15 Mei 2011

Hari Guru datang lagi

Salam. Ops ....hampir seminggu rupanya tidak 'meng-update-' blog. Kesibukan dengan pelbagai tugas. Sibuk menyiapkan bunga telur yang baru siap separuh daripada jumlah yang diperlukan. Sibuk menyiapkan kertas soalan matematik untuk peperiksaan pertengahan tahun. Sibuk dengan menyiapkan penulisan Laporan Adab Belajar. Belum lagi dengan Laporan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah. Tahun ni saya belum terlibat dengan segala fail-fail KSSR lagi , sedang persiapkan diri untuk menghadapinya tahun depan! Dan saya betul-betul perlu melakukan segala perkara yang disebutkan itu! Harap-harap tidak ada cakap-cakap belakang yang boleh buat saya bengang! Al maklumlah saya ada pengalaman berhadapan dengan insan-insan yang konon-kononnya faham dengan tugas saya dan faham dengan kesibukan saya, tapi pelik pula boleh timbul cakap belakang-belakang tak puas hati dengan saya sebab saya asyik dengan sekolah. Dan akhirnya saya di cop lupa diri. Huhuhuhu sesiapa yang pernah baca entri LUPA DIRI tu tentu paham kan???

Dan dalam minggu ini lagi sekali saya tidak berkesempatan menunjukkan muka saya kepadanya, saya tidak tahulah apa pula katanya kali ini. Bukan nak bersangka buruk, tapi saya dah selalu sangat terkena...sehingga saya dah malas nak beri alasan padanya , maka terpulanglah nak kata apa pun katalah! Saya dah tak peduli. Yang penting, saya nak hidup aman tanpa asyik nak jaga hati dia saja.....hati saya dia tak jaga pun. Sebar kat orang tentang saya yang tak baik lagi ada.....so perlu ke saya nak take care sangat orang macam tu? Walhal orang2 yang mendengar tu juga tahu apa yang saya buat tak perlu saya nak jelaskan pun...diaorang pun tahu attitude yang menyampai cerita tak betul tu.Malas layan sangat. Nanti kerja saya terbengkalai xde dia kisah pun. Kalau dia kisah sekalipun , dia bukan boleh tolong saya pun. Macam sekarang ni ada dia tolong settle kan masalah saya ? Lagi buat-buat tak tahu ada. Saya tanggung sendiri juga.!!

Makkk aiiiii saya nak story tentang hari guru...lain hal pulak isi ceritanya. Oklah saya akan story perihal hari guru dalam entri seterusnya....takmo campur dalam entri mengadu nasib kat dalam entri ini. K. Jom baca next entri!

Tiada ulasan: