21 Ogos 2008
Kuala Lumpur
Aduh...semalam hari yang meletihkan. Baru semalam dapat menguatkan hati pergi ke Kuala Lumpur. Aku ni sejak-sejak dah bertambah umur cukup malas nak ke KL. Tapi mengenangkan borang permohonan wakil diri (pencen) dah tinggal nak berapa hari tempoh tamat aku gagah kan juga hantar sendiri. Lebih yakin dari pos. Takut lambat atau tak sampai (kot sangkut-malas nak amik risiko).
Macam biasa aku bawak Emmy ler. hehehehe Tengahari semalam around 12.25 camtu kami naik komuter pergi ke Kuala Lumpur. Turun kat stesen Bank Negara. Maakkk aiiii setahun je aku x g, banyak dah berubah. Citttt.....x bawak kamera plak. Kalu x boleh snap. Sekarang dah ade terminal baru yang lebih cantik. Cantiklah....masih baru. Sampai sepatutnya 1.30 ptg, but kerana train delay kat setia jaya ,ntah sebab apa ntah kami tiba kul 2.00. Bengang nih sengah jam lewat. Dah lari timing aku.
Apapun kitaorang solat zohor dulu kat surau baru....alamak time nak pakai tudug plak baru perasan dalam surau tu xde ceremin la. Then , move to Medan Mara ......pusing punya pusing punya pusing x jumpa JPA (bahagian pencen) tu.....tanya la orang! Cittttt bengang nombor 2, Depa dah pindah ke Maju Junction lerrrrrr!Adehhhhhh dehhhh dehhhh. Perot dah mintak diisi. Kitaorang balun makan dulu le. Then baru g Maju Junction . Sib baik dekat je ngan Pertama Kompleks. Area2 tu jugak la.
Pusing-pusing lagi tgk direction board kat level 5, kami pun naik la escalator kat MJ tu...last kat L3 dah food court dah. Uiks mana L5 nih....? Bengang ke 3 dah mai....turun balik n tanya....Pehhhh kat other block upenya...ne naik lift baru sampai. Kuar2 aik pesal kat parking lot plak ni? bior betul.......ermmm betoi! Akhirnya jumpa gak JPA lokasi baru. Orang x la ramai-2-3 kerat ja. Tapi network komputer dema plak x berapa nak ummmphhh...so tunggu lagi.Wuaaargghhhhh aku dah penat nih....dah la nak cuci mata kat sogo tak dan. Sogo tgh sale tu-50%-70%. Sib baik gaji dah abis n yang baru x masuk lagik. Kalau tak mau aku sambar 1 handbag! hehehehe
Lastnya kami dapat train balik Klang around kul 4 ptg....Singgah jap bukit tinggi, Emmy plak nak bayo bil apa ntah .....tup tap tup tap kul 6.00ptg gak la baru ade kat rumah. Tu pun my father dah call beberapa kali tanya "tak nak balik ker?"
Keciwa gak lah xde gambar, moral of the story selalu la simpan kamera dalam beg anda! bagi yang suka snap la. Phone aku memori dah penuh .....so x leh simpan gambo...then dah pandai buat hal sekarang nih.....orang phone xde ringing/vibrate walhal aku x tuko pun setting g silent. Msg masuk pun xde munyi......bencik nyerrrrrr.Kete wat hal,phone wat hal, semua nak wat hal!!! tencen...tencen...tencen aku cenggini! tapi Emmy kata Saaabooooooo......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan