07 April 2009

Di mana aku?

Terimbas sekali sekali kat dalam minda. Dimana aku? Dan bagaimana aku esok hari? Esok hari apabila aku dah jauh dari dia, dia, dia, dia, dan dia juga mereka. Esok hari apabila aku meninggal dia dan mereka. Esok-esok hari apabila aku meninggalkan dunia mungkin! Siapa dia? Siapa mereka? Itu mungkin sesiapa sahaja.

-Dia-
seorang Ayah
seorang Adik
seorang Kakak
seorang Abang
seorang kawan
seorang Sahabat
seorang Makcik
seorang Pakcik
seorang lawan
dan yang selayaknya
kita gelar
dia

-Mereka-
saudara mara
sahabat handai
jiran
rakan kerja
anak-anak murid
guru-guru
dan yang selayaknya
kita gelar
mereka-mereka

Aku pernah mempunyai teman sebilik, seasrama....setelah 10 tahun kami membawa haluan masing-masing. Agaknya apakah yang membuatkan dia ingat pada aku?

Aku pernah mempunyai sahabat baik, saling berkongsi segala suka duka. Kini aku di barat , dia di selatan. Apakah kenangan yang masih bersama memorinya tentang aku?

Aku pernah mempunyai seorang lawan. Bagaimanakah agaknya dia mengingati tentang aku kini?

Aku masih punya orang-orang yang masih berada di sisi aku. Dulu juga kini. Agaknya bagaimanakah ingatan orang-orang itu pada aku apabila tiba saat berlaku perpisahan itu kelak?

Hahahah yang pasti....di OUM....oh....dialah yang daftarkan kami/aku setiap kali semester baru.
Heheheh yang mungkin....di SKTP.....oh.....bab nak buka peti besi tu kena tanya dia.Abakus...dulu ada dia, sekarang..... agaknya lah!

Di rumah....? sebagai anak....andai ditakdir aku yang pergi dulu. Anak yang bagaimanakah akan aku diingati?
Sebagai seorang kawan.....? Kawan yang bagaimana aku ini?
Sebagai seorang guru.....? Cikgu yang macam mana? Diingati atau dilupai?

Bagaimana kita esok hari....ceritanya akan bermula pada apa yang kita lakukan pada hari ini.
Dan terserahlah pada diri kita agar pemergian kita kelak akan diingati bagaimana. Secara positif atau negatif. Atau kedua-duanya sekali. Pasti akan ada pemberatan kepada salah satunya kan?
Aku ingin diingati sehingga terbit senyuman di bibir dia/mereka tatkala dia/mereka mengingati. Sehingga muncul rindu di hati dia/mereka kepada aku.

Oh...tuhan, sekali lagi aku perlu menghadapi ujianmu dengan kudrat perempuanku ....sendirian. Berikan hatiku untuk terus berbakti kepadanya tanpa jemu. Berikan semangatku untuk kekal kuat di sisinya.

Hermmmm.....RAHSIA ALLAH!

1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

usah berduka anis....