Kenapa aku jadi macam tu? Mudah saja....nak pergi cuti-cuti Malaysia, ajak ayah ....ayah comfirm x nak ikut,meskipun ajak balik kampung kat Pulau Indah tu pun liatnya ayah setuju. Dia akan kata...."kau kalau kau nak balik ...kau balik la. Ayah tak nak. tapi jangan balik lama-lama ...ayah sorang kat rumah ni..." Aduhai......itu macam punya kata-kata agak-agak korang boleh ke aku nak cuti-cuti Malaysia luar dari kawasan Selangor atau ke tempat-tempat melangkau 2-3 buah negeri???
- ayah dan kucingnya yang bernama Nina (tapi dah mati dah)-
Hajat di hati, impian kalbu terpaksa aku tahan kan demi ayah tercinta. Tu la agaknya aku stress selalu. Kawan-kawan anak rantau pulak....time-time ni la diaorang balik kampung jumpa mak ayah masing-masing. Yang mana memang stay kat Klang ni...deme pulak pergi cuti-cuti Malaysia. Arrrrrrggghhhhhhhhhhhhh ......aku jugak terperap kat Klang yang dah makin sempit dan sesak nih!
Dua hari nie memang aku tak lekat kat rumah. Dok melayan memenuhi jemputan walimatul urus kengkawan. Hari Sabtu semalam, Cikgu Asiah terima menantu. Majlis kat Kampung Delek je....dan Mak Ton, jiran sebelah rumah aku pun....terima menantu jugak. Balik jemputan...aku g Subang Jaya ngan Emmy pulak. Sekitar jam 4.30 petang baru ada di rumah. Kikihikihkih.....Idah pulak mesej kat hp nak datang bermalam kat rumah aku...Dia mintak aku ajar macamna nak manage blog. We have a new blogger names eeeda-damak. Dah malam tu aku stay berjaga takat kul 12 je. Letih bangat nih....Idah katanya kul 3 pagi baru dia off laptop aku nih. Sorry la idah aku x dapat nak teman. Mataku telah di tarik2 minta ditutup!
Hari ni, lepas Idah balik aku terus g Subang Jaya, ada appoinment untuk mengembalikan semangat aku tu sebenarnya.Kul 1.30 pulak aku penuhi pula jemputan Cikgu Zainal. Selamat dah Zainal menamatkan zaman bujangnya. Tapi just pergi jemputan di belah pihak perempuan la , Yosliyana kat Jalan Kebun,Klang. Sib baik Yosliyana tu kitaorang kenal jugak sebab pernah ngajar sementara di SKTP. So cikgu-cikgu semua pakat datang Majlis di Klang. Majlis pengantin lelaki kat Sg Tekam,Jerantut Pahang...23hb....ERm....hujung bulan.Gaji x masuk lagi ma.....Minyak + Tol kalau leh bayar ngan daun, sah semua akan pergi Pahang tu. Wakakkakawakakka...Sorry ye Jenal.Ha....lupa nak bagitau...aku g ngan Pn. Tee. Isk isk aku kalau g ngan Pn. Tee mesti ade jajan Pn. Tee kirim untuk ayah aku. Makasih Pn. Tee yea. Tu sebab kot ayah selalu ingat nama Pn Tee. Kalau nak g kenduri mesti ayah tanya dua nama...g ngan sapa? Kak Sazila ke? Pn. Tee ada? :-)
Then kami sampai kat Telok Pulai around 3.15pm. Singgah pulak jemputan bekas anak murid (Izzat kot namenya) Pn. Tee yang melangsungkan perkahwinannya...Huhuhuhuhu anak murid Pn. Tee dah kahwin dah......Aku bila lagi nih?!!! Whuahwhua....sedihnya jiwa dan ragaku....pakwe aku pasang dua awek.Akukah yang akan di tinggalkan?????! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Berserah pada Allah. Semoga aku akan bertemu jodoh dengan yang terbaik untuk diri aku. Ntah la aku tak tahu siapa. Harapan aku ada dalam hati aku. Korang tak perlu tahu lah yea.Isk isk isk dah berbulan-bulan hatiku tak ceria.
Anyway Tahniah untuk Cikgu Asiah dan Mak Ton kerana menerima menantu baru. Tahniah buat Cikgu Zainal dan Izzat yang dah pun jadi suami kepada seorang perempuan. Kepada yang sedang bercuti-cuti Malaysia tu selamat bercuti.Semoga semuanya Bahagia dunia dan akhirat.
p/s:sorry la ek....xde gambar.tengah xde mood nak snap!
cikgu-cikgu sktp pulak....jangan lupa soalan ub4 nak kena antar naik cuti nih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan