cari id yes guru sktp

17 April 2009

Penat Letih

Masa untuk p&p semalam cuma 150 minit jer...5 waktu. Tapi entah kenapa letihnya ampun...malam tadi tidurnya lena sungguh.

Semalam
Bermesyuarat kelab guru 2jam lebih. Apa ke tak, mula 1230 tamatnya hampir 300 petang.
Heeehe maklumlah...Hari Ibu menghampiri, Hari Guru mendekati, Hari Bapa bakal menjelma.
Macam-macam dibincangkan.
Seronok....salah satu perbincangan Hari Keluarga. Aku mohon mudah-mudahan Hari Keluarga tahun ini menjadilah untuk kali yang pertamanya. Teringinnya nak merasai berkumpul tepi pantai ramai2 dengan semua ahli keluarga SKTP. Sungguh...teringin sungguh!

Semalam
Budak paling tip top keaktifannya, meleleh air mata. Pergghh hilang kemacho-an dia. Apa ke tak nya, habis semua colouring set dia berterabur atas bumbung pra sekolah. Hisshhh sape lah yang busuk hati tu ntah. Disebabkan 'set' tu la....aku gagahkan juga mengutip semua 'kaler2' yang berterabur tu. Tapi bukan aku ler yang kutip....hilang plak keayuan aku kang, berbaju kurung kepala badan terjulur keluar dari tingkap tingkat satu. Aku mintak tolong wak hamid (tukang kebun) pi amik kan. ekekekeke.Pas tu aku pesan kat budak2 tu "ermmm pasni tutup je tingkap tu...takyah bukak"

Semalam
Macam sikit je kerja, tapi penat letih.
Iskkk...apapun kerja kita tanggungjawab kita

Semalam
Tak bawa kamera, 2 Gigih pula dipecahkan . Beberapa murid 2 Gigih join 2 Hormat
Apabila Gigih dah join Hormat...Aduhaiiiiiii Hormat tu dah macam dapat multi-vitamin pulak!

4 ulasan:

kakyong berkata...

Adakalanya seronok layan kerenah anak-anak murid yang rencam. Akak dah masuk sekolah balik ni. Fuh...rasa berkobar2 nih. Maklum la...hampir setahun tinggalkan sekolah... Jumpa balik rakan2 lama dan anak2 murid kesayangan...rasa terharu pulak bila diraikan. huhuhu

arryani berkata...

Heheh. Buat lukisan atas bumbung ajelah...tak yah nak susahkan Pak cik tu nak amik colour tu...

arryani berkata...

Heheh. Buat lukisan atas bumbung ajelah...tak yah nak susahkan Pak cik tu nak amik colour tu...

ONE ZABA berkata...

ajak yan tu buat lukisan atas bumbung sekali.