06 Ogos 2008

BIRTHDAY


Hari Ulangtahun Kelahiran.....em..pada korang hari tu istimewa tak? Most mesti kata ya kan? Hari Lahir teristimewa yang pernah aku ade masa hari lahir yang ke-21...memang aku takkan lupa sampai bila-bila....Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang meraikannya ketika itu. Tan Tai Hock, Suhaimi Ahmad, Faridah Majid dan tak lupa buat roomate ku masa tu...Rumilalyza. Tan...aku tak tahulah dia di mana sekarang. Tapi baru-baru ni sebelum menjelang 6 Ogos aku ade mimpi terjumpa dengan dia...orang kata kalau mimpi jumpa seseorang, maknanya orang tu teringat kat kita. Hemmmm...iye ker? Mitos kot. Mungkin juga Tan teringat kot birthday aku ....9 tahun sudah dia lah yang ke hulu ke hilir dari blok B ke blok D mencari kelibat aku. Semata-mata nak beri birthday cake for birthday girl. Masa tu terasa happy sangat..itulah kali pertama aku terasa diingati dan dihargai. Kek tu Tan beli bersama dengan Abang Mie (Suhaimi) .Kalau diingat balik memang sweeeeeeetnya...At last...Tan tak dapat jumpa aku....Malam tu Idah datang( masa tu Idah bukanlah kawan yang rajin bertandang blok aku...maklumlah blok paling hujung....sesapa pun malas nak menapak.kuikuikui.Idahlah akhirnya jadi penghantar kek tu ...masa tu dah lewat dah...dekat pukul 10 malam kalau tak silap. Thank you Idah sebab hantar kek tu kat aku!

Roomate aku plak Rumi dah mula fikir bukan-bukan sebab aku dapat surprise kek tu. Dia ingat ade something....but aku bagitau lah dua2 orang tu aku dah anggap macam abang aku je tak lebih tak kurang. Seronokkan...bila ade orang ambil tahu hal kita. Very nice feeling.Tapi sekarang...aku dah lost contact dengan semua yang di atas kecuali Idah...Idah masih ade sebagai sahabat aku. Mungkin yang lain-lain tu just a parasit friend ....umur-umur dah makin meningkat ni yang akan terus kekal bersama kita adalah rakan-rakan yang mungkin kita boleh katakan sebagai truely friend.Setuju tak? Kata-kata ni aku pinjam dari kawan aku Emmy.


Dah hampir 17 tahun aku berkawan dengan Emmy (yg tudung hitam tu)sebelahnya hana....I hope she's really my truely friend...forever! and terima kasih sebab hadiahkan aku perfume Chymara dari Body Shop tu. Hadiah tu lah yang jadi pengubat hati aku. Sebab birthday tahun ni adalah yang paling pilu pernah aku rasakan.terima kasih ya Emmy...nanti ade rezeki lebih aku hadiahkan ko arnab yang ko suka tu plak. Insya'allah..aku tak janji tau.

Tan Tai Hock, dulu aku dapat tahu dia berada di SJK (C) Soo Jin, Kapar. Dah berkahwin dah. Sekarang tak tahulah masih berada di Kapar lagi atau dah tukar balik ke Kelantan, ntah la.

Suhaimi Ahmad @ Abang Mie,aku dah tak kenal abang mie lagi. Dulu dia baik dengan semua adik-adik dia. Tapi selepas dapat isteri, bukan sahaja adik dia buang malah semua kawan-kawan dia buang. Kalaulah aku tahu abang mie ni macam nie....tak kenal dengan abang mie lebih sejuta kali baik daripada mengenalinya. Aku benci pada orang yang menjalinkan hubungan pastu dengan sengaja dan mudah je dia memutuskan hubungan tu. Kami takde salah apa-apa pun.Whatever semoga abang mie tidak silap membuat perhitungan. Bumi ini bulat!

Faridah, masih lagi berhubungan dan semoga kekal. Biar tak jumpa setahun dua tahun asalkan terus berhubung itu sudah cukup baik pada aku. Apatah lagi di zaman IT macam sekarang, telefon bimbit ade, email ade, internet ade (macam-macam ade...blog, facebook, friendster kan? Semua tu boleh dijadikan item untuk terus berhubung.Aku harap Idah pun boleh jadi kawan aku sepertimana Emmy. Lagipun Idah banyak tahu hal2 aku dari dulu sampai sekarang.

Berbalik pada Birthday...tahun nie...tahun aku beralih angka...tiada lagi 20-an, dah menginjak ke angka 30 dah....dan merupakan birthday yang paling membosankan...paling menyayat hati...mungkinkah birthday yang ke-31 nanti akan terulang kembali sambutan yang mungkin lebih manis dari birthday yang ke-21 yang lalu? Aku harap begitu....setahun lagi...aku akan nantikannya!

2 ulasan:

Ticer Syah berkata...

salamz anis..
just wanna wish u happy belated birthday.. may God bless you always.. don't worry, hubby aku pon selalu terlupa nak wish my birthday.. lagi sedih.. even our anniversary he can hardly remember.. i hate him sometimes though.. hehe

emmy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.