku ada satu modul lagi nak kena ulang selak (hehehe) untuk paper terakhir sem Januari nih....sempatlah kot...pekse minggu depan. More to selak2 note yang lecturer aku bagi je ha....Kepada yang sedang dan akan menduduki Final Exam, sapa? geng2 blogger yang buat PJJ, geng2 SKTP dan tak ketinggalan untuk anak-anak SKTP yang akan menjalani Ujian Prestasi 2 minggu depan, selamat untuk kamu semua.

Sesama la kita. Cikgu pekse, anak murid pun pekse. Asah otak...asah jangan tak asah! Good Luck!

kira satu dua tiga
empat lima dan enam
berusaha kita sama-sama
kejayaan kita genggam

3 ulasan:

Tirana berkata...

Good luck...jawab soalan elok-elok..hehehe..

ONE ZABA berkata...

makan roti sapu kaya,
roti dimakan pagi selasa;
kita ucapkan selamat berjaya,
buat mereka yang ambik periksa.

jangan meniru haaa!!!!

kakyong berkata...

Adusss....Anis kena peksa ye? Akak lak nak kena viva nih..kajian kes kena bentang lusa...uwaaa...