cari id yes guru sktp

08 April 2009

Sadness

Bercerita tentang keadilan

tidak menyayangi....tetapi ingin disayangi
tidak mengasihi ....tetapi ingin dikasihi
tidak mengunjungi....tetapi ingin dikunjungi

aku
yang tiada sesiapa
mahu di kiri atau di kanan

aku
yang selalu bersendiri
dalam apa jua keadaan

aku
yang selalu jadi perhatian
sedikit kealpaan aku disalahkan

apalah sangat
kepada kudratku yang satu

di mana mereka
yang berada di kiri kananmu
aku yang satu ini
yang kau nampak salah laku?
aku yang sendiri ini
yang selalu kau cari-cari

keadilan
begitu samar dalam aku
ungkapanku satu
Rahsia Allah
Maka
Aku hanya berserah

4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

bercerita tentang keadilan.... keadilan menang di bukit selambau.

apa dah jadi anis.... sejak dua menjak ni crite bab sedih-sedih je. usah diikutkan hati nan lara tu. kelak merosakkan diri je. kuat kan semangat.

betul ke saya cakap ni!!!!!

arryani berkata...

Anis...

"Kalau nak hilangkan sedih, Jangan bandingkan diri kita dengan orang yg lebih baik nasibnya dari kita. Tapi cuba bandingkan dengan org yg lebih malang dari kita."

Kebahagiaan itu memang ada diciptakan utk setiap org, cuma mungkin ditangguhkan.

Jadi nantikan ia dengan sabar..Tak ada perkara yg lebih baik ketika ini selain dari bersabar dan reda.

~Insan Biasa~ berkata...

kak yan...tidaklah saya bersedih, cuma sedikit berkecil hati.

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one..terima kasih