07 Ogos 2015

Kisah Mia dan Jepun.

Wah...comelnya anak cikgu.
Amin....Alhamdulillah mudah-mudahan begitulah. (dalam hati kecil aku berkata-kata)

Cikgu....anak cikgu berapa?
Cuba awak tanya Mia?
Mia....mia ada abang tak?
Mia....mia ada kakak tak?
Adik?
Abang Mia darjah berapa?
Wei....Mia baru enam tahun! Mana dia tahu darjah-darjah ni.

Menderu-deru soalan.....Mia tersengih jer. Kah..kah...kah...

Ekekekek....( dalam hati kecil aku ketawa )

Cikgu...anak cikgu tiga! kan.....? kan....? kan....?
(Amin ...Alhamdulillah .Mudah-mudahan begitu)

Cikgu....anak cikgu panggil cikgu apa?
mama? mami? umi? ibu? mak?

Cuba awak tanya Mia?
Mia....mia panggil cikgu anisah apa?
Tadi Mia cakap...ibu la....
Arhhh bestnya .....mudah-mudahan begitulah. (dalam hati kecil aku berkata-kata)
Ibu tu panggilan untuk pengasuh adik-adik Mia ...hehehe

Cikgu.....Mia panggil cikgu apa?
Mak Teh....
Aik kenapa dia panggil Mak Teh?
Cuba awak tengok.....Mia putih melepak. Cikgu kan gelap sikit. Awak cuba fikir.
(ok soalan KBAT disitu)

Mati. Tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa Mia panggil cikgu Mak Teh.
Mia jadi popular kejap dalam kelas 2 Bijak.
Mia diam je.
Mia suara macam takde. dengar tak dengar je apabila menjawab soalan yang datang menderu-deru.
Mia kaku.

Walhal kalau kat rumah.
Mia becok.
Mia membebel macam orang tua kalau dia dah kemas, adik2 datang buat sepah.
Mia ketawa mengilai kalau terlebih senang hati.

Cuma kalau dia sedih kena marah. Nangis sedu-sedu ditahan tak bagi orang dengar dia nangis.

Rasa nak terkucil pula.
Alamak Jepun datang tetiba.
Hancur harapan.

Mia datang baring sebelah sambil mengeja.
Tak heran tv dan kartun.
Adik-adik tidur. Hemmm patutlah mengendeng kat Mak Teh.
Mia penakut. Aduiiii......Mak Teh takut Jepun. Jepun adalah penghapus target harapan.

Tiada ulasan: