Sengaja nak menghilangkan kebosananku...Ha ini lah dia juadah petang tadi. Jemput-jemput ikan bilis cecah sos cili kimball beserta air kopi. Setengah jam siap! heheheh koboi jer masak ni...semua orang tahu for sure anak murid aku pun tahu nak buat....so simple.
tepung gandum + bawang kecil dihiris + bawang putih dihiris + cili merah hiris gak + garam secukup rasa + ikan bilis sikit + air masak. Campur je semua . Pastu amik sikit2 masuk dalam minyak panas, goreng je la sampai kekuningan keemasan. Mudah jer kan?
Buat air kopi ke, teh ke, or air kegemaran masing-masing terpulang pada diri sendiri. Makan petang-petang apatah lagi semasa atau sesudah hujan..Fuhhh selera sungguh ! Betul tak? Actually masa-masa cuti ni lah aku dapat banyak permintaa daripada ayah yang nak makan bermacam jenis kuih-muih. Aku memang dah lama x membuat kuih-muih tu semua. Memang patut pun ayah teringin nak makan apatah lagi dari air tangan anak sendiri. Anaknya je yang kurang rajin...Kahakahakahkah......Hari ni aku penuhi permintaannya yang pertama. Ok pe....So Selamat menjamu selera to my dear ayah.....sepinggan tu ayah makan sorang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan